Thursday, April 30, 2015

Kedai Menjual Bateri Kereta Yang Murah di Johor Bahru

Jika anda mencari-cari kedai bateri kereta yang murah di Johor Bahru, boleh lah ke sini. Lokasi nya berdekatan dengan Dewan Glulam, Larkin. Jika anda nampak Dewan Glulam di sebelah kiri, buat U-turn di traffic light berdekatan dan terus. Sebelum jejantas ada lorong, masuk ke lorong tersebut.

Baju kelabu tu tauke kedai
Ni papan tanda kedai
Lorong sebelum jejantas
Ni gambar kereta aku sebelum tukar bateri
Gambar bateri kering baru
Aku tukar bateri kering jenama Yokohama. Harga bateri RM140 dan trade in bateri lama. Jika tak trade in bateri lama, harga bateri kering aku RM160. Waktu operasi kedai adalah dari 9:30 pagi hingga 6:30 petang bagi hari Isnin hingga Sabtu. Hari Ahad pula dari 1:00 petang hingga 6:00 petang.

Semoga entri ini bermanfaat untuk semua. Jika ada tempat lain yang jual bateri kereta dengan harga yang murah dan berpatutan, sila tinggalkan di ruangan komen.

Terima kasih.