Monday, December 3, 2012

Tahan

Hari Jumaat lepas, aku pergi Pusat Bowling untuk ambil bola bowling aku. So, aku keluar office around 5:30pm. Masa tu dah terasa nak buang air kecil tapi aku malas nak pergi tandas. Tahan punya tahan sampai dekat Pusat Bowling dah hilang rasa nak kencing. On the way nak balik rumah tiba-tiba hujan lebat selebat-lebatnya. Pakai wiper nombor 3 yang paling laju pun masih tak boleh nampak jalan kat depan. Bayangkan betapa lebatnya hujan masa tu. Bila dah hujan, confirmlah cuaca sejuk. Dengan air cond aku yang memang sejuk. Rasa nak kencing tu datang lagi. Kali ni aku memang tak boleh nak berhenti kat mana-mana sebab jalan jammed! Ciss! Dugaan apakah ini? Sampai satu part aku terpaksa tahan nafas dan berharap aku boleh tahan. Dah nak sampai rumah dah ni. Sabar!! Memang sampai rumah je terus sambar tandas. Seriously, menahan kencing adalah amalan yang tidak baik. Boleh jadi salah satu faktor batu karang. Dan ari-ari aku sakit lepas tu. Bayangkan tahan kencing sampai 2 jam. *pengsan*

2 comments:

k.e.r.i. said...

Kakak opis lama aku dulu pun cerita sama dengan kau. Bezanya, masa tengah tahan tu, dia teringat seat kereta dia seat kulit, jadi dia kencing saja.

HAHA

nuyuljana said...

HAHAHA.

seat kereta aku pun leather tapi aku tak sanggup weyhhh!!!