Monday, February 8, 2010

Insiden Yang Rare

setiap orang pasti ada perkara yang rare dalam hidup kan? perkara rare yang pernah berlaku dalam hidup aku ialah tertelan jarum peniti. rare kan? hahaha. kejadian tersebut berlaku di rumah sewaktu aku bersiap-siap untuk ke sekolah. waktu tu aku tingkatan tiga, tahun 2002. aku suka kemam jarum peniti semasa nak betulkan tudung. tiba-tiba salah satu pin termasuk dalam mulut. sepatutnya hari tu penting sebab aku akan menduduki ujian matematik. tapi aku terpaksa dikejarkan ke hospital di bahagian kecemasan. terus buat x-ray. tapi pelik gila sebab pin nya tak ada di kerongkong, aorta, deodenum mahupun ovum. aku tak tahu ke mana pin tu sebenarnya. sekembalinya aku di sekolah, semua gelakkan aku. apa ingat aku main-main ke aku tertelan jarum? hampagas betul! selepas kejadian itu, aku terus boleh score matematik. A kira dalam genggaman la. kesimpulannya, makanlah jarum peniti jika anda ingin kuasai matematik. hahaha. ;p

apa perkara rare yang pernah anda lalui?

2 comments:

k.e.r.i. said...

try telan pisau cukur lak.
konpem master programming.
ahahahaha

zairi said...

pada waktu makan tengahari suatu dulu,sedang famili aku dok makan, aku senyap2 pi atas rumah try pisau cukur ayah aku cap buaya kena belah.sambil aku toreh dagu,sambil tu jugak aku melalak tatkala darah merembes keluar.dagu rabak.arwah ayah aku yang x sempat basuh tangan,terus cekup dagu aku dengan nasik2 skali.huh!!bau ikan masak lemak cili api.

petang tu ayah aku bawak pegi shoping kat great wall segamat dengan dagu berplaster.malam tu tidur ngan kereta kontrol sebelah bantal.1984 punya zaman susah woo nak dapat kereta kontrol brader...