Saturday, March 3, 2012

Akhirnya

Akhirnya dapat jugak aku tengok cerita Adnan Sempit 2 petang tadi setelah menanti selama 10 hari. Nak pergi tengok since last week tapi kawan-kawan semua tak free. Hari ni baru free. Best la jugak. 4 out of 5. Bila start je cerita tu, ada scene warung burger. Tiba-tiba aku tergelak sendiri. Best friend aku seorang ni tengah pregnant. Dia tak boleh tengok stall burger. Rasa loya katanya. Haha. Macam-macam la. Dulu masa cerita Adnan Sempit 1, aku rasa tak selesa sebab belakang aku ada sebaris mat rempit dan ada bau stoking busuk yang sangat kuat. Ok masa tu rasa sangat stress. Cerita dah best. Bau stoking la pulak. Yang cerita Adnan Sempit 2, ada budak kecil kat belakang pulak bising. Keep talking with her mum about what will happen next. Oh man, my heart hurts. Spoil!

Lepas tengok wayang, pekena tauhu goreng kat warong P.Ramlee kat bandar. Sedapnya! Lama sangat tak makan tauhu goreng ni. Makanannya sangat simple tapi sedap. Tauhu goreng, timun, taugeh, sambal kicap dan taburan kacang. yummy! Seronok dapat jugak lepak dengan kawan-kawan hari ni. Ecah, Anum, Fendi, Tma dan Ajiem. Terubat rindu aku.

On the way nak balik, lalu dekat jalan Yahya Awal, ada nampak tokong cina yang sangat besar. Aku pun cakap la "besarnya kuil cina ni kan?" Tergelak semua sebab aku tersebut kuil instead of tokong. Suka korang eh! Ceh. Pastu masa nak balik, boyfriend kawan aku tersalah jalan. Kawan aku tersalah cakap. Dia tersebut "puting" instead of pusing. Hahahaha. Padan muka. Menganjing orang  lagi. Part yang aku suka, karaoke ramai-ramai dalam kereta. Seronoknya nyanyi sama-sama secara spontan mengiringi lagu yang dimainkan di corong radio. Tiba-tiba rindu dengan Ayen, Olie dan Effa. Kami karaoke lagu beribu sesalan dalam kereta. Ayen, cepat la balik Malaysia. Aku dah rindu kat kau.

Masa kawan aku hantar balik rumah, dia tak nak lalu jalan depan rumah aku sebab ada warung burger. Nak mengelak punya pasal, dia suruh husband dia lalu jalan belakang. Belok je kat simpang terus ternampak warung burger lain. Terus kawan aku tutup muka. Loya la tu. Aku dengan husband dia dah gelak-gelak. Hahahaha. Pelik kan tak boleh tengok warung burger masa pregnant. Tak percaya? Sila percaya.

Part yang paling tak best adalah aku tertinggal handphone kat rumah. Satu bateri flat, satu lagi tertinggal kat atas kerusi. Benci!

No comments: