Thursday, July 21, 2011

Salam Takziah

Tiba-tiba aku kehilangan idea untuk menulis entri. Taip padam taip padam. Aku rasa macam di awang-awangan. Fikiran melayang entah ke mana. Terlalu pantas masa berlalu. Aku telah kehilangan seorang kawan rapat semalam. 20 Julai 2011 jam 6:40 pagi, arwah menghembuskan nafas terakhir di ICU Selatan, HSA, JB. Aku baca mesej pemergiannya menerusi adik arwah. Waktu tu aku baru je nak solat subuh. Terduduk dan termenung panjang aku. Innalillahi wainnaillaihi rajiun. Kau pergi jua akhirnya. Arwah koma selama lapan hari. Sepanjang keberadaan arwah di hospital, aku dan kawan-kawan yang lain tak putus-putus mendoakan kesihatan arwah. Mungkin Allah lebih menyayanginya.

Arwah seorang yang happy go lucky dan cool. Aku dah kenal arwah sejak usia 13 tahun. Dah hampir 11 tahun. Mengingatkan kembali kenangan lama, aku tak mampu menahan air mata. Ada kenangan manis dan kelakar yang antara kita berdua. Tu yang buat aku jadi sedih sangat. Alhamdulillah wajah arwah berseri waktu aku menatap untuk kali terakhir. Bersih dan tersenyum. Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama dengan golongan yang beriman.

Lepas selesai urusan pengkebumian lebih kurang jam 2:30 petang, kawan lelaki aku bawak gi tempat arwah accident. Darah arwah masih ada di atas jalan raya. Banyak. Aku terdiam dan termenung je. On the way nak balik ke rumah arwah, kawan aku nak potong lori, aku jadi fobia tiba-tiba terjerit,

"Apis, aku takut. Tak nak tengok" *sambil tutup muka*

Tiba-tiba kawan aku tegur,

"Kau sebut nama sape Jana?"

Aku terdiam.

Camne aku boleh tersebut nama arwah? Aku tak sedar langsung aku tersebut nama arwah. Serius. Dulu aku pernah naik kereta dengan arwah dan dia bawak laju. Aku pernah sebut ayat yang lebih kurang sama.

"Apis, jangan bawak laju-laju. Aku takut"

Ya Allah, aku rindu dia.

Ada beberapa orang kawan rasa bersalah selepas pemergiannya. Arwah suka menolong orang dan hari arwah accident tu pun dia baru lepas tolong jiran dia buat cash deposit nak bayar duit kereta. Ada lagi seorang kawan rasa bersalah sebab arwah baru lepas datang rumahnya tolong baiki komputer. Masing-masing rasa bersalah. Pada aku, apa yang berlaku hanyalah sebab dan musabab. Memang dah ajal arwah. Arwah terlalu baik dan aku pasti semua kawan-kawan sayang arwah dan merasai kehilangannya. Arwah baru je habis degree bulan 5 haritu. Mesti sedih masa konvokesyen sebab bila nama arwah dipanggil, arwah dah tiada lagi. :(

Takziah aku ucapkan kepada keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi ujian Allah. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Hidup tak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Arwah Noor Hafiz bin Mohd Zaini
23 Februari 1987 - 20 Julai 2011
Al-Fatihah.

No comments: