Last week aku holiday kat Singapore selama tiga hari dua malam. Untuk siapa-siapa yang baru pertama kali nak ke Singapore, jom aku ajar cara nak ke sana. Kita mulakan perjalanan dari Stesen Bas Larkin, Johor Bahru. Cari platform 12 & 13 (kalau tak silap aku), bas untuk ke Singapore ialah 170. Tu memang bas Singapore (SBS) yang ulak-alik dari Larkin, JB ke Queenstown (SG). Tambang bas dari Larkin ke Kranji MRT Station ialah RM1.50 sahaja. Bila dah bayar, sila simpan resit kerana akan digunakan lagi. Kalau ada Ezlink(macam kad touch and go), kena sentuh pada alat khas untuk proses penolakan duit. perlu disentuh sewaktu naik dan turun.
Bila bas dah gerak, ia akan menuju ke Jalan Bandar dan seterusnya melalui jalan ke Stulang. Checkpoint pertama adalah di CIQ Johor. Turun bas dan naik eskalator. jika pintu pengesan passport automatik berfungsi, boleh terus ke sebelah kiri. masukkan passport anda ke dalam ruang yang disediakan dan tunggu sebentar. kalau offline kenalah beratur. buat cara manual.
bila dah settle, terus jalan hingga hujung dan turun platform A untuk naik bas 170 tadi. bas akan datang tanpa henti. tak semestinya kita kena naik bas 170 yang sama. as long as bas tu nombor 170 dan resitnya masih disimpan, boleh terus naik. bas akan bergerak menuju ke Causeway Checkpoint. Kita akan melalui Tambak Johor. Bila bas berhenti terus naik eskalator dan beratur. Kalau tak ada kad putih (white card), boleh minta di office dan tulis dahulu. kad tu macam form. just perlu isi maklumat seperti dalam passport kita. selepas passport dicop, kita akan diperiksa rapi. pastikan tiada alat elektronik seperti handphone dalam kocek. masukkan semua dalam beg atau bakul yang disediakan.
setelah selesai, turun eskalator dan cari ruang beratur untuk bas 170. kita sudah berada di Singapore sekarang. naik bas dan turun di Kranji MRT Station. dari Kranji MRT Station, anda boleh ke mana sahaja. Orchard, City Hall, Geylang, Sentosa Island, Downtown East (Pasir Ris) dan banyak lagi. harga Ezlink sementara pun murah. paling mahal $2.00 sehala. selamat mencuba.
Update on 13/10/11 :-
Aku baru pergi Singapura naik bas baru-baru ni. Harga tambang bas dari Larkin ke Kranji dah naik RM1.80 bagi dewasa dan RM0.85 bagi kanak-kanak. Kalau naik bas dari Kranji ke Larkin $1.80 bagi dewasa dan $0.85 bagi kanak-kanak. Kalau nak beli Ezlink boleh dapatkan di mana-mana kaunter tiket MRT. Harga Ezlink $12. Dalam Ezlink tu ada $5. Kira harga tiket Ezlink tu $7. Boleh tambah nilai dan tak perlu beli yang temporary punya tiket. Dan jangan lupa kalau anda membeli tiket MRT yang temporary, bole redeem duit kalau pulang balik tiket tu kat mesin beli tiket.
Updated on 23/02/2016 :-
Masuk ke Singapore menggunakan kereta
Bayaran tol masuk dari Johor Bahru ke Singapore adalah RM6.80 manakala tol dari Singapore ke Johor Bahru adalah RM9.70. Jumlah nya adalah RM16.50. Bayaran ini menggunakan kad touch n go. Ini adalah bayaran di Imigresen Johor Bahru. Aku selalu tambah nilai touch n go kat Shell berdekatan UTM Skudai. Korang boleh juga tambah nilai melalui maybank2u.
Bayaran tol dan Vehicle Entry Permit (VEP) adalah seperti gambar di bawah. Aku ambil dari laman web Land Transport Authority (Singapore). Bayaran tol dari Johor Bahru ke Singapore adalah $3.80 manakala dari Singapore ke Johor Bahru adalah $2.70. Jumlah nya adalah $6.50. Ini adalah bayaran di Imigresen Singapore. Bayaran ini menggunakan kad Autopass. Kalau tak pernah ada kad Autopass, masuk je imigresen Singapore, pegawai imigresen Singapore akan suruh korang ke office untuk buat kad baru. Nanti ada pegawai lain yang akan pergi ke kereta korang untuk ambil maklumat no. plate kenderaan. Bayaran kad baru rasanya $10-$12. Aku dah lupa. Bila dah dapat kad baru, boleh dapat free toll untuk beberapa kali. Aku dah lupa juga. Siapa yang ingat boleh la share. Nanti aku update kat sini. Bayaran tol pada kad ditolak apabila korang balik ke Johor Bahru. Jadi, masa dah masuk Singapore, boleh tambah nilai kad Autopass di Woodlands.
Updated on 30/04/2017 :-
Hai, aku ada buat entri baru mengenai bayaran terkini tol ke Singapura. Boleh klik di SINI.
16 comments:
akan ku pergi ke singapura satu hari nnt
gua cadang nak naik train.
kasi 'Cara Masuk ke Singapura' versi train plak.
aku nak sebenier aku...
nangis hentak kaki kang
aku pun nak g ler nanti
hehe
huh? xleh bwk cam n hp ke?
atan - hehe. jom bercuti di Singapura :)
keri - lu kene tunggu lain masa. wa xpernah plak naik train KTM. yg wa taw train ke Singapore bley sampai Tanjong Pagar :D
ayam - hahaha. i xbeli pape pun. duit ngan i xberapa nak kacip bulan ni. haih~
ah fatt - selamat melancong ;)
xull - boleh je bawak. pastikan alat elektronik xde kat badan time bt scanning kt pintu khas. semua kene letak dalam beg atau bakul.
thanks your info tu..
jom prektis aku weh..
ada part aku tak paham..kang sesat aku kang..huhuhu
liliyuli - ur welcome. jom la. bila ko nak g?
passport kena guna antarabangsa atau ada pass singapore sahaja?
itu cara nak ke sana dari JB, abis tu kalau nak balik dari Singapore ke JB macam mana pulak? nanti pergi boleh, balik pulak tak boleh.. haha!
Jom crik iphone 4s kt sg.harga pn tak la mahal sgt cm kt msia ni
next week sy akan ke singapore travel sorang2....risau gak ler sorang2 kan..btw thanx 4 u'r information..
wanbah - sama2. follow je instruction tu. kalau tak pasti, boleh tanya2 orang kat Singapore. gud luck :)
tumpang tanya,berapa lama perjalanan dari johor ke singapura guna bas ya?
kalau naik ktm ke singapura just duduk je dlam train.pegawai imegresen akan masuk train dan akan cop n check kita punya passport..just 5 minit sampai ke singapura..pastu mcm kita turun dari flight..kene check passport plak oleh singapore imagresen and pass the elektronik door..lepas semua tu cari la teksi atau bas...naik ktm dari kl sentra to singapore penat..jauh sgt...happy holiday
Post a Comment