Tadi aku pergi sauna dengan officemate. Masuk dalam bilik sauna berempat. Tapi tak berapa nak best service nya sebab owner spa tu takde. So, orang lain yang tolong uruskan. Semua serba tak kena. Bilik sauna tak panas macam selalu, air lupa bagi, towel muka lupa bagi, krim macam salah. Selalunya dapat krim lain yang takde bau. Ni dapat krim yang wangi. Aku syak ni krim biasa yang pakai lepas mandi. Cis! Nasib baik kami ni jenis tak rebel. Teruskan je misi sauna sambil borak-borak. Tapi, seronok bila dah ramai, macam-macam topik boleh cerita.
Lepas sauna, pergi Mak Jah. Makanan semua dah habis. Licin woo! TERPAKSA lah pergi MCD terdekat. Semua order Quarter Pounder with Cheese. Tak boleh jadi ni. Aku terjebak jugak. Hari ni kira cheat day. Makan fast food. Haha. Off the record la. Aku pun manusia biasa. But still on diet tak makan nasi. Kira aku ambil protein banyak la harini. Assume daging burger tu protein ye. Dan rotinya sedikit karbohidrat. Cheese? Anggap lah cheese tu errrr... errr... Say Cheese! HAHA.
nota : this week aku dah buat aktiviti berenang, gym dan sauna. Tapi kesannya belum nampak. Tak pe Jana. Encik Arif kan dah ajar, guna perkataan ni kalau sedang dalam sesuatu proses.
"SEDANG BERUSAHA untuk turunkan berat badan" ;D
1 comment:
encik arif is your mentor? good one. he has a lot of experiences. kehkeh... tak tanya ke encik arif ada anak jantan ke tak? buleh panggil 'ayah'.. kehkeh.. *just kidding*
Post a Comment