Thursday, August 7, 2014

UTC Johor

Aku baru renew passport bulan lepas. Buat di UTC Johor. Ala, yang ada lagu "UTC, UTC pusat pelbagai perkhidmatan" tu. Haha. Sebenarnya aku tak berapa tahu apa tu UTC tapi bila dah pergi UTC Johor baru aku tahu ia sangat bermanfaat dan memudahkan rakyat. Mula beroperasi pada 3 Julai 2014. Boleh rujuk di sini.

UTC bermaksud Urban Transformation Centre. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan yang berpusat di dalam satu bangunan. Lokasinya adalah di Galleria @ Kotaraya. Boleh cari di Google Map atau Waze. Terdapat 31 agensi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang beroperasi di bangunan tersebut. Waktu operasi dari jam 8:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari. Pada bulan Ramadhan, waktu operasi dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang dan ditutup pada cuti umum. Jika nak tahu lebih lanjut mengenai UTC boleh la baca di sini.


 Di lower ground, ada PDRM.

Di ground floor, ada klinik 1 Malaysia.

Di tingkat 2, ada Jabatan Imigresen Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor,  Jobs Malaysia, Perkeso, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan lain-lain.


Di tingkat 3, ada Lembaga Tabung Haji, Ministry of International Trade & Industry(MITI), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), SME Bank, ePerolehan, Majlis Amanah Rakyat(MARA), Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Tenaga Nasional Berhad(TNB), Syarikat Air Johor(SAJ), Indah Water Konsortium(IWK), TM Point, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad(PUNB), Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM), Tekun Nasional, Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan lain-lain.

Di tingkat 4, ada Pusat Kementerian Belia & Sukan.

Kalau nak parking, ada 2 tempat masuk. Satu berdepan dengan Plaza Seni. Yang situ parking bawah tanah. Kalau nak parking tingkat atas boleh masuk sebelah Bank Islam yang berdepan dengan Bukit Timbalan.

Yang paling best sekali, ada JPN dengan Imigresen. Aku dapat buat IC dengan passport pada hari yang sama dan tak perlu ambil cuti lagi. Passport siap dalam masa sejam manakala IC siap dalam tempoh 24 jam. Kalau buat passport, pegawai bertugas akan ambil gambar on the spot.

Yay passport dah siap
Kat kaunter pengambilan passport ada jual cover passport. Ada yang standard punya, gambar JDT dengan gambar Running Man. Aku sambar cover Running Man. Hik hik.

Updated on 19/03/2015 : Bayaran passport Malaysia kuatkuasa mulai 15 Januari 2015.


Updated on 09/12/2015 : Waktu operasi UTC Johor


Jika anda menggunakan lif dari tempat parking, UTC berada di aras 3. Cari pintu masuk untuk ke UTC.
Pintu masuk UTC dari parking aras 3
Pintu menuju lif parking aras 3
Jangan lupa bayar tiket parking
Semoga entri ni bermanfaat. Jika ada sebarang soalan boleh tinggalkan di ruangan komen.