Sunday, August 29, 2010

Raya oh Raya

Tahun ni adalah tahun pertama aku beraya dengan title sebagai seorang penjawat awam. Bukan nak menunjuk-nunjuk pun title tu. Beza sebenarnya kerja di sektor awam dan swasta. Kerja kat sini macam satu keluarga yang besar, bos yang mengambil berat, bonus yang banyak (syukur alhamdulillah) dan kewangan yang lebih stabil.

Raya tahun ni keluarga aku masih belum decide nak balik mana dulu. Bulan lepas aku ngan akak aku dah kawtim nak buat baju raya boria. yeay! ni yang aku nak buat dari dulu. Termakbul akhirnya. Alhamdulillah. Aku rasa lebih tenang, gembira dan bahagia kini. Aku hanya mahukan yang terbaik buat diri aku dan keluarga.

Dalam wish list aku ada banyak yang ingin dibeli. GPS, kamera digital, hard disk, telefon bimbit, kereta, rumah dan banyak lagi. Tak tahu mana yang nak diutamakan dulu. Lesen kereta tak habis lagi. hahahahaha. bertahun la aku nak habiskan lesen tu. adehh.

Setelah empat bulan berkhidmat, akhirnya aku telah berjaya menyiapkan sebuah sistem. Harap-harap semua berjalan lancar, insya Allah. Kerja sekarang ni semua nak cepat aje. Memang tegang la kepala otak sampai kadang-kadang aku perlu balik pukul 2-3 pagi hanya kerana nak debug error.

Mood raya belum datang lagi la. Even dah dengar lagu raya. Oh Mood! di manakah kau. Datang lah kau wahai mood. hehe. Aku hanya mengharapkan yang terbaik dalam hidup. Soal jodoh, hidup dan mati aku serahkan semuanya kepada yang di atas kerana DIA maha mengetahui.

Akhir kata, selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Mohon maaf jika tersilap tatabahasa dan bahasa. Aku hanya insan biasa yang tak pernah lari dari melakukan dosa. Berhati-hati lah di jalan raya. Anda mampu mengubahnya.

:)

nota - listening to songs which were dedicated to me. Different face appears for each song. haha. and i miss every single moment of it!

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Ya Ramadhan

pejam celik pejam celik dah masuk bulan ramadhan dah. ni tahun ketiga tanpa ibu di sisi. rindu sangat dengan mak. selamat berpuasa semua. moga dapat barakah dan menyucikan diri dari segala dosa. insya Allah.

Saturday, August 7, 2010

Encik Asan Mengidam Makan Ayam Penyet

secara kebetulan harini encik asan turun JB atas urusan kerja. dia calling2 akak aku (apsal akak aku? muahahahaha.. sila tanya beliau). lepak2 kat banafee depan new york hotel sebab dia nak makan ayam penyet. kat situ ada dua banafee. satu yang lama satu lagi yang baru. kami suka yang kat banafee lama sebab sambal dia pedas gila sampai meleleh air mata dan segala jenis air yang ada. hahaha. ok kidding! tapi memang pedas la. mesti korang pelik kan dengar nama nasi ayam penyet? aku rasa resepi tu dari indonesia. encik asan teringin nak makan nasi ayam penyet so kami on je la. dah lama tak lepak ngan encik asan. rambut dia pun dah pendek, hidung still mancung macam selalu. aku harap lepas encik asan baca entri aku ni, dia akan belanja makan nasi ayam penyet lagi lain kali sebab aku dah link blog dia banyak kali ni. wahahahaha. pape pun, thanks belanja kami. :)





Wednesday, August 4, 2010

Yuna Album's Received

Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Lama aku tak update blog ni. Actually aku tak pernah bukak blog aku kat opis. Bukan apa, aku malu bila dorang baca kisah hidup aku. Kalau korang tak pe sebab aku tak kenal. ahahaha. Boleh ke gitu? Ada gak la beberapa officemate yang cari blog aku tapi tak jumpa lagi kot. hahaha.

Aku baru je dapat album terbaru Yuna berjudul Decorate. Aku beli di sini. Ni adalah album pertama beliau. Yang terdahulu tu adalah EP beliau. Entri EP tu boleh lihat di sini. Review untuk album sulung beliau,

AWESOME!!!

tak rugi beli sebab semua lagu best2. serius tak tipu. harga cume RM29.90. Akan berada di pasaran pada pertengahan Ogos 2010. Album ni telah dilaunch pada 23-24 Julai 2010 di KLPAC.







nota : amacam? ada ciri2 hard fan yuna tak aku ni agak2 korang? :D

Monday, July 12, 2010

He belongs to her

makin aku tepis, makin kuat ia hadir.

some things are better to be left unspoken.

dear feeling, please go far far away.

*sad*

Monday, June 28, 2010

Burrrrpppp!

kenyang gila makan pizza bersama keluarga tadi. order 2 large pizza tambah cheese. fuhhhh! terbaik la!

since aku masuk utm, aku memang dah jarang update blog. bukan malas tapi aku perlu komitmen dalam membuat coding. kerja aku sekarang lebih tough dari kerja lama. kadang-kadang pressure tapi aku pujuk hati ni supaya tabah dan terus belajar.

keluarga pun sangat supportive. alhamdulillah aku bersyukur sebab keluarga aku bahagia kini. tiada lagi gangguan manusia yang iri hati. aku harap kebahagiaan ini terus kekal. amin.

da lama tak hang out dengan kawan-kawan sebab penat bila dah balik keje. so entri untuk kawan-kawan memang tak ada. tapi aku tetap rindu mereka. so call dan text aje la.

kekasih? teeeetttt. kt utm ni ramai sangat dah kawin. yang bujang tak ramai. tapi ni statistik yang aku buat semasa cuti sem. nanti next week dah naik cuti sem tak tahu la kan? hik-hik-hik.

so far, aku sangat bersyukur kepada Allah atas nikmat yang telah DIA berikan. aku harap apa yang dipinjamkan ini dapat aku gunakan sebaik mungkin.

buat semua, jaga diri. tata :)

Wednesday, June 16, 2010

Happy Birthday Kakak!

pagi tadi aku ada buat suprise untuk akak aku sempena hari jadinya hari ini. kat rumah aku ni memang semua tak ingat hari jadi keluarga kecuali aku. so, aku dah siap-siap tempah cupcake dari kawan aku. ingat kan nak suprise malam tadi kul 12 tapi aku dah ngantok rabak so tukar plan. pagi-pagi bangun aku buat bodoh je. akak aku ada sebut nak makan walnut cake tapi aku buat dang aje. hahaha. mesti masa tu dia fikir tak ada ke orang nak wish birtday dia. muahaha. bila mak aku dah siap buat sarapan, aku terus keluarkan cupcake sambil nyanyi lagu happy birthday. hadiah tahun ni aku kasi 2 ciuman di pipi. ngeh3.

buat akak tercinta, selamat hari lahir ke 26. moga semakin tabah menempuhi hidup yang mendatang. i love you sis :)

cupcake Titie
cuppies for my sis~

Wednesday, June 2, 2010

Kenangan Bersamamu

Minggu lepas, buat pertama kali akan join gathering group 1987 melalui facebook. Gathering selama tiga hari bermula 28 Mei 2010 hingga 30 Mei di Batu Layar itu nyata tidak menghampakan walaupun aku baru mengenali mereka. Mereka datang dari pelbagai pelusuk negeri seluruh Malaysia. Dari Kedah, Penang, Terengganu, Selangor, KL, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Aku sudah mula merindui mereka.

pose tepi pantai

pose terakhir sebelum berpisah









persembahan secara spontan

Saturday, May 22, 2010

I love Weekend!

OMG! lamanya tak bukak blog aku. nak baca blog sekutu pun tak ada masa. aku ingat kerja gomen rehat sikit. aku silap 100%. banyak nya kerja. *pengsan*

oleh kerana kepala dah berat dengan coding, aku decide nak join gath 1987 minggu depan. harap-harap kurang sikit la pressure aku ni. dia punya penat sampai aku miss semua episod adamaya sebab balik-balik terus cari bantal balas dendam sepam dua.

detik yang aku tunggu setiap minggu adalah hari jumaat sebab aku boleh tidur puas-puas. he he.

oleh itu, selamat berhujung minggu, kekalkan cara hidup yang sihat dan katakan tak nak pada rokok!

Fin.

Tuesday, May 11, 2010

Kereta Tanpa Pemandu

semalam aku tertinggal purse kat opis. dah sampai rumah baru perasan purse tak ada dalam handbag. pagi tadi aku terserempak kereta polis tengah saman moto. dem! luckily dia tak tahan aku. lagi satu, masa nak belok simpang UTM, aku terserempak kereta tak ada penumpang pemandu! ahhhh. *pengsan* kereta tu rupanya stereng sebelah kiri (kira macam kereta negara orang putih). mercedez compresser kaler hijau no. plate JHS67. lelaki yang bawak. ada siapa-siapa pernah ternampak tak?

malam tadi pertama kali aku YM dengan abang hensem. topik yang aku chat dengan dia adalah perfume dia. hahaha. okayh2. aku dah tahu brand perfume dia. actually dia suruh orang tengah bagitahu aku suruh add dia. tapi aku segan nak add ym dia. end up, aku suruh orang tengah invite conference untuk kita bertiga. aku masih belum add YM dia. malu. tapi kan, aku rasa kan, aku dah tak excited nak kenal dengan dia. mungkin aku hanya terpesona dengan bau perfume dia.

:)