Wednesday, October 17, 2012

Dugaan

Bila orang yang aku sayang diberi dugaan yang hebat, aku tak mampu nak menyekat air mata. Aku cuba memberi semangat yang termampu biarpun aku tak mampu menahan sebak saat kamu berkongsi apa yang kamu rasa. Aku tak boleh tidur. Asyik terfikir kamu. Aku harap dugaan yang kamu terima dapat menghapuskan dosa-dosa lalu. Walau apa yang orang kata, aku tetap sayang kamu. Aku telah kenal kamu sepanjang suku abad bernafas di bumi Allah ini. Kamu orang yang aku sayang selepas kedua ibu bapaku. Ya Allah, aku bermohon padaMu agar kau permudahkan segala urusan beliau. Semoga kau beri kebahagiaan dan kegembiraan kepada beliau agar beliau dapat menghabiskan sisa hidup di dunia ini dengan tenang. Walaupun aku tidak lahir dari rahim beliau, kasih dan sayang aku pada beliau tak pernah berubah. Semoga segalanya dipermudahkan. Aku tidak mahu air mata menitis dari matanya lagi. Jika kamu berada di sisi, pasti aku peluk erat meredakan perasaan kamu itu. Allahu Rabbi, permudahkan jalan hidup keluargaku, beliau dan orang yang aku sayang. Amin.

Setiap manusia diduga olehNya dengan dugaan yang berbeza-beza. Hanya Allah yang maha mengetahui sejauh mana kekuatan kita menempuhnya.

nota : Sayangilah ibu anda.

No comments: