Monday, August 19, 2013

Contact Synchronization for Blackberry

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya kepada semua bloggers. Hari ni aku nak berkongsi info pasal handphone Blackberry. Aku dah lama perasan contact kawan-kawan aku ada yang hilang bila aku tukar handphone dari Samsung ke Blackberry. Maybe sebab contact tu disimpan dalam handphone dan bukan pada sim kad. So, hari ni officemate aku ada bagitahu ilmu yang baru bagi aku tapi mungkin korang dah tahu. Tak kisah lah, aku still nak share. Korang tahu tak contact korang dalam handphone tu boleh simpan dalam emel? Just synchronize kan je handphone dengan emel. Menarik bukan? Ni screen shot yang aku ambil menggunakan handphone Blackberry.

Pilih Menu Contact >
Klik butang Blackberry dan pilih Options


Semak contact lists. Kalau takde, tambah emel
Tick pada wireless synchronization
Ok screen shot di bawah adalah contact dari emel aku yang synchronize dengan handphone.

Contact dalam handphone aku disimpan juga di dalam emel
Kebaikan synchronization contact pada handphone dan emel ni adalah mudah nak import contact bila handphone rosak. Tak ada lagi masalah hilang nombor kawan dan paling penting dah tak payah lagi nak minta nombor seorang-seorang kalau handphone hilang. Harap tak hilang lah. Tak salah kan ambil langkah berjaga-jaga dan sediakan payung sebelum hujan? Rasa nya semua smart phone ada fungsi sync ni.

Semoga entri ni bermanfaat dan dapat memberikan ilmu baru kepada anda semua.

Monday, August 12, 2013

Mess

"Nothing's going right and everything's a mess and no one likes to be alone"

I'm alone. Craving for Auntie's Anne chocolate stick right now. Full of anger. Feels like crying and broken inside. I hate for having this kind of feeling. Still wondering why things happen. It is fun to keep doing sins? I really want to go far away. I hate this awkward situation. I can't tolerate any longer.

Wednesday, July 31, 2013

6 Tahun

Hari ini 22 Ramadhan 1434H. Hari Rabu, 31 Julai 2013. Genap 6 tahun mak pergi menemui sang Pencipta. Mak pergi terlalu awal. Aku tak sempat membalas semua jasa mak. Mak tak sempat merasa duit gaji aku. Tak sempat nak tengok kejayaan aku. Tapi, aku tetap ingat mak walaupun aku jarang ziarah kubur mak. Doa sentiasa dikirim usai solat. Semoga doa aku sampai pada mak. Bila mak dah tak ada, baru terasa banyak perkara yang mak uruskan. Bila makan roti canai, aku mesti ingat mak sebab mak selalu beli untuk aku.

Semoga Allah tempatkan roh mak di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Dalam kenangan
Hajjah Marinah binte Yacoob
19 September 1952 ~ 31 Julai 2007

Al-Fatihah.

Tuesday, July 9, 2013

Citra Karisma

Alhamdulillah. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013. Rezeki dari Allah. Terima kasih kepada rakan sekerja yang banyak membantu.



Friday, June 28, 2013

Good Bye NC

Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang adalah bekas naib canselor UTM. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Setiausaha II Kementerian. Hari terakhir aku jumpa dia adalah pada 7 Jun 2013 yang lalu. Perjumpaan bersama NC untuk kali terakhir. Last lecture. Di akhir ucapan beliau, aku tak dapat menahan air mata. Sebak. Aku pasti semua staf pasti merasai kehilangannya. Beliau seorang yang berkarisma dan bersemangat tinggi. Banyak perubahan yang telah dilakukan di UTM sepanjang bergelar NC. Program lestari seperti aktiviti berbasikal, event Horse Show yang memperkenalkan Malaysia di mata dunia, Key Amal Indicator (KAI) dan banyak lagi. Beliau sentiasa mengingatkan kita agar ikhlas dalam melaksanakan tugas. Itu adalah amal yang intangible. Aku doakan agar Allah permudahkan urusan beliau di tempat kerja baru. Kecewa sikit sebab tak dapat bergambar dengan beliau pada majlis anugerah minggu depan. Dah tak dapat tengok NC menunggang basikal atau kuda keliling kampus lagi. By the way, I'm glad I talked with him few weeks ago before his promotion. Selamat maju jaya Dato'.

Friday, May 3, 2013

Internship Student #2

Akhirnya mereka menamatkan latihan industri di office aku dengan jayanya. Aku akan merindui mereka. Aku harap mereka akan berjaya dalam bidang yang diceburi. Kak Jannah sayang korang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. I will remember them. 

Ikyn, Shasha, Wafi & Faiz

Thursday, May 2, 2013

A Signature

Pagi tadi ada perjumpaan Dato' Naib Canselor dengan staf UTM. Seperti biasa selepas slide masuk kehadiran, aku dan rakan bergegas ke Dewan Sultan Iskandar untuk mendengar ucapan NC. Untuk makluman, setiap bulan memang ada perjumpaan seperti ini. Agenda nya lebih kepada update terkini kejayaan dan perancangan sepanjang tahun. Pada pendapat peribadi aku, setiap ucapan yang beliau berikan sentiasa menaikkan semangat dan memberi inspirasi kepada staf. Setiap kali selepas tamat perjumpaan, staf akan menyanyikan lagu UTM dan ini dapat memupuk semangat cintakan UTM. Aku rasa seronok dan bersungguh-sungguh nak buat kerja. Sentiasa rasa nak beri yang terbaik dalam apa jua yang aku buat.

Kebetulan tadi ada pelancaran buku beliau yang baru. Lepas tamat perjumpaan, aku lihat berpusu-pusu staf beratur. Bila nampak Dato' NC tandatangan pada buku itu, aku terus teruja. Serius! Teruja sangat. Terus aku beli buku itu dan beratur untuk dapatkan tandatangan beliau. Bila tiba giliran aku, terus dia melihat dan menyapaku dengan senyuman,

NC : "Nama siapa ye?"
Aku : "Jannah"
NC : "Miss ke puan ke cik?"
Aku : "Cik"
NC : "Dari mana?"
Aku : "CICT"
NC : "Jannah ye. Hebat betul nama"
Aku : "Terima kasih Dato'."

Aku sangat teruja dapat berbual dengan beliau. Ada aura yang luar biasa. Semoga kita dapat berbual mesra lagi. I adore you, Dato' NC. Beliau membuat aku rasa lebih cintakan UTM dan ikhlaskan diri bekerja kerana Allah. Semoga aku dapat menabur bakti dan sumbangan kepada UTM. Amin.

Signed by Dato' NC

Saturday, April 13, 2013

Aku Tak Suka

Aku tak suka
  • orang yang ada tabiat makan berbunyi. Tak dengar ke bunyi bising kau kunyah tak tutup mulut? Tak sopan dan sangat annoying.
  • orang yang makan tangan kiri. Tangan kiri untuk cebok. Tangan kanan untuk makan. Nak kena ajar lagi ke?
  • orang yang tak silent handphone semasa mesyuarat. Kau ingat kau seorang je ada handphone?
  • orang yang potong queue semasa memandu. Ok yang ni aku benci gila. Kau ingat kau seorang je nak cepat?
  • orang yang buang sampah ke luar tingkap semasa memandu. Tak reti tunggu balik rumah baru buang ke? Kau ingat jalan raya ni tong sampah? Takde kesedaran sivik langsung!
  • orang yang tak pakai deoderen. Tolong lah pakai supaya orang lain boleh bernafas udara yang bersih. Pening tahu tak?
  • orang yang suka post status masalah keluarga kat laman sosial. Keep it private boleh tak? Too much information.
Entri ni untuk peringatan aku dan kamu semua. Berubah lah untuk kebaikan.

Friday, April 12, 2013

A Millionaire's First Love

It's a sad movie but very meaningful. I can't stop crying watching it.

Wednesday, April 10, 2013

Dengan IzinNya

Dengan keizinan Allah, hari ini aku telah meluahkan apa yang telah terbuku di hati aku sejak 7 tahun yang lalu. Ia bukan perkara mudah untuk dibincangkan. Kali ini, aku yakin Allah telah membuka ruang untuk aku meluahkannya kepada orang yang sepatutnya sedar mengenainya. Ya Allah, aku tak dapat menahan sebak dan air mata setelah melafazkannya. Aku telah memohon maaf sebelum mengungkapkan ayat itu. Aku tawakal kepada Allah. Semoga apa yang aku sampaikan membuka mata dan hatinya. Sesungguhnya apa yang berlaku ini adalah dengan izin Allah. Aku meluahkan apa yang aku rasa salah dan tidak patut berlaku. Ya Allah, besar dugaanMu ini. Setelah 7 tahun terpendam, akhirnya malam ini, aku tamatkan kekecewaan dan kesedihan aku. Semoga ada jalan penyelesaiannya. Amin.

Aku telah melakukan perkara yang sepatutnya aku lakukan 7 tahun yang lepas. Tapi, mulut ini bagaikan terkunci. Malam ini, Allah telah membuka kunci itu. Aku rasa lega walaupun aku tidak pasti apa yang akan berlaku pada esok hari. Ya Allah, aku yakin dengan kekuasaanMu. Aku yakin Allah sentiasa memaafkan hambaNya. Semoga ia akan berakhir. Ya Allah, letakkan kami di jalan yang benar. Jangan Kau gelapkan hati kami Ya Allah. Perkenankan lah doa hambaMu ini Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

Aku yakin Allah telah memilih aku untuk mengatakan ayat itu kepada kamu. Dalam hidup ini, kita perlu membuat pilihan. Semoga kita membuat pilihan yang terbaik.

Aku sangat-sangat memerlukan seseorang untuk aku luahkan tetapi aku pilih untuk luahkan kepada Allah. Kerana Allah Maha Mendengar.