aku taip. aku back space. taip lagi. back space lagi. dem. aku tak taw nak start camne. hari ni genap enam tahun orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku. Al-Fatihah. aku tak pernah lupa tarikh penting yang berlaku dalam hidup aku. hari jadi teman rapat, tarikh mak meninggal, tarikh aku dapat segulung diploma, tarikh aku kemalangan. setakat ni semua aku ingat. tak taw la esok lusa kalau aku hilang ingatan.
hari ni adalah tarikh yang buat aku menyirap. first, aku marah bila orang yang bodoh pura-pura taw everything. menyampah taw tak? kalau tak reti susah sangat ke nak minta bantuan orang lain. we are human being. tak payah la nak ego. aku rasa fucked up taw tak? nasib baik ada yang faham aku. part ni aku tak sokong la. being ego won't solve a thing. you get me? nahh! u won't i guess.
second, aku marah bila orang bukak benda private aku. dem. ni lagi aku baran. dalam bilik aku ada hadiah-hadiah yang orang bagi. masih dalam kotak lagi semuanya. ada pulak hantu kacang sorang ni gi bukak hadiah tu sambil koyak-koyakkan sampul hadiah dengan rakus. agak-agak la der! aku bukak elok-elok ko pegang terus koyak rabak. lepas tu tak mintak maaf. padan muka kena rotan. hahaha!
aku baru ikut abah gi tengok rumah. tadi kontraktor cakap ade orang India masuk. risau jugak aku. mane taw dia nak buat pesta wel-wel dalam rumah aku tuh. alhamdulillah semua ok. harap-harap cepat la siap. amin. balik kerja tadi aku drive kereta lagi. kali ni feeling much better. dah mula confident walaupun ada instructor kat sebelah yang tak berhenti-henti bercakap. dah pandai tegakkan stereng masa parking juga. yeay! *clap hands*
nota : internet lembap nak mampus, baik aku layan cerita korea "You're Beautiful"
No comments:
Post a Comment