Monday, November 4, 2013

Salah Alamat

Pernah mengalami masalah tersalah alamat penerima pada parcel pos laju? Aku baru melaluinya minggu lepas. Orang yang berhubung dengan aku tu terkurang satu huruf pada alamat yang diberi dan menyebabkan posmen tak jumpa alamat tu. Fuhh. Hanya kerana satu huruf. Huruf tu bukan lah Jalan kepada Jln. Contohnya nombor unit seperti A-01-02. Bila huruf 'A' tu dah tertinggal, jenuh posmen nak mencari nya. Haha. Ok takpe. The more mistakes we make, the more experiences we gain. Oleh sebab kesilapan itu, maka wujudlah entri ini. Hehe.


Ok bila terjadi situasi salah alamat ni, apa yang perlu anda buat adalah joget chicken dance. Haha. Ok gurau je. Pertama sekali, anda perlu call Pusat Perkhidmatan Pelanggan Poslaju di 1-300-300-300 (local) atau 603 - 27279100 (oversea). Minta perunding perkhidmatan untuk semak nombor siri poslaju anda. Tanya di mana parcel itu berada. Jika sedang dalam perjalanan untuk dikembalikan kepada pengirim, anda tak perlu baca entri ini sampai habis. Cuma perlu tunggu parcel tu sampai, isi form baru dengan alamat yang betul dan pos semula. Jika masih di Pejabat Poslaju, insya Allah boleh teruskan membaca entri ini. Anda mungkin ada harapan untuk ubah hala ke alamat yang betul seperti yang berjaya dilakukan oleh aku.

Apa yang perlu anda lakukan adalah emel laju-laju kepada Poslaju di care@pos.com.my. Maklumkan anda telah tersalah alamat dan mohon untuk hold proses hantar semula kepada pengirim. Anda sertakan maklumat seperti nombor siri poslaju, nama pengirim, nama penerima dan alamat yang betul untuk rujukan Poslaju. Tekan butang send/hantar. Tunggu maklumbalas dari Poslaju. Kalau kes aku ni, dalam masa 30 minit, Poslaju dah reply emel aku beserta tindakan. Cekap! Fuhh. Terbaik! Tunggu je la penerima terima parcel anda tu. Kes selesai. Terima kasih Poslaju.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Poslaju.

Selamat mencuba!