What else? Oh, aku akan ke Melaka untuk bengkel modul cuti belajar. Dari hari Rabu hingga Jumaat ni. Akan jauh dengan kamu. Aku akan merindui kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu. Ok tipu. Aku rindu pada orang yang ingat aku la kan. *tee hee*
Akhir kata, aku tak mampu nak senyum kerana tulang seketing aku terlanggar meja sewaktu mengangkat meja-meja ke tingkat atas tadi. Aku tendang meja tu sekuat hati. Abah dengan kakak gelak aje. Kaki aku berdenyut-denyut ni. Geramnya!
nota : Tajuk entri beriya sangat. Takde la mega mana pun entri ni. Hahaha. Haa baru teringat. Esok adik aku berkhatan. Tadi dia tanya aku,
Adik : "Akak, sakit tak sunat?"
Aku : "Entah. Mana I taw. Tanya lah Abah."
Adik : "Habis dulu masa you sunat, you tak ingat ke?"
Aku : *pura-pura tak dengar sambil layan cerita Tentang Dhia*
Macam mana la aku nak explain. Aku pun tak taw nak cakap apa. Bila adik nak sunat ni baru lah aku faham sikit-sikit. Tadi kat office pun ada cerita pasal sunat sebab kebetulan ada anak staf yang baru sunat. Masing-masing sengih sebab malu. Aku lagi lah malu. Kalau nak lebih faham, aku perlu lihat sendiri. Bukan sekadar
1 comment:
humang aih.
mega nya. haha.
nanti bagi henset/psp kat adik kau suruh dia main game supaya dia tak tengok dan tak sedar semasa proses berkhatan.
Post a Comment