Monday, February 7, 2011

Dua Tahun



Hari ni genap dua tahun kemalangan ini berlaku.
Moga dijauhkan dari perkara sebegini.
Amin.

Sunday, February 6, 2011

Happy Birthday To You

First of all, aku nak wish happy birthday pada BFF aku, Yun yang menyambut hari lahirnya pada hari ni! Happy 24th birthday Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah. I love you babe!



Ni adalah gambar pertama aku dengan dia selepas lost contact hampir 10 tahun. Aku jumpa dia semula masa reunion sekolah rendah pada Disember 2007 dan gambar ni diambil pada Januari 2008 if I'm not mistaken. Tapi aku sangat suka gambar ni oke. ;)

Aku rasa hari ini sangat memorable dan aku sangat happy. Lepak sampai subuh. Main wii sampai lebam. Main gitar elektrik. Main teka teki sebelum tidur. OMG! I will totally miss this moment. Plus kawan baru aku si Zak akan fly ke Sarawak esok pagi. Tak taw la bila lagi dapat lepak camni. Ni first time aku main gitar elektrik. Thank to Zak yang sporting! To be exact, Cikgu Zakwan! Terima kasih ye! Ada jugak kenangan manis dengan si Zak ni. Jamming lagu Radja. Fuuuuuuuu! Dapat la jugak aku try main lagu Jonas Brothers. Hari ni memang best! woot woot~

Friday, February 4, 2011

Nama

Aku rasa lain macam bila ada orang panggil aku NURUL. Itu memang nama aku tapi aku lebih prefer kalau orang panggil aku JANA. Bukan aku tak suka tapi aku akan rasa janggal, malu, penuh kesopanan dan kesusilaan kalau orang panggil aku NURUL. Lebih-lebih lagi orang tu aku memang minat. Adehh. Aku lemas! haha!

Thursday, February 3, 2011

Yuna Inspired Teaser







Aku terus rasa inspired lepas tengok teaser ni. Yuna, I love you!!

Her official yunainspired website will be launch on 14th February 2011 =)

Blind Date

Semalam, aku lepak dengan member sekolah rendah. Plan last minit. Actually aku dah tak jumpa dia hampir 11 tahun. Last time jumpa masa sekolah rendah darjah enam. Nama dia khyi. Kebetulan semalam khyi jumpa seseorang yang aku boleh gelarkan as blind date partner? perhaps! Kami pun lepak-lepak kat El Migos Jusco Tebrau. pung pang pung pang bercerita. Sampai satu part, aku tanya la blind date partner khyi. Nama dia zak. Aku tanya dulu dia sekolah mana. So, dia jawab Teknik JB. Tiba-tiba khyi gelak besar. Mana taknya, dorang dah pung pang pung pang dalam fesbuk sebelum ni tapi langsung tak pernah tanya sekolah kat mana. Kebetulan pulak khyi ni duduk Kluang, so maybe zak tak aspect yang khyi sekolah area JB. So berlaku la babak jejak kasih. Tanya nick name la, cikgu la, kelas apa la, gedebak gedebuk. Kami lepak sampai nak pukul 10 dan waiter dah siap kemas semua. Mungkin tunggu kami nak balik je. haha. Aku baru je kenal si zak ni. Bakal guru berstatus DG41 yang akan diterbangkan di sekolah area Sarawak. Flight hari Isnin ni. Dia ada hobi yang sama dengan aku. Gitar! Dan kami ada gitar brand yang sama, ibanez. Wee wuu~ Masing-masing semua masuk air. Aku tak taw kenapa semalam semua macam gila-gila. haha. but I had lots of fun last night.


Dari kiri : Al, Titie, Yun, Me and Khyi



Zak and Khyi


I smell love in here. Wahaha =D

nota : Semalam aku macam orang kaya. Lunch makan Vivo. Dinner makan El Migos. Hujung bulan aku makan biskut tiger. ahahahahaha. You never change a bit, Jana!

Tuesday, February 1, 2011

Hilang

Handphone aku hilang. Terkedu dan terdiam selama lima saat. Tadi aku lunch kat Jusco. Ada orang belanja aku makan sushi king. Masa tengah makan, aku ada text someone dan aku letak handphone atas meja pastu tak perasan sampai dalam kereta. Bila kereta jalan je aku teraba-raba handphone dalam beg tangan. pergh! nasib baik tergerak hati nak tengok handphone. Cari-cari tak jumpa aku terus pecut yang tak berapa nak pecut masuk sushi king balik. Nasib baik ada lagi atas meja bersama mangkuk sushi yang kami makan tadi. Belum dikemas dan diusik. Pheww! Lega.

Alhamdulillah.

nota : balik kerja tadi aku drive lagi. As usual ada instructor kat sebelah yang tak berhenti bercakap. haha. tiba-tiba teringin nak bawak kereta manual. Ada sape-sape nak offer test drive kereta manual kat aku tak? please!! *sambil mata bersinar bergemerlapan*

Monday, January 31, 2011

Spontan

Arini buat kerja gila dengan akak aku. Balik je kerja masing-masing sakit kepala. Kena hujan kot. Tiba-tiba akak aku tanya nak gi karok tak? Mesti la nakkkkkk! Dapat pulak bilik deluxe yang boleh muat 8 orang. Tapi kami masuk berdua je. Pergh! Heaven kot. Siap brader yang setting bilik offer diri kalau nak suruh dia teman. ahaha. Muka boleh tahan tapi kurus banget. Pape pun, karok hari ni memang layan. Mostly lagu jiwang. Lagu-lagu lama memang feel habis. Balik karok singgah mutiara nara tapau nasi. Paling tak boleh blah brader yang amik order tu dah amik order yang kami tapau, dia tanya nak order air tak? Akak aku jawab, sup tu semua letak dalam 1 plastik je. ahahahahaha. Ni bahana karok lebih muatan. Akak, biar tak cantik, jangan pefe kakfak. =P

Sunday, January 30, 2011

Jom Main Tag!

Aku telah ditag oleh cik Effa Nina hampir sebulan yang lalu. Baru hari ni aku free nak jawab. Sorry for the late!

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup kOrang?

Keluarga!

2. Benda terakhir kOrang beli guna duit kOrang sendiri?

Helmet KHI. ngeh3

3. Dimana tempat kOrang nak melangsungkan perkahwinan kOrang dan tema perkahwinan kOrang nanti?

Rumah baru, insya Allah. tema aku nak yang simple but memorable.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Tidak.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Pass!

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?

Dalam mimpi? haha

7.novel/buku/majalah terakhir korang beli?

Remaja yang cover depan dia Yuna. :D

8. Apakah nama penuh korang

Nurul Jannah

9. Antara mak dengan ayah korang, yang mana korang lagi mesra?

To be honest, abah kot. Tapi aku sayang abah & arwah mak aku. Kalau mak masih ada, aku mesti mintak mak masakkan makanan kesukaan aku, sambal goreng tahu tempe & sambal kacang. yum yum!

10.Namakan orang yang betul-betul kamu nak jumpa dalam hidup?

Yuna! She really inspires me.

11. Adakah korang basuh baju sendiri?

Tak la. Mesin yang basuhkan.

12. Dimana tempat yang betul-betul korang nak pergi?

Tempat yang ada salji. Teringin sangattttttttt!

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

Peluk! Hugs can reduce sadness *based on my experience*

14. Beritahu tiga perkara tentang orang yang tag korang?

Nama beliau Effa Nina. Beliau orang Negeri Sembilan. Beliau sangat kreatif & pandai menjahit.

15. 5 benda korang sayang sangat dalam hidup korang?

Moto, Laptop, Handphone, Gitar & Album Yuna

16. 5 lagu korang suka dan selalu dengar?

Black - Sofea Jane
Matchbook Romance - Tiger Lily
Monoloque & Atilia - Kekanda Adinda
Taylor Swift - Speak Now
Yuna - Backpacking Around Europe

17. Bila tarikh lahir korang dan korang sambut besday kat mana tahun lepas?

12 Disember. Danga Bay-Rumah-Jusco Tebrau :)

18. 7 orang blogger korang nak tag
1.Royal Mentega
2.Keri
3.Chinnoise
4.Liliyuli
5.Jo
6.Ayampinko
7.Hafiz Taichou

19. Cerita sikit pasal blogger yang korang tag?

1.Senior aku masa kat uitm. Dah nak kawen minggu depan dengan calon pilihan ibu. tahniah!
2.Kawan blogger yang sebaya dengan aku. Gila DSLR dia ni.
3.Dia suka buat lawak. Sakit rahang kalau berbual lama dengan dia.
4.Gila karok dia ni.
5.Yang ni kaki pukul. haha. ok aku tipu. Suka hiking dia ni.
6.Ni keturunan boyan. Minat pada orkid. Baru je kawen. :D
7.Dia pandai melukis tapi tak pernah lukis gambar aku. haha.

Selamat mengetag! =D

Saturday, January 29, 2011

VS125R

Ramalan kaji cuaca kata hari ni hujan. Dari pagi bawak ke petang malam. Aku gi pejabat pos nak hidupkan roadtax dengan insurans moto pun hujan jugak. Redah je la. Naik moto kena hujan memang benda yang biasa dalam kamus hidup aku. Lama jugak aku tunggu nak setelkan insurans punya hal. Tahun lepas aku guna Takaful Malaysia, harga dalam RM159+ kalau tak silap aku. Tadi, akak kat kaunter cakap dah tak boleh guna Takaful Malaysia. Kalau nak jugak kena gi main office dia. Tak de kerja aku nak gi jauh-jauh. So aku amik je la Kurnia Insurans. Mahal jugak la first party dia. Adoi. Lari dah bajet ni. Nasib baik hidupkan lesen tak mahal macam insurans. Pheww!

Lokasi seterusnya adalah ke bengkel moto untuk servis moto. Gila banyak betul spare part kena tukar. Starter, bateri, belting, boost, wayar minyak, minyak hitam, minyak gear box & filter minyak. Nak menangis tengok resitnya. Tapi memang terbaik la bawak moto ni lepas servis. Tip top! Perghhhhh! Suka! Pastu kan, aku teringin nak beli helmet baru. So, sambar la satu. ngeh3. Helmet yang aku teringin sangat nak beli dari tahun lepas. Akhirnya..

Satu hari je dah habis nak dekat RM600. *koma sekejap*

nota : diam tak diam dah tujuh tahun usia moto tu. macam-macam kenangan dengan moto tu. sayang gila kat dia. fuuuuuuuuuu!

Thursday, January 27, 2011

Out-Station

Semalam aku ke KL untuk training Pendaftar kat sana. Excited bila bos aku kasi arahan pada hari ahad masa aku tengah syok berpicnic di Desaru. Aku excited sebab ni first time aku nak ke UTM KL. haha. mesti korang fikir aku jakun kan. ada aku kesah? Yang penting aku dah sampai kat sana. yeay! Kalau mereka yang selalu ke sana mesti dah tak excited macam aku.



Masa nak balik tu, tiba-tiba aku rasa bersyukur duduk JB sebab jem kat sana memang tak boleh blah. Bayangkan aku tersepit dalam jem, 1 jam baru gerak 200 meter. perghhhh. nak muntah aku tengok kereta. Sempat pulak aku ternampak satu kereta ni. No. plat cara ah. ST11L. fuuuuuuuuhhh! Dapat la jugak aku tengok masjid kat Putrajaya, lalu atas jambatan Putrajaya, tengok Istana Kehakiman dan bangunan-bangunan yang gah berdiri di Putrajaya. *mode jakun* yelah. aku orang kampung. Mane pernah tengok bangunan macam ni. ngeh3.

Tadi ada meeting antara pegawai. Dengar cerita team aku dapat bos baru. huhu. Aku ok je since aku pun orang baru. Yang penting kerja siap. Walaupun ada dengar banyak cerita yang tak best pasal team aku, aku kuatkan semangat jugak sebab aku taw niat aku bekerja adalah untuk mencari rezeki yang halal dan mendapat keredhaan daripada Allah. Tapi ada masa tertentu aku down jugak la. Biasa lah, iman senipis kulit bawang. Bila banyak sangat anasir yang meruntunkan hati, mulalah hilang selera makan dan badan menjadi kurus mendadak. ok aku tipu. haha.

Tapi aku percaya, kalau sistem tu digunapakai oleh ramai orang dan dalam masa yang sama mempermudahkan kerja ramai orang, ganjaran Allah itu lebih besar maknanya. Insya Allah. *sambil mengalunkan lagu Maher Zain - Insya Allah*

"KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA"

Sekian.