Monday, February 13, 2012

A Gift

I'm having a good time today. Pagi tadi pergi dengar taklimat Dato' NC. Jalan kaki dengan Kak Ya. Sampai dewan dah berpeluh-peluh. Sempat aku belek-belek buku yang diletakkan di luar dewan senat. Buku dari Perpustakaan Sultan Zanariah (PSZ). Aku sangat excited! Sepanjang aku berkhidmat di sini, ni kali pertama aku nak pinjam buku. First time buat pendaftaran. Bila aku borak-borak dengan staf tu, baru aku taw. Staf boleh pinjam 10 buah buku pada satu-satu masa. Tempoh pinjaman adalah sebulan. Aku pinjam sebuah novel je. Nasib baik la kat dewan senat banyak lagi seat kosong. Duduk pulak dalam air cond. Kering juga peluh berjalan kaki tadi. Alhamdulillah.

Masa lunch aku dan Effa beli barang untuk buat suprise party officemate. Kek dah beli. Jajan dengan air pun dah beli. Lighter tak dapat beli sebab dah habis. Kelakar kan? Balik office aku tanya ramai lelaki ada lighter ke tak. Jawapannya semua takde. Semua tak hisap rokok ke? Mak aih! Nasib baik la ada officemate yang ada lighter. Tu pun aku call nak pinjam lighter. Haha. Kelakar pun ada. Siap call bagai semata-mata nak pinjam lighter.

 Happy Birthday Sharina!

Balik kerja aku teman Abah pergi kilang perabot. Amik sofa yang baru ditempah Jumaat lepas. Birthday present aku beli untuk Abah. Dia yang pilih sendiri. Kebetulan minggu lepas ada dapat satu flyer kat rumah. Dari kilang perabot. Ada satu kerusi relax sofa yang Abah berkenan. Aku offer la kalau Abah nak. Confirm la dia nak kan. Birthday Abah is just around the corner. Selamat Hari Lahir Abah. Semoga Abah panjang umur dan dimurahkan rezeki. Nana sayang Abah! Terima kasih kerana telah menjaga Nana dari kecil sampai la besar macam sekarang ni. Melayan segala kerenah dan perangai Nana. Ni cuma hadiah kecil dari Nana. Hadiah ni tak seberapa kalau dibandingkan dengan segala pengorbanan Abah selama ni. Thank you. I love you Abah!

Tadi Abah suap ubat batuk kat anak sedara. Aku pura-pura batuk. Abah pass sudu dengan ubat batuk tapi aku cakap "nak macam Iqbal". Abah gelak sambil geleng kepala. Dan akhirnya Abah suapkan aku ubat batuk. Yayy! Last time Abah suapkan ubat batuk masa aku sekolah rendah dulu. Dah lebih 13 tahun dah. I miss all the moment that makes me love Abah deeper. Rindu nak manja-manja dengan Abah. Sukaaaa sangat!

note : I wore a new brooch and I love it. =)

Thank you Allah.

No comments: