Showing posts with label Shafiq Vai. Show all posts
Showing posts with label Shafiq Vai. Show all posts

Thursday, March 19, 2015

Shafiq Vai's Wedding

Thanks a lot Shafiq Vai for inviting me to his wedding. As a fan, I am truly honored. Can you imagine how excited I was when I received the invitation. This is one of the BEST moment in my life. Thank you #shafiqlala.

Shafiq, Lala & me. Photo by Zel Atif

Tuesday, October 8, 2013

Parcel Received

Minggu lepas, aku dah pos hadiah untuk Shafiq Vai. Setiap hari aku check online kat website pos laju sama ada parcel tu dah diambil atau belum. Alhamdulillah, semalam dia dah ambil. Teruja sangat bila dia sanggup datang pejabat pos untuk ambil parcel tu. Thank you very much for your effort. Sorry sebab susahkan awak. I really hope you like it.

Nota : tadi kat Instagram ada video Shafiq nyanyi. Aku repeat video tu lebih dua puluh kali. Kah kah kah. Suara ala-ala Tam Spider. Cair weyh. Haih.

p/s - update blog through my not so new Samsung Note 2 :D

Tuesday, September 24, 2013

What Should I Do?

Kalau kita support penyanyi, kita akan beli album dan pergi konsert dia. Kalau support penulis, kita akan beli buku atau novel dia. Kalau nak support pemuzik, apa yang aku nak buat untuk tunjukkan yang aku memang peminat dia? Ok fine. Masih bercerita tentang Shafiq Vai. Bagi yang baru follow blog aku, aku sedang jatuh cinta dengan gitaris The Palauans, Shafiq Vai. Apa yang aku perlu buat untuk support dia dan buat dia tetap berada dalam industri?

Penat fikir tapi tak dapat idea. Minat aku kali ni memang rare. Selalunya aku akan jatuh cinta dengan suara penyanyi. Tapi kes yang ni, aku jatuh cinta dengan petikan gitarnya. Mungkin dia ni terlalu anti sosial atau pun terlalu merendah diri sebab maklumat tentang dia ni terlalu sedikit. Even birthday dia pun aku tak tahu.Tapi, aku sangat gembira sebab jumpa fan page dia. Fan page tu tak guna nama dia tapi nama samaran sewaktu dia sekolah menengah. I'm glad he's Johorian! Harap-harap kita dapat berjumpa kat JB satu hari nanti, insya Allah.

Aku nak pos hadiah untuk dia. Tak tahu lah dia suka ke tak. Aku harap dia tersenyum bila buka hadiah tu nanti. Ok sebenarnya aku tak pos lagi. Ada ni haa depan aku. Hahaha. Tunggu la ada masa nanti aku pos. Aku harap Shafiq Vai akan baca entri aku ni dan jawab soalan aku. What should I do to support you? Can I marry you? HAHAHA.

Kbai.

Sunday, September 15, 2013

Yuna - Sparkle

This is one of my favourite song. First time tengok video lagu ni, Hanafi yang main gitar. Best jugak. Tapi aku nak kongsi video Shafiq Vai yang plucking gitar untuk lagu ni. Aku harap takde yang muntah sebab aku asyik sebut nama Shafiq Vai. HAHAHA. Oh Shafiq Vai, I'm so into you. Kenapa awak nampak sangat cool bila plucking gitar? *melting*


Nota : Rasanya aku memang suka tengok mana-mana gitaris plucking gitar. Kalau Ag Coco plucking gitar pun aku cair jugak agaknya. Dengan misai dan rambut panjang dia tu. Perghhhh. Cair jugak. Memang gitaris muda kat Malaysia ni semua hensem-hensem eh? OMG! I love Malaysian's guitaris. HAHAHA. Teruskan berkarya ok. You're talented and gifted. Tak semua orang boleh plucking gitar. Only the chosen one could do it.

Saturday, September 14, 2013

Shafiq Vai's Instagram

Oh my God!!! Shafiq Vai dah ada instagram. I'm so excited!!! Hello Shafiq! No more hashtag. HAHA.


Shafiq's first post

Thursday, September 12, 2013

Siapa Shafiq Vai?

Pernah dengar nama Shafiq Vai? Ye Shafiq Vai bukan Steve Vai. Aku syak dia letak nama Vai sebab dia minat Steve Vai kot? Haha. Dia gitaris The Palauans. Band mates Yuna. Dia sangat comel, cute, hensem dan dia petik gitar dengan cool *melting* Aku rasa dia ni pemalu sebab dalam banyak video-video yang ada muka dia, aku jarang dengar suara dia. Jarang sangat la. Tapi dia sangat talented. Aku cuma tahu dia addicted dengan coffee dan dia ada gigi yang cantik. I wonder dia pandai main kastanet dan rekoder ke tak. Hahaha. Ok gurau je. Jom tengok gambar-gambar Shafiq.

Credit : Zulluey. Muka tengah tidur pun comel !
Credit : Zel Atif
Credit : Zel Atif
Credit : Efry Arwis
Credit : Video klip Diandra Angkasa. Apa la agaknya si Ully buat sampai Shafiq gelak besar.
Credit : Zulluey

Jom tengok Shafiq main gitar. Akustik Amkrew bersama Faizal Tahir di Hot FM. Comel gila respond dia tengok Efry bila tersalah strumming. HAHAHA.