Thursday, January 27, 2011

Out-Station

Semalam aku ke KL untuk training Pendaftar kat sana. Excited bila bos aku kasi arahan pada hari ahad masa aku tengah syok berpicnic di Desaru. Aku excited sebab ni first time aku nak ke UTM KL. haha. mesti korang fikir aku jakun kan. ada aku kesah? Yang penting aku dah sampai kat sana. yeay! Kalau mereka yang selalu ke sana mesti dah tak excited macam aku.



Masa nak balik tu, tiba-tiba aku rasa bersyukur duduk JB sebab jem kat sana memang tak boleh blah. Bayangkan aku tersepit dalam jem, 1 jam baru gerak 200 meter. perghhhh. nak muntah aku tengok kereta. Sempat pulak aku ternampak satu kereta ni. No. plat cara ah. ST11L. fuuuuuuuuhhh! Dapat la jugak aku tengok masjid kat Putrajaya, lalu atas jambatan Putrajaya, tengok Istana Kehakiman dan bangunan-bangunan yang gah berdiri di Putrajaya. *mode jakun* yelah. aku orang kampung. Mane pernah tengok bangunan macam ni. ngeh3.

Tadi ada meeting antara pegawai. Dengar cerita team aku dapat bos baru. huhu. Aku ok je since aku pun orang baru. Yang penting kerja siap. Walaupun ada dengar banyak cerita yang tak best pasal team aku, aku kuatkan semangat jugak sebab aku taw niat aku bekerja adalah untuk mencari rezeki yang halal dan mendapat keredhaan daripada Allah. Tapi ada masa tertentu aku down jugak la. Biasa lah, iman senipis kulit bawang. Bila banyak sangat anasir yang meruntunkan hati, mulalah hilang selera makan dan badan menjadi kurus mendadak. ok aku tipu. haha.

Tapi aku percaya, kalau sistem tu digunapakai oleh ramai orang dan dalam masa yang sama mempermudahkan kerja ramai orang, ganjaran Allah itu lebih besar maknanya. Insya Allah. *sambil mengalunkan lagu Maher Zain - Insya Allah*

"KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA"

Sekian.

No comments: