Tuesday, October 28, 2014

Kompleks KDN Johor Bahru

Lokasi nya di Setia Tropika, Johor Bahru. Tempat letak kenderaan untuk pelawat ada disediakan di dalam Kompleks KDN. Kalau takde parking kosong, sila la pusing kawasan kedai di luar Kompleks KDN.

Di Blok 1 ada Pejabat Pengurusan KDN, Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Kawalan Filem dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Blok 2 ada Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Blok 3 ada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia. Blok 4 ada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran. Blok 5 ada Agensi Antidadah Kebangsaan.

Di luar Kompleks KDN ada menyediakan perkhidmatan kedai gambar dan kedai fotostat. Jadi, anda boleh ambil gambar instant dan fotostat dokumen di situ. Jika anda lapar, boleh ke kafe di sebelah Blok 1. Di sekitar Setia Tropika tu pun ada banyak kedai makan.

Jika anda ingin membuat atau memperbaharui passport, sila ke Blok 1. Jika anda ingin membuat atau memperbaharui kad pengenalan atau surat beranak, sila ke Blok 2.

Peta Blok di Kompleks KDN
Information Board di Blok 2
Etika Pakaian Pelawat
Pelawat tidak dibenarkan memakai singlet, seluar pendek, skirt pendek, selipar, helmet dan bercermin mata gelap. Kompleks KDN adalah zon larangan merokok. Kalau nak merokok boleh je. Stand by je la duit nak bayar kompaun. Hehe.

Semoga entri ini bermanfaat.

#miraoly

Kali pertama seumur hidup aku berpeluang untuk hadir ke majlis kahwin artis. Aku bersyukur dan berterima kasih yang tak terhingga kepada Oly Fizly iaitu ahli kumpulan No Noise Percussion kerana sudi menjemput aku ke majlis beliau. Terharu sebenarnya. Aku bukanlah siapa-siapa. Hanya seorang peminat. Beliau masih sudi menjemput. Kalau korang tengok rancangan Dikir Zikir di tv Alhijrah dan Tunggu Sekejap di TV3, beliau yang main alat perkusi.

Aku, Mira & Oly
Pengantin bersama rakan-rakan
Belanja selfie. Dari kiri, Aku, Aidil, Faeez, Ruvi, Oly dan Mira
Antara ahli No Noise Percussion yang hadir. Dari kiri, Faeez, Oly, Aidil dan Ruvi
Sebelum perarakan pengantin
Pengantin dan pengapit
Pengantin bersama hulubalang
RUN JIT

Terima kasih kepada Oly dan Mira kerana sudi menjemput aku. Terima kasih kepada ahli No Noise Percussion atas layanan baik yang diberikan.

Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan mereka. Aku dipertemukan dengan mereka sebagai artis dan peminat. Walaupun aku bukan kawan-kawan sekeliling mereka, aku masih diberi peluang untuk mengenali mereka. Betapa indahnya perancangan Allah. Semoga ukhwah ini kekal hingga ke akhir hayat. Amin.