Assalamualaikum.
Bulan lepas, cermin depan kereta aku retak. Masa tengah drive aku terdengar cermin depan kereta aku macam kena hentak dengan objek keras dan padu. Fuhh. Cuak kejap. Perkara tu berlaku terlalu pantas. Aku tak sempat pun tengok saiz mahu pun warna batu tu. Sedar-sedar je cermin kereta aku dah retak. Perkara ni pernah berlaku kat korang ke? Tak pernah? Pernah? Ok aku nak kongsikan perkara yang perlu dilakukan sekiranya terjadi kat korang.
Perkara pertama ialah bernafas. Jangan lupa bernafas. Hehe. Ok gurau je. Apa yang korang perlu buat adalah seperti berikut :
- Hubungi pusat insurans kereta. Kebetulan pusat insurans kereta aku dekat je dengan rumah. So, aku terus ke sana untuk tanya details. Soalan yang aku tanya adalah kat mana aku nak tukar cermin kereta. Since kereta aku pakai insurans Takaful Ikhlas, aku boleh tukar kereta di Dr. Cermin. Lokasi Dr. Cermin yang aku pergi dekat dengan Pasar Peladang, Skudai. Kalau korang tak ambil insurans kereta, memang silap besar la. Standby cash je la. Tak pun nangis sambil tekup muka pakai bantal. Untuk makluman, RM75 boleh cover cermin sehingga RM500 dan RM150 boleh cover cermin sehingga RM1000. Aku nasihatkan korang agar ambil insurans cermin. Tolong ambil. Tak kisah la kereta baru atau lama. Batu yang kena kat cermin tu tak kenal pun kereta baru atau lama.
- Seterusnya, korang boleh terus pergi ke bengkel cermin. Since aku pergi Dr. Cermin, aku akan sebut Dr. Cermin je la ye. Pastikan korang bawak polisi (insurans akan pos ke rumah), geran kereta, kad pengenalan dan lesen memandu. Kalau surat yang korang dapat masa renew insurans tu bukan polisi ye. Tu namanya cover note. Kat polisi tu ada tulis jumlah yang dicover oleh insurans.
- Pembayaran ada 2 cara sama ada korang bayar dulu nanti insurans akan masukkan duit dalam nombor akaun korang atau diuruskan sepenuhnya oleh bengkel. Bezanya ialah contohnya harga cermin kereta korang RM450. Kalau diuruskan oleh bengkel, dia akan ambil untung la. Kalau jumlah cover insurans RM500, dia akan cas RM500 la. Kalau korang bayar sendiri kemudian claim, bayar RM450 je. Resit pembayaran tu simpan elok-elok. Penting tu. Terus bagi kat pusat insurans untuk tujuan claim.
- Tempoh yang diambil oleh bengkel cermin adalah lebih kurang sejam. Dia akan tulis nombor plat kereta pada cermin dan ambil gambar untuk rujukan insurans sebagai bukti. Lepas tu, dorang pecahkan nombor siri cermin. Baru proses tukar cermin bermula. Apa yang dorang buat adalah gergaji cermin tu. Kerja ni memang tak boleh buat seorang diri. Korang tengok lah gambar kat bawah ni.
- Lepas dah siap pasang cermin baru, dorang akan letak tape untuk lekatkan cermin baru tu. Lepas 2-3 jam baru boleh bukak tape tu. Kalau nak pasang tinted lepas seminggu tukar cermin. Jangan cuci cermin untuk 2-3 hari supaya gam boleh melekat pada kereta.
 |
| Cermin baru retak |
 |
| Gambar cermin retak dari dalam kereta |
 |
| Proses tukar cermin depan |
 |
| Dah letak gam hitam keliling cermin |
 |
| Proses letak cermin baru |
 |
| Cermin baru siap pasang |
Semoga entri ini membantu. Jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di ruangan komen.