Semalam, (20 Julai 2012) genap setahun sahabat aku meninggal dunia. Arwah Noor Hafiz bin Mohd Zaini. Wajah kau masih segar dalam ingatan dan insya Allah akan sentiasa di ingatan hingga akhir hayat aku. Mesej dari adiknya mengenai pemergiannya masih aku simpan di handphone. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.
1 Ramadhan 1433 jatuh pada 21 Julai 2012. Alhamdulillah selesai hari pertama berpuasa. Berbuka dengan keluarga secara sederhana dan akhirnya banyak juga makanan yang terhidang sewaktu berbuka. Semuanya home made. Syukur Alhamdulillah.
Tengahari tadi aku diduga lagi. Kali ni tayar depan kereta aku bocor. Terpaksa aku guna benda alah apa entah nama nya untuk kasi kereta tinggi supaya aku boleh bukak tayar. Yeah.. Pengalaman membuka tayar kereta di bulan puasa. Berpeluh-peluh di tengah panas terik. Ada paku rupanya. Aku harap bukan khianat manusia. Aku cuba untuk tidak syak wasangka terhadap sesiapa. Redha. Alhamdulillah dapat dihadapi dengan tenang. Terima kasih kepada Abah sebab membantu aku pergi tampal tayar. Abah siap cakap
Abah : "Nasib baik bocor kat rumah, kalau kat luar, tak tahu la macam mana."
Aku : "Takpe. I mesti call Abah." *sengih*
Petang tadi, Mak Long call aku daripada Australia. Aku rindu sangat dia sebab ada mimpi dia 2 hari lepas. Alhamdulillah lega dapat dengar suara dia. Cuaca kat sana sejuk. Mak Long pula terpaksa menggunakan tongkat kerana kakinya tak berapa kuat. Semoga Allah panjangkan usia Mak Long dan keluargaku. Semoga aku dapat bertemu dengan Mak Long tahun depan. I miss her!
Puasa tahun ni aku rasa cukup sederhana. Sebab gaji bulan lepas aku habiskan 2/3 untuk bayar deposit kereta. Tapi dengan kuasa Allah, baki duit aku tu mampu menampung perbelanjaan aku bulan ni. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mencukupkan rezeki aku. Baju raya tahun ni tak beli lagi. Selalunya sebelum puasa dah tempah. Ni pasal bajet takde bulan ni, kita tunggu kalau ada rezeki lebih bulan depan. Semoga Allah permudahkan semuanya. Semoga amalan aku diterima olehNya. Semoga azam aku tahun ini tercapai. Amin.
Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah.
1 comment:
I feel sorry about your friend :")
Ramdahan mubarak ^^
Post a Comment