Saturday, February 27, 2010

Niyang Rapik The Movie Best


malam tadi aku layan cerita seram Niyang Rapik The Movie dengan member. seram tapi kelakar. ada part yang suspen. siapa ada masalah jantung aku tak galakkan tengok. hehehe. puas hati la tengok cerita ni. pelakon pun semua yang famous. Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Zed Zaidi, Awal Ashaari, Shaheizy Sam(i loikeeee), Liyana Jasmay dan ramai lagi.

Pelakon Niyang Rapik The Movie
credit : berita harian

bagi yang belum tengok trailernya boleh tengok di sini.




rating movie ni : <3<3<3<3

Tuesday, February 23, 2010

Review Movie & Novel


aku baru je usai menonton cerita ketika cinta bertasbih 2. cerita ni adalah sambungan dari cerita ketika cinta bertasbih. Ya Allah, cerita ni sangat menyentuh hati aku. sesungguhnya ajal dan jodoh adalah ketentuan Allah. cerita ni lebih kepada unsur Islamik. cerita ni diadaptasi dari sebuah novel berjudul ketika cinta bertasbih. akan ku cari novel itu!


selesai sudah aku membaca novel berjudul kasih antara kita. jalan ceritanya sangat menarik. lain dari yang lain. objektif novel ni adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa anak luar nikah itu tidak seharusnya berakhir dengan kematian yang menyayat hati. aril fatah dan emelda adalah watak utama dalam novel ni. kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah.

Monday, February 22, 2010

Betul ke Harga Minyak Naik Mei 2010?

isu harga minyak naik semakin menggila di dada akhbar. khabarnya akan dinaikkan pada Mei 2010. kalau harga minyak naik, sah-sah lah harga barang pun naik. walaupun tak ada kaitan dengan barang tu. contohnya makanan. rasa aku gula dan tepung langsung tidak kaitan dengan minyak petrol tapi makin hari makin mahal. adakah mereka menggunakan alasan menghantar barang menggunakan lori yang diisi dengan minyak petrol? entah lah. penjual makanan pun ambil kesempatan. kalau dulu kita boleh jumpa kuih RM1 boleh dapat 5 keping, sekarang dah jadi 3 keping bahkan ada yang menjual dengan harga RM 0.40 sekeping. sebab apa jadi mahal? sebab barang dah mahal. sebab apa barang mahal? sebab minyak dah naik. sebab apa minyak naik? sebab apa eh?

kalau semua harga barang naik tapi gaji tak naik, payah jugak kan? lagi-lagi yang ada aset seperti kereta dan rumah. mana nak bayar duit bulanan kereta, rumah, bil api, bil air, belanja dapur, bla-bla-bla. sebab tu aku rasa takut naik beli kereta. takut tak mampu nak bayar. kalau kena tarik siapa yang malu? heh! jadi jangan lah asyik tanya "Jana, bila nak beli kereta bla-bla-bla" bosan dengar. nanti kalau dah stabil ekonomi aku beli lah (Insya Allah). tak payah nak sibuk-sibuk tanya. lagi pun rumah aku dengan office tak sampai seminit pun. setakat nak tayang kereta depan office tapi kepala berkerut-kerut fikirkan bebanan hutang, baik aku relaks-relaks je dulu. tak lari kereta yang nak dibeli tu.

kalau minyak naik mendadak, aku nak sarankan agar naik RXZ ni. jimat pun jimat. kalau nak kurus pun ada potensi. amacam?


nota - kalau harga rokok naik sampai RM10, apa agaknya reaksi perokok tegar eh?

Friday, February 19, 2010

Cara Masuk ke Singapura

Last week aku holiday kat Singapore selama tiga hari dua malam. Untuk siapa-siapa yang baru pertama kali nak ke Singapore, jom aku ajar cara nak ke sana. Kita mulakan perjalanan dari Stesen Bas Larkin, Johor Bahru. Cari platform 12 & 13 (kalau tak silap aku), bas untuk ke Singapore ialah 170. Tu memang bas Singapore (SBS) yang ulak-alik dari Larkin, JB ke Queenstown (SG). Tambang bas dari Larkin ke Kranji MRT Station ialah RM1.50 sahaja. Bila dah bayar, sila simpan resit kerana akan digunakan lagi. Kalau ada Ezlink(macam kad touch and go), kena sentuh pada alat khas untuk proses penolakan duit. perlu disentuh sewaktu naik dan turun.

Bila bas dah gerak, ia akan menuju ke Jalan Bandar dan seterusnya melalui jalan ke Stulang. Checkpoint pertama adalah di CIQ Johor. Turun bas dan naik eskalator. jika pintu pengesan passport automatik berfungsi, boleh terus ke sebelah kiri. masukkan passport anda ke dalam ruang yang disediakan dan tunggu sebentar. kalau offline kenalah beratur. buat cara manual.

bila dah settle, terus jalan hingga hujung dan turun platform A untuk naik bas 170 tadi. bas akan datang tanpa henti. tak semestinya kita kena naik bas 170 yang sama. as long as bas tu nombor 170 dan resitnya masih disimpan, boleh terus naik. bas akan bergerak menuju ke Causeway Checkpoint. Kita akan melalui Tambak Johor. Bila bas berhenti terus naik eskalator dan beratur. Kalau tak ada kad putih (white card), boleh minta di office dan tulis dahulu. kad tu macam form. just perlu isi maklumat seperti dalam passport kita. selepas passport dicop, kita akan diperiksa rapi. pastikan tiada alat elektronik seperti handphone dalam kocek. masukkan semua dalam beg atau bakul yang disediakan.

setelah selesai, turun eskalator dan cari ruang beratur untuk bas 170. kita sudah berada di Singapore sekarang. naik bas dan turun di Kranji MRT Station. dari Kranji MRT Station, anda boleh ke mana sahaja. Orchard, City Hall, Geylang, Sentosa Island, Downtown East (Pasir Ris) dan banyak lagi. harga Ezlink sementara pun murah. paling mahal $2.00 sehala. selamat mencuba.

Update on 13/10/11 :-

Aku baru pergi Singapura naik bas baru-baru ni. Harga tambang bas dari Larkin ke Kranji dah naik RM1.80 bagi dewasa dan RM0.85 bagi kanak-kanak. Kalau naik bas dari Kranji ke Larkin $1.80 bagi dewasa dan $0.85 bagi kanak-kanak. Kalau nak beli Ezlink boleh dapatkan di mana-mana kaunter tiket MRT. Harga Ezlink $12. Dalam Ezlink tu ada $5. Kira harga tiket Ezlink tu $7. Boleh tambah nilai dan tak perlu beli yang temporary punya tiket. Dan jangan lupa kalau anda membeli tiket MRT yang temporary, bole redeem duit kalau pulang balik tiket tu kat mesin beli tiket.

Updated on 23/02/2016 :-

Masuk ke Singapore menggunakan kereta

Bayaran tol masuk dari Johor Bahru ke Singapore adalah RM6.80 manakala tol dari Singapore ke Johor Bahru adalah RM9.70. Jumlah nya adalah RM16.50. Bayaran ini menggunakan kad touch n go. Ini adalah bayaran di Imigresen Johor Bahru. Aku selalu tambah nilai touch n go kat Shell berdekatan UTM Skudai. Korang boleh juga tambah nilai melalui maybank2u.

Bayaran tol dan Vehicle Entry Permit (VEP) adalah seperti gambar di bawah. Aku ambil dari laman web Land Transport Authority (Singapore). Bayaran tol dari Johor Bahru ke Singapore adalah $3.80 manakala dari Singapore ke Johor Bahru adalah $2.70. Jumlah nya adalah $6.50. Ini adalah bayaran di Imigresen Singapore. Bayaran ini menggunakan kad Autopass. Kalau tak pernah ada kad Autopass, masuk je imigresen Singapore, pegawai imigresen Singapore akan suruh korang ke office untuk buat kad baru. Nanti ada pegawai lain yang akan pergi ke kereta korang untuk ambil maklumat no. plate kenderaan. Bayaran kad baru rasanya $10-$12. Aku dah lupa. Bila dah dapat kad baru, boleh dapat free toll untuk beberapa kali. Aku dah lupa juga. Siapa yang ingat boleh la share. Nanti aku update kat sini. Bayaran tol pada kad ditolak apabila korang balik ke Johor Bahru. Jadi, masa dah masuk Singapore, boleh tambah nilai kad Autopass di Woodlands.


Saturday, February 13, 2010

I'm Off

I'm off to Singapore today. yeay! tapi gigil gak sebab kena naik bas & MRT sorang-sorang. kali terakhir aku naik MRT tahun 2004. doakan aku selamat okayh.

Tuesday, February 9, 2010

Ukulele (I'm Yours)

cute isn't it? :)



lirik pun dia bantai tapi aku respek sebab kecik2 dah pandai main. *thumbs up*

Monday, February 8, 2010

Insiden Yang Rare

setiap orang pasti ada perkara yang rare dalam hidup kan? perkara rare yang pernah berlaku dalam hidup aku ialah tertelan jarum peniti. rare kan? hahaha. kejadian tersebut berlaku di rumah sewaktu aku bersiap-siap untuk ke sekolah. waktu tu aku tingkatan tiga, tahun 2002. aku suka kemam jarum peniti semasa nak betulkan tudung. tiba-tiba salah satu pin termasuk dalam mulut. sepatutnya hari tu penting sebab aku akan menduduki ujian matematik. tapi aku terpaksa dikejarkan ke hospital di bahagian kecemasan. terus buat x-ray. tapi pelik gila sebab pin nya tak ada di kerongkong, aorta, deodenum mahupun ovum. aku tak tahu ke mana pin tu sebenarnya. sekembalinya aku di sekolah, semua gelakkan aku. apa ingat aku main-main ke aku tertelan jarum? hampagas betul! selepas kejadian itu, aku terus boleh score matematik. A kira dalam genggaman la. kesimpulannya, makanlah jarum peniti jika anda ingin kuasai matematik. hahaha. ;p

apa perkara rare yang pernah anda lalui?

Sunday, February 7, 2010

Setahun Sudah Berlalu

hari ini (07 feb 10), genap setahun aku kemalangan jalan raya. moga aku dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini. same goes to all of you. amin.

entri 7 feb 09

muka lepas kemalangan

Friday, February 5, 2010

Kasi Potong

Tengok sedap-sedap layan cerita Na O Mei di tv3, adik aku pun balik dari sekolah. tahun ni baru darjah satu. terus dia campak beg, campak stoking, baju, seluar, baju dalam, seluar dalam, capai tuala terus mandi. keluar je bilik air dia pegang je tuala tu, pernah pulak dia tutup kemaluan die tu. naik jelak aku tengok. hahahaha. tiba-tiba bukak pulak topik bila dia nak sunat. mak tiri aku suruh sunat cepat-cepat tapi ayah aku kata sape nak jaga nanti. so, aku cakap sunat la masa cuti sekolah. masa darjah tiga ke. pastu ayah aku terus jawab,

"tu pun kalau aku ada lagi"

dem! darah aku gemuruh secara auto. sedih, sebak tapi aku cover macam tak ada apa-apa. aku tak boleh bayangkan jika abah tak ada kelak. aku dah kehilangan ibu pada usia seawal 20 tahun. setiap sujudku berdoa agar aku pergi dulu sebelum abah kerana aku tak pasti adakah aku mampu hidup tanpa abah. moga Allah panjangkan umur abah.

selamat hari jumaat. moga kita semua beroleh barakah dari Allah. Amin :)

Wednesday, February 3, 2010

Office Baru

Aku dah berpindah ofis dari UTM MTDC ke Setia Tropika. tempat baru best sebab ada partition meja. Kalau ofis lama just meja biasa, member aku siap cakap macam bilik darjah. WTH? hahaha. bilik darjah tu lah aku duduk selama dua tahun. ofis baru ni belum pasang internet. Ni hari ketiga aku di sini. Ofis aku tingkat tiga. OMG! penat siot naik tangga hari-hari. susah sikit time lunch sebab tempat baru. kedai belum banyak ada. by the way, ofis aku hanya seminit dari rumah. hehe.

p/s - aku bercadang nak beli broadband. ada cadangan tak nak guna celcom, maxis or wimax?