Hari ini hari Sabtu dan aku masih di office. Bekerja di hujung minggu bukanlah hobi aku. Tapi aku tabahkan jua. Bukan ni yang aku nak ceritakan sebenarnya. Aku nak cerita tentang seseorang. Ye. Tentang seseorang yang baru aku jumpa Disember lalu. Seorang lelaki yang jauh lebih muda dari aku. Pangkat adik-adik aku. Tapi aku suka tengok muka dia sebab ada iras Kamal Adli. *jerit*. Tu yang membuatkan aku teruja nak kenal dia dengan lebih dekat.
Aku jumpa facebook dia tak sampai seminit pun. Itu kepakaran masing-masing lah kan. Hahaha. Aku suka tengok gambar-gambar dia tapi aku tak add dia pun. Aku try cari birthday dia tak jumpa. Dia hide kot. Tertanya-tanya juga bila hari lahir dia. Tadi aku saje usha kat internet. Oh man! Aku dah jumpa birthday dia. Teruja sebab ada persamaan dengan aku. Kira ada chemistry la. Hehe. Aku paling suka dengar dia mengaji. Beberapa minggu lalu ada bacaan Yassin kat office aku. Salah seorang staf jabatan aku meninggal dunia. Masa tengah baca Yassin tiba-tiba terdengar suara lantang membaca dari belakang. Aku tak tahu pun dia yang duduk belakang aku. Bila dah habis baca terus aku pusing. Eh, dia la. Aku senyum. Suka sebab dah tahu dia pandai mengaji. Alhamdulillah.
Since umur kita jarak hampir 6 tahun, aku akan layan dia macam adik aku walaupun aku dah mula suka dia. Ops. Suka sebab muka dia macam Kamal Adli. Hello Mr. W. Selamat berkenalan.
No comments:
Post a Comment