Hari ni ada J Card Day kat Jusco Taman U. Apa lagi, shopping la! Ni kali pertama seumur hidup aku pergi J Card Day. Seronok sebab boleh dapat baucer RM5 untuk setiap pembelian RM100. Aku baru tahu. Pergi Jusco aku tumpang kawan. Hujan lebat pulak masa nak balik office. Redah hujan sambil tahan teksi. Apsal la hari ni takde teksi lalu. Akhirnya setelah menunggu dengan penuh kesabaran membuahkan hasil. Ada teksi berhenti. Entah bila la kali terakhir aku naik teksi. Bertahun jugak la tak naik teksi.
Oh ya, hari ni hari lahir kawan baik aku. Happy birthday Ogy! Aku sayang kau. Thanks sebab sudi singgah rumah aku dan aku harap kau suka hadiah kecil dari aku itu. May Allah bless you. BFF =)
Dinner tadi makan sama-sama dengan family. Lauk biasa-biasa tapi aku rasa seronok. Sebab makan kongsi-kongsi. Entah kenapa aku rasa enjoy pulak makan kongsi-kongsi ni. Dan lagi satu, aku sedang gila makan tempe cicah sambal kicap. Hari-hari kot pekena tempe. Fuuhhh! Mesti mau! Dan pencuci mulut malam ni adalah kek secret recipe chocolate indulgence dan pecan butterscotch. Sukaaaaaaaa!
Terima kasih Allah kerana memberikan kebahagiaan dalam keluarga aku. Alhamdulillah. Syukur.
No comments:
Post a Comment