Hai. Lama tak update blog. Minggu ni aku sangat sibuk. Semalam, sahabat aku bertunang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah buat Ecah dan Fendi. Semoga berkekalan hingga ke syurga.
|
Selamat Bertunang Ecah |
Petang tadi pergi majlis persandingan kawan sekolah aku. Alhamdulillah dapat kumpul dengan kawan sekolah. Tahniah Ali dan pasangan. Semoga berkekalan hingga ke syurga.
|
Pengantin Baru |
Lepas tu, pergi rumah sahabat aku. Majlis hari lahir anaknya, Qaseh yang berusia 3 tahun. Happy Birthday Qaseh. Semoga jadi anak yang solehah.
|
Birthday Girl, Qaseh |
On the way nak balik rumah, hujan selebat-lebatnya. Berhenti jap kat Petronas. Bila dah reda sikit, bukannya balik ke rumah. Kami terus ke Galeri Ariani yang baru dibuka berdekatan dengan Plaza Angsana. Ada diskaun katanya. Kehkehkeh. Bab shopping memang heaven. Women can't deny it. I had a blast day. Sambar satu tudung buat Birthday Girl kita iaitu Ecah yang kebetulan baru bertunang semalam. Aku sayang semua kawan-kawan aku. =)
No comments:
Post a Comment