Friday, November 12, 2010

Bos Belanja Makan

Ari Rabu lepas (10.11.2010) bos aku belanja semua budak opis aku makan kat Hotel Paragon. hehe. best dan sedap. excited la jugak. ye la, aku ni bukannya anak orang kaya. sesekali dapat peluang camni rasa happy. harga buffet tu seorang RM50 kot. terima kasih bos!






Arnab kat umah aku dah beranak. ada 7 ekor kesemuanya. tapi 4 ekor da mati tinggal 3 ekor je la skrg.. comel gila anak2 arnab. sukeeeeeeeee! =D



ni mak arnab


baby arnab isap susu

sekian =D

Sunday, November 7, 2010

Princess Hours

semalam aku lepak dengan kawan-kawan aku. akhirnya aku berjaya keluar dari kancah kemurungan. ye aku agak murung beberapa hari ni sebab kaki bengkak, exam, kerja, lesen, rumah, kereta. macam-macam aku fikir sebenarnya. cuma benda tu sume xpenah aku luahkan. aku suka nasihat orang supaya jangan simpan masalah sendiri. end up, aku yang buat begitu sebab tak tahu nak luahkan pada siapa sebenarnya.

walau ape pun, semalam memang sangat seronok. dah lama aku tak rasa seronok macam tu.. makan2 kat KFC sambil cite2, karaoke sambil lompat2 (OMG, this one is superb), jangan tanya kerusi yang aku lompat tu patah ke tak. mesti lah tak! sebab aku kan dah turun 2KG. hehe. then main bowling. first time aku dapat highest score in my whole life, 132. then makan nasi ayam penyet. aku sangat seronok. dapat lupakan benda2 tak best yang aku tak nak fikir.

harini aku belajar lesen kete. perempuan yang ajar. Hanis nama dia. garang jugak la. aku tak kira enjin mati berapa kali. sebab tu aku prefer lelaki yang ajar sebab lelaki ni bab teknikal memang terbaik. kalau bab2 hati memang fail. hahaha. tapi, aku bukannya nak under estimate kebolehan wanita mengajar ok. tu cuma pendapat peribadi aku mengenai sesi belajar kete.

aku hampir habis menonton cite princess hours online kat Maaduu.com, sekarang dah episod 21. by right malam ni jugak aku nak habiskan.. woohoo. aku sebenarnya dah jatuh cinta dengan hero dia (Joo Ji-Hoon) tapi aku tak tahu nama dia masa aku tengok cite the naked kitchen. aku sangat-sangat sukakan dia. hensem. ada tahi lalat pemanis kat pipi kiri. ok aku dah gila fikir pasal dia. apsal setiap kali aku tengok cite korea, aku mesti jatuh cinta dengan hero dia?? ahh!! mabuk la ko ni jana!

fin.

Saturday, November 6, 2010

Kawan oh kawan

sekarang ni hubungan aku dengan kawan-kawan aku dah mulai renggang, aku selalu tolak pelawaan untuk join dorang lepak. bukan aku xnk join. aku penat selalu balik keje malam. semenjak keje tempat baru ni, aku memang jarang sangat spend time dengan semua kawan-kawan aku.. kalau dulu, every week mesti aku ade plan nak buat ape-ape aktiviti. aku rasa sekarang hidup macam mesin. bosan!

kalau dulu, aku nak g swimming, aku mesti ajak Ogy. paling bangsat pun seminggu sekali mesti g. kalau nak main pool, ping pong or lepak-lepak, aku mesti ajak Yun. kalau aku nak karaoke, makan-makan, aku mesti ajak Ecah, Tma, Ajiem, Nesz. Tapi sekarang semua dah berubah. aku hanya habiskan masa aku di opis atau di rumah. aku rindu nak lepak ngan dorang macam dulu.

aku tak tahu bape banyak kawan-kawan aku yang kecik hati dengan aku. aku tak tahu nak buat ape. dorang hanya fikir hati dorang. ade penah even call or text aku tanya kabar? tak penah! aku sakit ke ape ke dorang xpenah amik kisah. ade orang kisah hati aku? takkan everytime nk text kena tunggu aku start dulu.

salah seorang kawan aku pun ade luahkan perasaan die di fb sbb aku da jarang join lepak-lepak ngan dorang. siap sound kt fb. agak bingit di situ. ok fine aku diam je. then beberapa hari yg lalu, dorang bt suprise party utk salah sorang kawan aku, pun tak ajak aku. kecik hati la jugak. memang la aku selalu tolak utk join, xbley ke even ajak-ajak ayam. taw2 je gambar da upload kat fb. birthday tu kan event penting yg kite celebrate once every year.

for the time being, i just keep my mouth shut. see how far they will treat me as a friend. after all, family is the best part in my life. aku pun da x taw sape kawan aku.

fin.

Thursday, November 4, 2010

Nangka Busuk

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. selepas berjaya menghadirkan diri untuk kertas 1 dan kertas 2 peperiksaan perkhidmatan, akhirnya aku gagal menghadirkan diri untuk kertas 3. Puncanya hanya kerana aku jatuh di opis kerana pakai selipar xde tapak terjatuh sebab ada air atas lantai. Kesannya aku tak dapat berjalan normal.. sedih memang sedih sebab aku terpaksa skip kertas 3. sah-sah la aku gagal kertas 3 tu kan.. tp aku redha.. aku percaya apa yang berlaku ni telah ditentukan oleh Allah.. Even masa aku jatuh pun, aku da redha.

Masa nak jatuh tu sebenarnya aku on the way nk ke toilet, pastu jumpa plak kwn aku yg amik peperiksaan perkhidmatan saing2 aku.. so aku berbual2 jap.. tibe2 die bgtaw ade soalan & jwpn past year.. tu yg aku mintak nak fotostat..oleh sebab toilet ade org guna, aku decide nak balik ke opis aku jap letak soalan & skima tu atas meja sbb takut basah atau hilang.. aku da dpt rasa mcm akan berlaku sesuatu sbb beberapa saat sblm aku terlentang, aku terfikir, nak g ke xnk eh.. aku berhenti jap dan lps 2 langkah, "bedebuk" aku da jatuh mcm nangka busuk daaa.. nasib baik xde org nmpk.. nk mtk tlg xde org plak sbb tgh lunch hour masa tu.. aku duduk jap cari smgt nk bangun.. aku papah dekat sblh meja bru bgn..

pg td aku da g klinik check. alhamdulillah xde tulang patah.. cuma bengkak dan terseliuh.. aku kene kurangkan berjalan kata doktor.. xpe la.. aku redha.. harap2 cepat sembuh sbb aku nak amik lesen kete.. tp rasanya minggu ni xdpt la aku nk g belajar lesen kete.. kaki kanan plak tu yg bengkak.. sadis kan?

aku percaya, Allah beri semua ni utk hapuskan dosa2 kecik aku.. doakan aku cepat sembuh ye.. rindu dah ni nak main ping pong.. waaaa.. :'(

p/s - dah sign agreement. weeewuu~

Saturday, October 30, 2010

Best Jugak Bawak Kereta Manual Ni

tengahari tadi tergerak hati nak g belajar lesen kete. so, aku g la.. da sthn lebih aku postpone nak blaja.. akhirnya dpt smbg semula.. alhamdullilah. first time bwk kete manual lps sthn aku tinggalkan. best jugak eh bwk kete manual kalau diajar dgn betul. terima kasih cikgu Ali Husin atas pengajaran yang sgt membantu aku hari ini.

aku ade lg 3 jam utk blaja. then QTI. and then JPJ. harap2 semuanya berjalan lancar. amin..

=)

Peperiksaan Perkhidmatan

minggu depan aku ada peperiksaan perkhidmatan. exam ni adalah syarat untuk melayakkan aku mendapatkan status tetap di dalam kerajaan selain perlu menghadiri kursus induksi, BTN dan mencapai sasaran kerja tahunan (SKT) untuk 2 tahun. last time aku baca buku untuk amik exam adalah pada tahun 2007. boleh ke aku nak hafal buku setebal 3 inci ni? waaaa..

kawan2, doakan aku!

Monday, October 25, 2010

Yang Mana Satu?

Antara gitar, lesen kereta dan handphone, mana yang aku patut pilih dulu?

adeh.

sila bagi idea.

semalam aku & opismate g kenduri kawen kat felda papan timur, kota tinggi. lepas tu berjalan kat desaru cuci mata. ngeh ngeh ngeh.





sekian =)

Thursday, October 21, 2010

Scene Ngeri Dah Terset Dalam Otak

balik keje tadi, masa aku kat simpang impian emas, ada sebuah kereta yg dipandu oleh org yg bodoh telah keluar simpang tanpa pandang kanan, as a result aku hampir berdentum ngan kereta dari arah bertentangan sebab nak elak kereta dia. bodoh! bangang! selfish! jack ass!

aku masih igt cara aku elak td. mcm cilaka! silap2 boleh mati di tempat kejadian. nasib baik aku baca bismillah dan doa naik kenderaan masa atas moto td. terima kasih Allah kerana melindungi hambamu yg lemah ini. lepas ni mungkin scene seram td akan jd nightmare dlm hidup aku. aahhh.. ngeri siak!

i hate to remember it but I'm thankful.

susah gak klu kita dah berhati2 tp orang lain bwk mcm org gila.

apa pun, aku percaya apa yg berlaku adalah takdir dan ia telah tertulis.

sekian.

Tuesday, October 19, 2010

Terasa Saat Kehilanganmu

Aku sedang mengalami kemurungan. selalunya kalau aku tension, aku akan main gitar sampai aku rasa ok. tapi sekarang ni gitar aku dah xley main sebab bunyi dia dah sengau. pastu abang aku kikis bridge yang kaler putih tu. ahhh.. terus bunyi macam kayu tik tok. nak beli gitar baru.

arghhhh!

tension

tension

tension

ada sape2 nak kasi pinjam gitar x? :-(

Monday, October 4, 2010

Shawl Subang

aku dah amik result darah dan urine. alhamdulillah xde kencing manis, kolestrol normal, ginjal ok, hati ok, kire sume ok la. thank God. except for my blood pressure. dah turun ke 140/90. ok la tuh. berkat minum air teh hijau agaknya. muahaha.

weekend ni sangat pack. g open house manjang. dengan badan x sedap. hidung tersumbat, batuk xbenti. adehhhh!! xsyok woooo.. sekarang ni aku tengah gila pakai shawl subang. aku beli masa kat pesta konvo aritu.. paling xley lupa adalah abang yg jual shawl tu. comel sbb ade lesung pipit. perghhhh!! i loikeee~ tp aku xsempat tnye nama die. die juz cite die duk jengka. *menyesal plak x mintak. xde jodoh kot* :(

esok pagi nak bangun awal, ape kes aku x tido lg ni? aiyarrkkk!!! ok. sebelum aku undur diri, aku titipkan gambar aku posing bersama shawl subang terbaru.

tata~ :-)