Monday, June 28, 2010

Burrrrpppp!

kenyang gila makan pizza bersama keluarga tadi. order 2 large pizza tambah cheese. fuhhhh! terbaik la!

since aku masuk utm, aku memang dah jarang update blog. bukan malas tapi aku perlu komitmen dalam membuat coding. kerja aku sekarang lebih tough dari kerja lama. kadang-kadang pressure tapi aku pujuk hati ni supaya tabah dan terus belajar.

keluarga pun sangat supportive. alhamdulillah aku bersyukur sebab keluarga aku bahagia kini. tiada lagi gangguan manusia yang iri hati. aku harap kebahagiaan ini terus kekal. amin.

da lama tak hang out dengan kawan-kawan sebab penat bila dah balik keje. so entri untuk kawan-kawan memang tak ada. tapi aku tetap rindu mereka. so call dan text aje la.

kekasih? teeeetttt. kt utm ni ramai sangat dah kawin. yang bujang tak ramai. tapi ni statistik yang aku buat semasa cuti sem. nanti next week dah naik cuti sem tak tahu la kan? hik-hik-hik.

so far, aku sangat bersyukur kepada Allah atas nikmat yang telah DIA berikan. aku harap apa yang dipinjamkan ini dapat aku gunakan sebaik mungkin.

buat semua, jaga diri. tata :)

Wednesday, June 16, 2010

Happy Birthday Kakak!

pagi tadi aku ada buat suprise untuk akak aku sempena hari jadinya hari ini. kat rumah aku ni memang semua tak ingat hari jadi keluarga kecuali aku. so, aku dah siap-siap tempah cupcake dari kawan aku. ingat kan nak suprise malam tadi kul 12 tapi aku dah ngantok rabak so tukar plan. pagi-pagi bangun aku buat bodoh je. akak aku ada sebut nak makan walnut cake tapi aku buat dang aje. hahaha. mesti masa tu dia fikir tak ada ke orang nak wish birtday dia. muahaha. bila mak aku dah siap buat sarapan, aku terus keluarkan cupcake sambil nyanyi lagu happy birthday. hadiah tahun ni aku kasi 2 ciuman di pipi. ngeh3.

buat akak tercinta, selamat hari lahir ke 26. moga semakin tabah menempuhi hidup yang mendatang. i love you sis :)

cupcake Titie
cuppies for my sis~

Wednesday, June 2, 2010

Kenangan Bersamamu

Minggu lepas, buat pertama kali akan join gathering group 1987 melalui facebook. Gathering selama tiga hari bermula 28 Mei 2010 hingga 30 Mei di Batu Layar itu nyata tidak menghampakan walaupun aku baru mengenali mereka. Mereka datang dari pelbagai pelusuk negeri seluruh Malaysia. Dari Kedah, Penang, Terengganu, Selangor, KL, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Aku sudah mula merindui mereka.

pose tepi pantai

pose terakhir sebelum berpisah









persembahan secara spontan