Monday, February 22, 2010

Betul ke Harga Minyak Naik Mei 2010?

isu harga minyak naik semakin menggila di dada akhbar. khabarnya akan dinaikkan pada Mei 2010. kalau harga minyak naik, sah-sah lah harga barang pun naik. walaupun tak ada kaitan dengan barang tu. contohnya makanan. rasa aku gula dan tepung langsung tidak kaitan dengan minyak petrol tapi makin hari makin mahal. adakah mereka menggunakan alasan menghantar barang menggunakan lori yang diisi dengan minyak petrol? entah lah. penjual makanan pun ambil kesempatan. kalau dulu kita boleh jumpa kuih RM1 boleh dapat 5 keping, sekarang dah jadi 3 keping bahkan ada yang menjual dengan harga RM 0.40 sekeping. sebab apa jadi mahal? sebab barang dah mahal. sebab apa barang mahal? sebab minyak dah naik. sebab apa minyak naik? sebab apa eh?

kalau semua harga barang naik tapi gaji tak naik, payah jugak kan? lagi-lagi yang ada aset seperti kereta dan rumah. mana nak bayar duit bulanan kereta, rumah, bil api, bil air, belanja dapur, bla-bla-bla. sebab tu aku rasa takut naik beli kereta. takut tak mampu nak bayar. kalau kena tarik siapa yang malu? heh! jadi jangan lah asyik tanya "Jana, bila nak beli kereta bla-bla-bla" bosan dengar. nanti kalau dah stabil ekonomi aku beli lah (Insya Allah). tak payah nak sibuk-sibuk tanya. lagi pun rumah aku dengan office tak sampai seminit pun. setakat nak tayang kereta depan office tapi kepala berkerut-kerut fikirkan bebanan hutang, baik aku relaks-relaks je dulu. tak lari kereta yang nak dibeli tu.

kalau minyak naik mendadak, aku nak sarankan agar naik RXZ ni. jimat pun jimat. kalau nak kurus pun ada potensi. amacam?


nota - kalau harga rokok naik sampai RM10, apa agaknya reaksi perokok tegar eh?

6 comments:

ayampinko said...

marah mat rempit jana.. ader yang masuk sepital nie..

yup aku dapat info bulan 5 kompom naik.. adu arga rokok pun naik la..hem..

nuyuljana said...

ayam - cet! xde rempit2 skrg. i penunggang berhemah taw!

klu betul naik, aku kene beli basikal.. dengar cite naik sampai RM 3.70. perghhh~~~

ayampinko said...

basikal..hem boleh kurus kalau macam tu... oh tidak mungkin...

Atan Athen said...

rokok naik...ap kesah...janji berasap...hahahaha

xull said...

teori kenaikan harga minyak....

stok minyak dunia telah dikawal oleh negara besar mcm Amerika etc. Perang ke atas iraq dan lain2 adalah utk dapatkan minyak semata2. biler diorg ader byk bekalan minyak, diorg mula la catu. kuarkan sikit2. so, nilai minyak tu naik la. diorg lagi kaya. sama mcm afghanistan, diorg conquer negara pengeluar dadah ke-2 terbesar selepas cuba.

Ader org ckp dia nak jadikan RM50 sekotak. kat paper pon ader bgtaw pasl menda nih. Kalo betul2 dilaksanakan, mmg kerajaan akan dilakhnat oleh perokok2 Malaysia, rosak la politik. hahahaha

Ah Fatt said...

kalau ramai org pakai basikal mcm tu
x ler malu

kalau sorang? haha