Aku mengalami 'bad hair day'. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu. Banyak rambut gugur. Sangat banyak. Aku nak potong rambut tapi Abah suggest aku tukar shampoo. Beli shampoo yang boleh mengatasi masalah hair fall. Aku dah beli. Dah nak habis satu botol. Memang rambut dah kurang gugur tapi kulit kepala gatal. Kerja aku asyik garu kepala je. Kelemumur? Oh tidakkk! Last-last aku cuci rambut almost setiap hari. Nak potong rambut ke tak? Aku dah berbelah bagi. Dah empat tahun aku tak potong rambut. Aku terpaksa tukar ke shampoo asal sebab shampoo baru tak sesuai dengan kulit kepala. Dan aku yakin masalah rambut gugur akan kembali. Shampoo apa aku nak pakai ni? Shampoo bawang yang Jackie Chan pakai tu ok tak? Ada suggestion?
This week aku rasa seronok sebab main ada satu game ni. Namanya The Game of Life. Main dengan officemates lepas office hour. Sangat seronok sebab dapat release tension di samping dapat spend time dengan officemates. This is the moment we should remember. Sebab aku rasa macam zaman kecil-kecil dulu. Main game ala-ala saidina, monopoli, jutaria. Nice feeling.
Last week, aku ada berbual-bual dengan member jamming. Lebih mudah kalau aku panggil mereka bandmate. Baru awesome bunyinya. Berbual macam-macam perkara. It's not about work. Kita berbual lebih kepada real life dan aku rasa seronok dan rasa mereka sangat care dengan aku. Terima kasih kerana layan saya seperti adik korang. It's such a nice feeling. Kan best kalau setiap hari rasa best feeling macam ni. Senyum je hari-hari. Kan? Kan?
1 comment:
ko gi saloon.. borak2 macam ko betul2 nk buat treatment dengan dia.. dlm masa sama, buat2 betul2 nak beli syampoo dengan dia.. so, ko leh dapat tau apa masalah kulit kepala kau, dan kenapa dia suggest ko beli syampoo tu.. (mcm, syampoo tu sesuai sbb oil based ke, sbb waterbased ke, sbb bahan2 lembut ke..)
mcm, punca gatal sbb sensitif ke, sbb minyak ke, sbb kelemumur ke.. penyelesaian apa.. (mcm belajar sains)
kene gi 2,3 saloon, spy ko leh amik purata pendapat.. percaya yang diulangcakap.. sbb kadang2 bias sbb tu je produk yg dia ada..
pastu, ko gi beli syampoo kt luar.. hahaha.. even brand best2 pn, luar saloon sure lagi murah.. even 50% murah! (mcm kat suteramall tu..)
cara nk avoid terbeli@terbuat treatment dgn salon, pastikan tak bawa cash atau kad2 kredit.. tny brapa lama treatment.. then ckp, owh.. sy ada date! tak sempat! atau.. agak2 selesa, cakap je, tnggu gaji..
sbb tu aku bleh jalan2 pagi smpi malam tapi hanya keluar duit makan je.. 'timba ilmu' lebih
sekian bebelan aku
Post a Comment