Saturday, March 31, 2012

Takziah Wahai Sahabat

Tengahari tadi aku tiba-tiba tergerak hati nak check email office. Alangkah terkejutnya bila dapat email dari salah seorang ahli badan kebajikan jabatan mengatakan anak salah seorang staf unit aku telah kembali ke rahmatullah. Innalillah. Aku terus sebak dan menghubungi rakan seunit. Rupanya mereka dah tahu. Mungkin aku orang terakhir dalam unit yang tahu berita ni. Sentap jugak. Masing-masing dah tahu masa subuh tadi kenapa takde seorang pun yang sms aku maklumkan berita ni? Mungkin ni nampak kecil bagi mereka tapi aku berkecil hati kerana orang dari unit lain dapat sms, kenapa dia terlupa nak sms aku. Tiba-tiba rasa macam tersisih. Ye, aku memang sentap. Kecil hati woi! Nasib baik la aku tergerak hati nak check email. Terima kasih banyak-banyak kepada penghantar email tu. Kalau aku tak check email, mungkin hari Isnin nanti baru tahu.

Alhamdulillah. Lepas dapat berita tengahari tadi lebih kurang jam 12:38pm, aku terus bersiap. Sampai di wad bersalin kelas pertama, HSA jam 2:30pm. Ingatkan tak dapat nak melawat. Syukur sebab masa lawatan untuk hari Sabtu dari 12:30pm hingga 7:30pm. Dapat lah aku melawat staf dan isteri beliau. Alhamdulillah, mereka tabah dan sabar menghadapi ujian Allah. Kehilangan anak sulung amat memilukan. Tapi, semua ini adalah takdir dan kita tak dapat mengelak ajal dan maut walau sesaat. Semoga mereka redha menerima ketentuan Ilahi.

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Farhan bin Abd Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Mac 2012 jam 7:20pm di HSA. Jenazah telah disemadikan di perkuburan Mahmoodiah lebih kurang jam 12:30pm. Takziah buat Rahman dan Husna.

Pada 21 Mac 2012, anak staf jabatan aku meninggal dunia juga. Usia kandungan 7 bulan. Aku turut berdukacita. Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd. Ashraf bin Mohd. Nur. Takziah kepada Puan Sakinah dan suami.

Semoga rakan-rakanku ini tabah menerima ujian Allah. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan ahli syurga. Amin.

nota : Aku tidak marah sesiapa dalam unit aku cuma ada rasa terkilan sedikit. Apa yang aku tulis ni datang dari lubuk hati aku dan tak perlu nak dijadikan isu dalaman atau bualan hangat di meja kopi. Aku juga manusia biasa seperti kalian. Punya hati, perasaan dan emosi. Semuanya telah berlaku. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Allah lebih mengetahuinya. Wallahualam. =)

Wednesday, March 28, 2012

Online Shopping

Pernah shopping online? Aku selalu juga. Sebenarnya gila shopping online. Tak kisah la apa barang sekali pun. Kalau aku berkenan, memang akan beli online. Setakat ni alhamdulillah la, tak pernah ada masalah ditipu. Macam kes beli Samsung SII online dapat batu lesung. Seram juga dengar sebab barang tu dah beribu ringgit. Setakat barang yang aku beli ni cecah ratus je la. So, aku nak suggest website yang aku selalu beli online.

Monobo Shoes Malaysia
Aku suka beli kasut kat website ni sebab kasutnya lembut dan kaki tak melecet. So far, aku dah beli 4 pasang kasut kat sini. Selalunya aku akan beli kasut setiap bulan sebab setiap bulan mesti kasut aku akan terkopek tapaknya. Aku tak ganas cuma kasut tu yang tak boleh bertahan. Haha. Tapi semenjak beli kasut ni, aku dah lama tak beli kasut baru. Kira tahan lama la kasut ni. Boleh usha kasutnya di facebook page di SINI.

Antara kasut yang aku dah beli

Cucucamber e-Boutique
Aku suka beli baju kat website ni sebab ownernya jual baju plus size. Senang nak cari size aku dan banyak pilihan. Dah lebih 10 baju kot aku beli. Kalau berminat boleh tengok websitenya di SINI atau facebook pagenya di SINI.

Tops yang pernah aku beli
Jessabella Plus Size Stealz
Aku suka beli baju kat sini jugak. Harganya murah. Ada plus size dan normal size. So, bagi yang kurus pun boleh usha. Websitenya di SINI.

Cardigan ni cantik tapi aku tak muat. Ahh benci! =(


Maysaa
Website ni milik Hana Tajima. Aku suka usha website ni sebab fashion nya up-to-date. Cuma ada satu barang je yang aku teringin sangat nak beli tapi belum mampu.

Chiffon Scarf Snood Black
Harga nya £19.00 bersamaan dengan RM95.00. Tu belum masuk kos penghantaran. Ada sesiapa nak belikan tak? HAHA.

nota : Aku tak dapat royalty dari mana-mana company ok. Aku just nak sharing sebab sharing is caring. =)

Ok bai.

Sunday, March 25, 2012

Positive Progress

Lepas 2 minggu program aerobic, aku perlu buat measurement untuk lihat perubahan. Kalau dikira, berat aku dah turun 2kg minggu ni. *mata bersinar-sinar* Tepuk la tangan. Aku assume korang adalah supporters aku. Cewah. Hehe. Instructor aerobic aku baru beli digital weight scale. So, kiraan berat aku akan jadi lebih tepat. Tak sabar nak buat measurement lagi 2 minggu. Ada perkara lucu yang buat aku sengih sorang-sorang bila fikir balik. Masa measure 2 hari lepas, berat aku memang turun 2kg tapi kandungan lemak dalam badan naik 0.2%. Kandungan lemak ni dikira menggunakan mesin. Aku tak tahu nama mesin tu. Jangan tanya lebih-lebih. Aku tampar laju-laju kang. Then, instructor tanya aku,

Dia : "Ok, akak nak you jawab jujur. Hari Sabtu you makan apa?
Aku : "Nasi minyak"
Dia : "Hari Ahad?"
Aku : "Nasi minyak"
Dia : "Hmm.. sebab tu your fats naik 0.2%. Ok lepas ni cuba elakkan makan nasi minyak. Kandungan nasi minyak tu 800 kalori tau. Kenapa tak makan nasi putih?"
Aku : "Ada nasi minyak je. Nasi putih takde."
Dia : "You cuba elakkan makan nasi minyak. Tak pun you makan lauk je"
Aku : "Baik lah. Nanti kalau ada kenduri kawen, saya suruh dorang tukar nasi minyak kepada nasi putih"

Akhirnya, dua-dua gelak. Aku memang kuat menjawab.

Dah seminggu aku baca novel "Harum Chempaka" hasil nukilan Norhayati Berahim. Baru dapat habiskan harini. Sangat bz la seminggu dua ni. Otak banyak sangat fikir pasal coding. End up, balik rumah tak sempat nak bukak laptop, update blog, baca novel. Tengok tv lagi la bercinta. Silap-silap tv yang tengok aku. Tiba-tiba rasa penat. Rasa macam nak bercuti pun ye jugak. Cuti rehat tahun ni pun belum guna langsung. MC pun belum lagi untuk tahun ni.

Tadi keluar jap pergi Secret Recipe kat area rumah. Order birthday cake for tomorrow. Balik rumah sempat la berbual-bual dengan jiran depan rumah. Sekadar berbual kosong. Tiba-tiba dia tegur kata aku dah kurus sikit. Dah ada pinggang. Aik? Aku pakai t-shirt pun boleh perasan ke? Dulu aku takde pinggang ke? Hahaha. Macam-macam la jiran aku ni. Aku masuk rumah dengan senyuman yang meleret. Cis! Pantang dipuji. Sengih sampai telinga.

Saturday, March 17, 2012

Rindu Oh Rindu

Tadi, best friend aku post video lama aku kat facebook. Video tu tahun 2008 or 2009. Aku pun dah tak ingat. Tiba-tiba aku rasa rindu dengan best friend aku tu. Rindu nak tidur kat rumah dia. Berbual-bual pasal zaman sekolah rendah. Masa tu aku tak reti main gitar lagi. So, dia main gitar dan aku nyanyi. Kitorang ada buat banyak video termasuk la video yang nyanyi salah lirik. Tak sangka dia masih simpan lagi. Oh my. Aku rasa nak peluk dia saat ni. Rindu nya! Patut la dia text aku ajak lepak tapi aku tak dapat lepak dengan dia sebab ada majlis Yaasin kat rumah jiran. Yun, I miss you!

Aku rindu seseorang tapi aku malu nak bagitahu. So, aku tulis kat sini je la.

"Awak, saya rindu awak. Saya nak mesej awak tapi saya malu. Kalau saya rindu awak, saya akan pejam mata dan cuba bayangkan wajah awak tengah senyum tapi kenapa saya terbayang muka kungfu panda. Saya jadi takut dan tak jadi nak pejam mata bayangkan wajah awak. Saya harap awak baca. Awak rindu saya tak?"

Program aerobic masih on track. Baru seminggu aku aerobic tapi ramai dah tegur nampak perubahan. Yeke ni? Ke korang nak ambil hati aku? Hari ni birthday Arep. Bekas pelajar praktikal kat office aku. Aku just belikan satu slice kek secret recipe. Masa jumpa dia tadi, muka dia terkejut sangat sebab tak sangka aku tahu hari ni birthday dia walaupun dia dah hide birthday dia kat facebook, aku dah catat siap-siap kat kalendar ok! Aku harap dia suka kek tu. Seronok nya dapat buat orang lain happy. I'm happy when you're happy. =)

Thursday, March 8, 2012

Big Change

I made a big change in my life today. I made a step ahead to achieve what I really want. To be fit and healthy as well. I just started my official aerobic session in dance studio. This is what I really want 2 years ago but the plan is just like warm warm chicken shit. Haha.

I really want to change my mindset. Need to balance between work and work out. Just now, the instructor measured my waist, hip, height and weight. When I saw my weight, I felt like wanna faint on the spot. I gained 10kg in 2 years. Crazy la. Seriously, I didn't believe it. So do the instructor. When she calculated my fat using a machine, I got 70kg plus plus FAT in my body. Can you imagine how heavy it is? How come the fat can be that heavy? *thinking hardly*

I really hope I can make it. I really want to lose my weight. How bad I want it? Really bad. 

note : I slept at my officemate's house for two days. Now, I really miss her sons. Oh man. I miss Anas damn much. ='(




Tuesday, March 6, 2012

Takut

Ada satu masa dan ketika di mana aku sangat takut untuk melakukan sesuatu perkara. Kecut perut tiba-tiba. Aku ambil masa dan bernafas dalam-dalam. Bila aku berjaya lakukannya, aku rasa lega. Lega yang amat tanpa ada sempadan atau tembok yang memisahkan. Aku ingin memperbetulkan keadaan dan mengakhiri ketakutan itu. It's a nightmare but I really want to end it. Buang yang keruh, ambil yang jernih. I don't wanna have rival in my life. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Monday, March 5, 2012

Memories

Masa aku sekolah rendah, setiap hari Abah atau Mak akan bukak radio selepas masuk waktu subuh. Siaran radio tu akan memainkan lagu-lagu ketuhanan. Sayup-sayup kedengaran di cuping telinga aku. Setiap hari Abah akan mandikan aku seawal jam 5:30 pagi. Sejuk sampai menggigil-gigil dan berlaga-laga gigi. Kadang-kadang aku pujuk Abah agar aku tak payah mandi pagi sebab sejuk sangat. Aku terpaksa bangun awal pagi sebab sekolah aku jauh dari rumah. Rindu la masa tu. Dan aku sangat rindu suara mak kejutkan aku bangun pagi sewaktu sekolah menengah.


Sunday, March 4, 2012

First Cover

Assalamualaikum. Pagi-pagi dah bukak youtube layan video klip sendiri. Cover pertama aku plucking guitar. Lagu ni aku mula-mula belajar gitar. Tiga bulan baru boleh plucking dengan betul. Haha. Memories! Yun, thanks a lot sebab ajar aku basic chord. Terima kasih kerana memberi ruang untuk aku mempelajari gitar dengan lebih mendalam. Terima kasih kepada gitar kapok hitam kau itu. =)



Saturday, March 3, 2012

You Made Me Cry

Aku baru lepas sms dengan Ayu. Best friend since sekolah menengah. Dia baru je pulang dari mengerjakan umrah. Saje aku tanya khabar dia. Alhamdulillah dia selamat pergi dan kembali. Aku rasa terharu bila dia teringat kat arwah mak aku masa di Mekah. Terima kasih kerana hadiahkan doa dan bacaan Yaasin buat arwah mak aku. Aku pun saje-saje tanya

"ko ada doakan aku dapat jodoh?"

Dia pun reply

"Aku doakn syg, kt jabal rahmh lg..tmpt p'temuan nabi adam n hawa.. moge kau dpt jdoh yg t'baek, dpt bimbg dunia akhirt.. insya'allh.."

Terus mengalir air mata yang tak dapat aku tahan. Bersyukur sangat sebab kawan masih ingat dan mendoakan yang terbaik buat aku. Amin. Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih Allah kerana memberikan yang terbaik dalam hidup aku.

Ayu, you made me cry. Aku sayang kau.


Akhirnya

Akhirnya dapat jugak aku tengok cerita Adnan Sempit 2 petang tadi setelah menanti selama 10 hari. Nak pergi tengok since last week tapi kawan-kawan semua tak free. Hari ni baru free. Best la jugak. 4 out of 5. Bila start je cerita tu, ada scene warung burger. Tiba-tiba aku tergelak sendiri. Best friend aku seorang ni tengah pregnant. Dia tak boleh tengok stall burger. Rasa loya katanya. Haha. Macam-macam la. Dulu masa cerita Adnan Sempit 1, aku rasa tak selesa sebab belakang aku ada sebaris mat rempit dan ada bau stoking busuk yang sangat kuat. Ok masa tu rasa sangat stress. Cerita dah best. Bau stoking la pulak. Yang cerita Adnan Sempit 2, ada budak kecil kat belakang pulak bising. Keep talking with her mum about what will happen next. Oh man, my heart hurts. Spoil!

Lepas tengok wayang, pekena tauhu goreng kat warong P.Ramlee kat bandar. Sedapnya! Lama sangat tak makan tauhu goreng ni. Makanannya sangat simple tapi sedap. Tauhu goreng, timun, taugeh, sambal kicap dan taburan kacang. yummy! Seronok dapat jugak lepak dengan kawan-kawan hari ni. Ecah, Anum, Fendi, Tma dan Ajiem. Terubat rindu aku.

On the way nak balik, lalu dekat jalan Yahya Awal, ada nampak tokong cina yang sangat besar. Aku pun cakap la "besarnya kuil cina ni kan?" Tergelak semua sebab aku tersebut kuil instead of tokong. Suka korang eh! Ceh. Pastu masa nak balik, boyfriend kawan aku tersalah jalan. Kawan aku tersalah cakap. Dia tersebut "puting" instead of pusing. Hahahaha. Padan muka. Menganjing orang  lagi. Part yang aku suka, karaoke ramai-ramai dalam kereta. Seronoknya nyanyi sama-sama secara spontan mengiringi lagu yang dimainkan di corong radio. Tiba-tiba rindu dengan Ayen, Olie dan Effa. Kami karaoke lagu beribu sesalan dalam kereta. Ayen, cepat la balik Malaysia. Aku dah rindu kat kau.

Masa kawan aku hantar balik rumah, dia tak nak lalu jalan depan rumah aku sebab ada warung burger. Nak mengelak punya pasal, dia suruh husband dia lalu jalan belakang. Belok je kat simpang terus ternampak warung burger lain. Terus kawan aku tutup muka. Loya la tu. Aku dengan husband dia dah gelak-gelak. Hahahaha. Pelik kan tak boleh tengok warung burger masa pregnant. Tak percaya? Sila percaya.

Part yang paling tak best adalah aku tertinggal handphone kat rumah. Satu bateri flat, satu lagi tertinggal kat atas kerusi. Benci!

Friday, March 2, 2012

Best Feeling

Pagi tadi ada program membudayakan Al-Quran kat office. Alhamdulillah dapat la aku menimba ilmu baru di samping refresh semula hukum tajwid yang dipelajari di sekolah agama hampir sepuluh tahun lalu. Kebetulan aku ada pelawa seorang lelaki ni untuk join sekali program. Entah kenapa aku rasa kewujudan dia sejak akhir-akhir ini. Setiap hari pasti akan terserempak. Pagi tadi terserempak masa datang office. Dia senyum. Ni kali pertama aku terpandang gigi dia. Cantik tersusun je. Boleh cair kalau pandang lama-lama. Dengan hidung mancung dia lagi. Fuuhhh! *hidung keluar hingus darah* Balik dari program, terus dia tegur dan tanya nama aku. Dalam hati ni dah melonjak-lonjak keriangan rasa macam nak jerit kuat-kuat. Dia tegur aku la weyh. First time kot aku berbual dengan dia hari ni. Selama ni pandang-pandang je. Nama dia pun aku baru tahu hari ni. Aku tersenyum meleret sampai ke tengahari kot. Tu baru tanya nama, kalau mintak nombor telefon entah macam mana la agaknya reaksi aku. Ok fine. Tak payah nak berangan sangat.

Hari ni ada J Card Day kat Jusco Taman U. Apa lagi, shopping la! Ni kali pertama seumur hidup aku pergi J Card Day. Seronok sebab boleh dapat baucer RM5 untuk setiap pembelian RM100. Aku baru tahu. Pergi Jusco aku tumpang kawan. Hujan lebat pulak masa nak balik office. Redah hujan sambil tahan teksi. Apsal la hari ni takde teksi lalu. Akhirnya setelah menunggu dengan penuh kesabaran membuahkan hasil. Ada teksi berhenti. Entah bila la kali terakhir aku naik teksi. Bertahun jugak la tak naik teksi.

Oh ya, hari ni hari lahir kawan baik aku. Happy birthday Ogy! Aku sayang kau. Thanks sebab sudi singgah rumah aku dan aku harap kau suka hadiah kecil dari aku itu. May Allah bless you. BFF =)

Dinner tadi makan sama-sama dengan family. Lauk biasa-biasa tapi aku rasa seronok. Sebab makan kongsi-kongsi. Entah kenapa aku rasa enjoy pulak makan kongsi-kongsi ni. Dan lagi satu, aku sedang gila makan tempe cicah sambal kicap. Hari-hari kot pekena tempe. Fuuhhh! Mesti mau! Dan pencuci mulut malam ni adalah kek secret recipe chocolate indulgence dan pecan butterscotch. Sukaaaaaaaa!

Terima kasih Allah kerana memberikan kebahagiaan dalam keluarga aku. Alhamdulillah. Syukur.

Thursday, March 1, 2012

Manual

Aku macam tak percaya dengan apa yang aku dah buat hari ni. Pagi tadi pergi breakfast dengan dua orang officemate. Dua-dua mengandung. Owner kereta tak larat nak bawak sebab kaki dia bengkak. Yang seorang lagi tak berani nak drive sebab kereta manual. End up, aku yang bawak. Gila la. Aku bawak kereta manual. Haha. Rasa awesome kejap. Walaupun ada termati enjin sekali masa reverse, aku tetap gagahkan jua menjahanamkan memandu kereta itu. Last time aku drive kereta manual bulan 11 tahun lepas kot. Kereta auto pun aku dah lama tak bawak. Mula-mula bawak, owner kereta duduk seat sebelah tolong tukarkan gear. Kerja aku cuma tekan clutch, minyak dan stereng je. Haha. Gila pemalas punya kerja. Tapi rasa seronok pun ada. Tiba-tiba teringat kat Abang aku. Dulu, aku rajin ambil Abang balik kerja naik scooter. Kadang-kadang aku bawak dan kadang-kadang dia yang bawak. Kalau berhenti kat traffic light aku suruh Abang aku turunkan kaki dia sebab aku malas nak turunkan kaki. So, kaki aku masih di atas scooter. Haha. Tu bukan pemalas. Tu namanya gedik nak manja dengan Abang. Oh man, rindu la masa tu. Dah 4-5 tahun yang lepas kot. Lama kan?

Lunch tadi aku lunch di bilik yang agak sempit bersama-sama kawan-kawan rapat. Duduk bersila sambil berborak. Rasa seronok sebab kongsi-kongsi makanan. Aku tak kisah pun makan kat mana-mana. As long as I'm with them. I feel happy and being myself. Tiba-tiba rasa lapar sebab lupa nak dinner. Dah pukul 11:30 malam ni. Nak makan ke tak? Nak? Tak nak? Nak? Tak Nak? Ok la, aku ada kerja nak buat sikit ni. Jumpa lagi. Bye. *berlari-lari anak ke dapur*