Bulan ni aku belajar banyak benda baru. Pertama sekali, belajar mengait. Mula mengait minggu lepas. Lupa specific tarikh sebab masa tu malas nak catat kat mana-mana. Terima kasih Kak Ya sebab sudi ajar aku ilmu baru. Baru belajar buat tali air dan double crochet. Yarn over. Yada yada. Aku tak ingat. Projek pertama ni tengah nak buat kain lap mini. Entah jadi entah tidak. Tunggu. Kalau ada upload gambar tu maknanya berhasil la. Kalau senyap je, tolong buat-buat lupa ya? Haha.
Hari tu abang aku lepak duduk kat bilik aku. Surf internet sambil dengar aku main gitar. Bernyanyi-nyanyi kecil juga mengikut lirik lagu Kosong yang aku petik tu. Seronok kan? Aku suka main gitar sambil nyanyi dengan abang aku. Unplugged la konon-konon. Tiba-tiba teringat aku baru jumpa gambar-gambar lama masa kecil dulu. Baru ambil dari Singapore. Banyak juga gambar-gambar kami dan aku rasa teruja bila anak abang aku tengok sama-sama. Muka Iqbal memang mirip abang aku masa kecil. Dia tengok gambar dan dan cakap "Maksu, Maksu, Baby la" Aku gelak je. Dia tak tahu yang baby tu adalah ayah dia. Haha.
Beberapa minggu lepas, aku ada melawat mak angkat aku selepas balik dari kerja. Kebetulan lalu dekat area rumah dia. Singgah la dengan kakak aku. Mak angkat aku ni orang India. Kawan baik arwah mak aku merangkap jiran aku masa rumah lama. Aku panggil dia Cik Mala. Dia lah orang yang menyambut aku masa aku dilahirkan. Masa tu aku dilahirkan di rumah. Last time aku jumpa dia masa arwah mak aku meninggal. Tahun 2007. Dah 5 tahun rupanya tak jumpa dia. Dia pun baru kematian suami. Aku simpati dengan dia. Apa pun, hidup perlu diteruskan.
Aku tengah baca novel berjudul Nota Cinta Buatmu hasil nukilan Norhayati Berahim. Tertarik dengan satu ayat yang diselitkan oleh beliau di muka surat 76.
"Cantik bukan ukuran lelaki boleh setia"
Menarik bukan? As what I can see, cantik itu bersifat sementara. Bila dah tua, cantik tu bukan lagi ukuran yang dipandang. Kalau masih cantik, itu sebab awet muda lah kot. Apa yang paling penting sebenarnya adalah hati. Kalau hati baik, insya Allah cantik luar dan dalam. Aku rasa aku tak nak lelaki yang hensem. Susah nak jaga. Banyak sangat orang terpikat. Biarlah sedap mata memandang. Paling penting hati mesti baik dan menerima aku seadanya. Semoga cepat aku bertemu jodoh. Amin..
Counting days for the holiday. Tak sabar rasanya. Doakan aku selamat pergi dan kembali. =)
No comments:
Post a Comment