- Bangun pagi, online guna broadband yang slow gila hingga menyebabkan aku mengambil keputusan untuk offline dan bukak winamp kuat-kuat sambil kemas rumah.
- Aku baru first time tune gitar guna online. Awesome jugak rasanya. Tapi bila aku main, lagu yang plucking ok, part lagu strumming hancur, Abang Wan, tolong tune kan gitar I please! TQ, Love u :)
- Harini kawan sekolah aku kawen. Tahniah kepada Mel dan pasangan. Muka suami dia ada iras Akashah yang pelakon tu.
- Lepas gi kenduri kawen, aku dan geng lepak dekat A Mart. Jalan-jalan sambil usha barang kemas. Maklumlah, kawan-kawan aku semua dah nak kawen. Aku je yang masih single. Takpe lah, kalau ada jodoh ada lah. No need to rush. :)
- Dalam purse aku tinggal RM10 tapi siap beli 3 cool blog. Nasib baik cukup duit. Sedap jugak aku try green tea plus apple pearl.
- Aku tengok Boboiboy dengan adik dan abah. haha. Lawak la episod harini. Terbaek!
- Tadi maghrib solat jamaah satu family. Alhamdulillah. Rasa tenang. Lama tak solat jamaah kat rumah.
- Kul 9 malam tadi, aku main badminton kat court area KMJ. Mandi peluh harini. Tapi badan sedap la lepas mandi. Fuh! Aku lalu tempat yang arwah kawan aku accident. Memang gelap. Aku mesti teringat dia setiap kali lalu situ. It's like forever I'll remember that place. Unless if I have absent minded. Hope I will not.
- Aku basuh kasut yang aku ada beli sama-sama dengan best friend aku masa kat UiTM. Design sama. Saiz je lain. Tiba-tiba aku terus rindu dia. Mesej-mesej la jugak. Terubat rindu :)
- Abah buat sambal belacan binjai. Pergh terangkat siot. Lepas main badminton makan nasi tambah dua kali. Apa kejadah ni? Sedap sangat la abah. Makan pulak dengan kari. Ok besok puasa ok?
- Layan jangan tidur lagi yang menampilkan Yana Samsuddin, Zul Huzaimy dan Pierre Andre. Suka la tengok gigi Yana. Comel. Suara pun sedap.
- Aku sedang feel dengan satu lagu ni. Everytime kalau jamming. Ni lagu first yang jadi opening. Dan 'dia' yang akan nyanyi lagu ni. Dia akan nyanyi dan tutup mata. Everytime dia nyanyi, I can't take my eyes off him. Even bila dia tutup mata sekalipun. Suara dia sangat feel dan dah sangkut dalam otak aku ni. Dah dua bulan jamming, baru Jumaat lepas aku download dan hafal lagu ni. Serius sedap la. Dia sangat talented. Boleh nyanyi, main gitar, main bass, main drum. Aku belum pernah nampak dia main keyboard je. But seriously, I really respect him. Sangat jujur dalam memberi komen. Awak, saya suka awak.
- Kakak aku sangat bz. Lepas habis induksi 3 minggu, terus gi Melaka untuk Sukum 1 minggu. Then sekarang gi KL untuk dragon boat. Akak, you telah mengabaikan I. Kesian I takde kawan nak gosip kat rumah. Sunyi je rumah kalau you takde. I miss you taw! Nak cakap tapi you dah tido.
- Aku sedang gila durian. Makan sampai panas dalam. End up, bukan tido atas tilam tapi atas lantai.
- Jumaat lepas, on the way dari ofis nak ke rumah, aku ada terlanggar lubang atas jalan raya. Besar dan dalam. Nasib baik tak jatuh. Tapi apsal aku rasa macam enjin aku bunyi kasar dan alignment macam dah lari ni. Nak kena servis as soon as possible ni.
- Last but not least, esok dah gaji. Yeay!
Selamat malam semua :)
2 comments:
aku cinta gigi yana samsudin. i wish i could have a wife with a teeth like her.. dem!! aneh sungguh addiction gua.. aarrrkkkhh.. haha
haha.
aku ada calon lain yang gigi macam tu.
misha omar or sarah walker?
pick ur choice
=P
Post a Comment