Monday, January 31, 2011

Spontan

Arini buat kerja gila dengan akak aku. Balik je kerja masing-masing sakit kepala. Kena hujan kot. Tiba-tiba akak aku tanya nak gi karok tak? Mesti la nakkkkkk! Dapat pulak bilik deluxe yang boleh muat 8 orang. Tapi kami masuk berdua je. Pergh! Heaven kot. Siap brader yang setting bilik offer diri kalau nak suruh dia teman. ahaha. Muka boleh tahan tapi kurus banget. Pape pun, karok hari ni memang layan. Mostly lagu jiwang. Lagu-lagu lama memang feel habis. Balik karok singgah mutiara nara tapau nasi. Paling tak boleh blah brader yang amik order tu dah amik order yang kami tapau, dia tanya nak order air tak? Akak aku jawab, sup tu semua letak dalam 1 plastik je. ahahahahaha. Ni bahana karok lebih muatan. Akak, biar tak cantik, jangan pefe kakfak. =P

Sunday, January 30, 2011

Jom Main Tag!

Aku telah ditag oleh cik Effa Nina hampir sebulan yang lalu. Baru hari ni aku free nak jawab. Sorry for the late!

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup kOrang?

Keluarga!

2. Benda terakhir kOrang beli guna duit kOrang sendiri?

Helmet KHI. ngeh3

3. Dimana tempat kOrang nak melangsungkan perkahwinan kOrang dan tema perkahwinan kOrang nanti?

Rumah baru, insya Allah. tema aku nak yang simple but memorable.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Tidak.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Pass!

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?

Dalam mimpi? haha

7.novel/buku/majalah terakhir korang beli?

Remaja yang cover depan dia Yuna. :D

8. Apakah nama penuh korang

Nurul Jannah

9. Antara mak dengan ayah korang, yang mana korang lagi mesra?

To be honest, abah kot. Tapi aku sayang abah & arwah mak aku. Kalau mak masih ada, aku mesti mintak mak masakkan makanan kesukaan aku, sambal goreng tahu tempe & sambal kacang. yum yum!

10.Namakan orang yang betul-betul kamu nak jumpa dalam hidup?

Yuna! She really inspires me.

11. Adakah korang basuh baju sendiri?

Tak la. Mesin yang basuhkan.

12. Dimana tempat yang betul-betul korang nak pergi?

Tempat yang ada salji. Teringin sangattttttttt!

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

Peluk! Hugs can reduce sadness *based on my experience*

14. Beritahu tiga perkara tentang orang yang tag korang?

Nama beliau Effa Nina. Beliau orang Negeri Sembilan. Beliau sangat kreatif & pandai menjahit.

15. 5 benda korang sayang sangat dalam hidup korang?

Moto, Laptop, Handphone, Gitar & Album Yuna

16. 5 lagu korang suka dan selalu dengar?

Black - Sofea Jane
Matchbook Romance - Tiger Lily
Monoloque & Atilia - Kekanda Adinda
Taylor Swift - Speak Now
Yuna - Backpacking Around Europe

17. Bila tarikh lahir korang dan korang sambut besday kat mana tahun lepas?

12 Disember. Danga Bay-Rumah-Jusco Tebrau :)

18. 7 orang blogger korang nak tag
1.Royal Mentega
2.Keri
3.Chinnoise
4.Liliyuli
5.Jo
6.Ayampinko
7.Hafiz Taichou

19. Cerita sikit pasal blogger yang korang tag?

1.Senior aku masa kat uitm. Dah nak kawen minggu depan dengan calon pilihan ibu. tahniah!
2.Kawan blogger yang sebaya dengan aku. Gila DSLR dia ni.
3.Dia suka buat lawak. Sakit rahang kalau berbual lama dengan dia.
4.Gila karok dia ni.
5.Yang ni kaki pukul. haha. ok aku tipu. Suka hiking dia ni.
6.Ni keturunan boyan. Minat pada orkid. Baru je kawen. :D
7.Dia pandai melukis tapi tak pernah lukis gambar aku. haha.

Selamat mengetag! =D

Saturday, January 29, 2011

VS125R

Ramalan kaji cuaca kata hari ni hujan. Dari pagi bawak ke petang malam. Aku gi pejabat pos nak hidupkan roadtax dengan insurans moto pun hujan jugak. Redah je la. Naik moto kena hujan memang benda yang biasa dalam kamus hidup aku. Lama jugak aku tunggu nak setelkan insurans punya hal. Tahun lepas aku guna Takaful Malaysia, harga dalam RM159+ kalau tak silap aku. Tadi, akak kat kaunter cakap dah tak boleh guna Takaful Malaysia. Kalau nak jugak kena gi main office dia. Tak de kerja aku nak gi jauh-jauh. So aku amik je la Kurnia Insurans. Mahal jugak la first party dia. Adoi. Lari dah bajet ni. Nasib baik hidupkan lesen tak mahal macam insurans. Pheww!

Lokasi seterusnya adalah ke bengkel moto untuk servis moto. Gila banyak betul spare part kena tukar. Starter, bateri, belting, boost, wayar minyak, minyak hitam, minyak gear box & filter minyak. Nak menangis tengok resitnya. Tapi memang terbaik la bawak moto ni lepas servis. Tip top! Perghhhhh! Suka! Pastu kan, aku teringin nak beli helmet baru. So, sambar la satu. ngeh3. Helmet yang aku teringin sangat nak beli dari tahun lepas. Akhirnya..

Satu hari je dah habis nak dekat RM600. *koma sekejap*

nota : diam tak diam dah tujuh tahun usia moto tu. macam-macam kenangan dengan moto tu. sayang gila kat dia. fuuuuuuuuuu!

Thursday, January 27, 2011

Out-Station

Semalam aku ke KL untuk training Pendaftar kat sana. Excited bila bos aku kasi arahan pada hari ahad masa aku tengah syok berpicnic di Desaru. Aku excited sebab ni first time aku nak ke UTM KL. haha. mesti korang fikir aku jakun kan. ada aku kesah? Yang penting aku dah sampai kat sana. yeay! Kalau mereka yang selalu ke sana mesti dah tak excited macam aku.



Masa nak balik tu, tiba-tiba aku rasa bersyukur duduk JB sebab jem kat sana memang tak boleh blah. Bayangkan aku tersepit dalam jem, 1 jam baru gerak 200 meter. perghhhh. nak muntah aku tengok kereta. Sempat pulak aku ternampak satu kereta ni. No. plat cara ah. ST11L. fuuuuuuuuhhh! Dapat la jugak aku tengok masjid kat Putrajaya, lalu atas jambatan Putrajaya, tengok Istana Kehakiman dan bangunan-bangunan yang gah berdiri di Putrajaya. *mode jakun* yelah. aku orang kampung. Mane pernah tengok bangunan macam ni. ngeh3.

Tadi ada meeting antara pegawai. Dengar cerita team aku dapat bos baru. huhu. Aku ok je since aku pun orang baru. Yang penting kerja siap. Walaupun ada dengar banyak cerita yang tak best pasal team aku, aku kuatkan semangat jugak sebab aku taw niat aku bekerja adalah untuk mencari rezeki yang halal dan mendapat keredhaan daripada Allah. Tapi ada masa tertentu aku down jugak la. Biasa lah, iman senipis kulit bawang. Bila banyak sangat anasir yang meruntunkan hati, mulalah hilang selera makan dan badan menjadi kurus mendadak. ok aku tipu. haha.

Tapi aku percaya, kalau sistem tu digunapakai oleh ramai orang dan dalam masa yang sama mempermudahkan kerja ramai orang, ganjaran Allah itu lebih besar maknanya. Insya Allah. *sambil mengalunkan lagu Maher Zain - Insya Allah*

"KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA"

Sekian.

Monday, January 24, 2011

Wow! Wee!

Aku melalui hari-hari yang awesome dua tiga hari ni. Hari Sabtu yang lalu, aku pergi swimming dengan kawan-kawan. Seronok sebab dah dua, tiga bulan aku tak swim. Stretching sikit supaya kaki tak krem. Terus masuk air. weeee~ bestnya! Seronok jugak sebab dapat ajar kawan aku berenang. At least aku kongsi ilmu sama-sama kan. Penat jugak gelak tengok kawan aku belajar berenang sambil menunjukkan aksi-aksi yang tak boleh blah! lagi tak boleh blah bila berenang cara anjing ada nama baru, doggie (menurut kawan aku yang tersalah sebut, sebenarnya) ahahaha. mengong!

Pastu ada la budak-budak belasan tahun kacau kami berenang. Siap menganjing kawan aku tak reti berenang. Padan muka kena marah dengan trainer. Mereka agak hebat la sebab boleh berenang pada kedalaman 1.8M. Masa aku stay kat 1.5M, ada seorang budak kecik tu sound

"hai akak, meh la sini. tak reti berenang ke?" sambil gelak-gelak.

aku diam je la. bubble lima enam das, terus aku sambung sampai hujung.

"reti berenang rupanya akak ni"

cis. under estimate aku rupanya. ingat orang gemuk tak reti berenang ke? Kebetulan hari tu ramai mamat-mamat hensem datang. Check it out yo! haha. sambil menyelam minum air. muahaha. swim tiga jam aku rasa kecut lain macam. tapi hari tu memang best. dapat spend time dengan kawan-kawan sambil gosip-gosip.

Hari ahad pula (iaitu semalam), aku dan kawan-kawan seramai 14 orang telah berpicnic di Desaru. Event yang julung kalinya diadakan untuk group kami. Macam-macam aktiviti yang dilaksanakan. Main game yang fun gila. Game zaman kanak-kanak. Cari gula-gula dalam tepung, baling belon air, bawak gula dalam garfu, main tanam-tanam dan paling best, main ombak! wee wuu~~ makan pulak sedap! ada ayam BBQ, ikan bakar, jagung, hot dog yang dipanggang oleh abang-abang yang gojes lagi hot. hik hik (gelak gatal) =D






Kami gerak balik pun dah petang dan aku sangat sangat sangat penat dan muka aku perit. Dan sebagai hadiah, taaadaaaa aku kena sun burn walaupun aku dah pakai krim. cet! siap ada orang cakap

"Jana, awak pakai blusher ke? comel."

Aku pakai blusher cap sun burn la ni. ahahaha. malam semalam, tiba-tiba someone yang aku dah lost contact lebih setahun call aku. deng!! pung-pang-pung-pang cite, apsal aku banyak cakap ni? ok aku agak rindu dia. dia pun dah lama tak update blog. dia cakap aku pun dah lama tak update blog. aku diam je la. sah dia tak baca blog aku lagi. tak pe. I don't mind. Btw, thank you for calling. Thank you sebab tanya khabar and etc. Glad to hear your voice! =)

Motor aku buat hal lagi. Tak boleh hidup. Ni kali kedua dia buat hal. Haritu kul 10 malam tak boleh start. Rasa nak pengsan gelap-gelap sorang-sorang pastu tak de orang nak tolong. Nightmare kot! Nak kena tukar bateri ni. Nasib baik esok gaji. heee~

nota : aku kena gi KL esok. Ada training. Akan jumpa orang dengan muka sun burn! aaaa!! I'm gonna miss you, you, you and you! ;)


Saturday, January 22, 2011

You're Beautiful


Akhirnya, habis juga cerita korea "You're Beautiful". Aku suka hero cerita ni. Jang Geun Suk. OMG, his smile is KILLING, man! Cerita ni lebih kepada kasih sayang dan keegoan. Endingnya adalah happy so aku tak sedih sangat la. Perpisahan adalah satu penyeksaan! Tapi jodoh tu ketentuan Tuhan kan. Perghhh aku jadi jiwang plak tengok cerita ni. Jang Geun Suk, nan chua hey yo! :)

nota : esok adalah masa bergumbira, harap-harap cuaca elok. yeay!

Wednesday, January 19, 2011

Random

aku taip. aku back space. taip lagi. back space lagi. dem. aku tak taw nak start camne. hari ni genap enam tahun orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku. Al-Fatihah. aku tak pernah lupa tarikh penting yang berlaku dalam hidup aku. hari jadi teman rapat, tarikh mak meninggal, tarikh aku dapat segulung diploma, tarikh aku kemalangan. setakat ni semua aku ingat. tak taw la esok lusa kalau aku hilang ingatan.

hari ni adalah tarikh yang buat aku menyirap. first, aku marah bila orang yang bodoh pura-pura taw everything. menyampah taw tak? kalau tak reti susah sangat ke nak minta bantuan orang lain. we are human being. tak payah la nak ego. aku rasa fucked up taw tak? nasib baik ada yang faham aku. part ni aku tak sokong la. being ego won't solve a thing. you get me? nahh! u won't i guess.

second, aku marah bila orang bukak benda private aku. dem. ni lagi aku baran. dalam bilik aku ada hadiah-hadiah yang orang bagi. masih dalam kotak lagi semuanya. ada pulak hantu kacang sorang ni gi bukak hadiah tu sambil koyak-koyakkan sampul hadiah dengan rakus. agak-agak la der! aku bukak elok-elok ko pegang terus koyak rabak. lepas tu tak mintak maaf. padan muka kena rotan. hahaha!

aku baru ikut abah gi tengok rumah. tadi kontraktor cakap ade orang India masuk. risau jugak aku. mane taw dia nak buat pesta wel-wel dalam rumah aku tuh. alhamdulillah semua ok. harap-harap cepat la siap. amin. balik kerja tadi aku drive kereta lagi. kali ni feeling much better. dah mula confident walaupun ada instructor kat sebelah yang tak berhenti-henti bercakap. dah pandai tegakkan stereng masa parking juga. yeay! *clap hands*

nota : internet lembap nak mampus, baik aku layan cerita korea "You're Beautiful"

Monday, January 17, 2011

Apakah?!

Subuh tadi aku tersedar dari tidur. Bukak mata terus teringat mimpi yang baru aku alami sebelum tersedar. Aku mimpi seorang lelaki dan mesej yang aku terima darinya adalah December Sensitive. Aku tak faham. ok abaikan je mimpi tu. Tapi dia cute taw. haha. Pagi tadi aku ada training. So before training bermula, peserta dan urusetia sarapan dulu. So aku turun la kat bilik latihan bawah. Kebetulan ada training modul lain tapi projek team aku jugak. Aku bukak la pintu belakang. Saje nak tengok ramai tak yang datang. Fuhhh ramai jugak. Pintu ni kalau nak bukak kena tarik. Nak tutup kena tolak. So aku ingat nak tutup pintu. So aku konon-konon nak pegang tombol pintu tanpa pandang pintu tu. Tiba-tiba aku rasa macam pegang benda lain. Aku terus tarik tangan dan pusing. DAMN! Aku rasa aku salah pegang. Orang yang aku tersentuh tu adalah fasilitator masa aku kursus induksi beberapa minggu yang lalu. aaaaa.. apa yang aku terpegang tadi? Aku tak rasa benda keras. Aku cuba bajet part mana yang aku terpegang. Aku tak pasti. Aku tak nak fikir. Aku tak nak ingat. Aku malu sangat. Dia pandang aku dan senyum je. Aku auto cakap sorry walaupun aku tak taw aku pegang apa. Encik, saya tak sengaja. Saya mintak maaf. Aku cuba fikir positif. Tapi aku nak sangat taw aku terpegang apa? Maaf la encik. Saya tak ada pengalaman benda-benda macam ni. Tapi saya macam rasa lain macam je. rare la benda yang saya pegang. ahahaha. Aku tak taw orang yang tengah makan perasan ke tak. Harap-harap tak ada orang nampak. Aku terus naik ke makmal komputer sambil pura-pura tak ada apa yang berlaku. OMG! apakah?? Aku harap aku tak akan berjumpa dengan dia lagi. Tapi mesti akan jumpa lagi sebab dia ada kalau buat training. Aku harap dia hilang ingatan tentang insiden pagi tadi. huh!

masa lunch aku makan dengan budak praktikal. dua-dua lelaki. sorang hensem sorang lagi steady. best jugak la layan dorang. terharu sebab dorang panggil aku akak walaupun beza umur kami setahun je. hahaha. tapi aku tak salahkan dorang sebab aku tak bagitaw umo aku. ngeh3. akak pun akak la. dapat la aku merasai ada adik yang dah beso panjang. akak jana! sweeett kan bunyi nye? :))

nota : balik main ping pong tadi, angin kat luar lain macam. nasib baik manjer teman sampai kat parking. mau pengsan aku tengok pokok-pokok tu goyang lain macam. fuhhh. nasib baik aku dah sampai umah ni. seram siot.