Bila aku terpandang pelamin, secara auto aku akan jadi takut. dapatkah aku merasai untuk duduk di atas singgahsana itu satu hari nanti? dapatkah aku berkahwin sebelum ajal tiba? adakah aku akan dilamar oleh seorang insan bernama lelaki? siapakah tulang rusuk yang Allah ciptakan untuk aku? aku tak dapat satu pun jawapan untuk semua soalan di atas kerana semuanya adalah ketentuan Allah. Aku hanya berserah kepadaNya.
Kenapa tiba-tiba aku fikir tentang perkara ini? Opis yang aku duduk sekarang ini mostly semua sudah berkahwin. Ada dua orang je anak dara yang belum berkahwin. Aku dan Dura (hampir nama sebenar). Dura mungkin sudah ada teman lelaki. Aku? masih single. Kenapa aku single? Sebab aku tak cantik kot? Bila ada je lelaki nak kenal, masing-masing tak percaya aku single. Penat aku nak explain kalau camni. Aku tak faham kenapa benda ni boleh berlaku. Mungkin ada cap mohor kat dahi aku ni yang tulis "I'M NOT SINGLE". Mungkin aku ni comel sangat sampai status aku diragui? (hahaha. sedang perasan sebentar) Mungkin juga sebab bentuk badan aku yang out of figure. Gemuk! yes, aku tahu aku gemuk.
So far, aku ada family dan kawan-kawan yang awesome. Hidup aku dah sempurna dengan kehadiran mereka. Tapi mungkin akan jadi lebih sempurna dengan seorang lelaki di sisi aku. Aku bukan memilih. Tapi mesti lah nak yang berkualiti. Kalau baca doa qunut pun tak pass, camne dia nak bimbing aku. Since tahun ni aku akan mencecah 24 tahun, aku akan mula fikir tentang masa hadapan. Aku akan cuba untuk buka pintu hati ni untuk menerima lelaki walaupun sebenarnya aku takut. Takut tersalah pilih. Lagi satu masalah aku, bila aku dah minat kat someone, kenapa orang tu mesti boyfriend, tunang atau suami orang? kenapa yang baik tu semua orang dah kebas. *muka frust* finally, aku pujuk hati ni, aku percaya Allah ciptakan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu lah sebaliknya. Jadi, aku hanya berserah kepada Allah.
Ya Allah, aku bermohon padaMu, berikan lah aku jodoh yang terbaik yang dapat membimbing aku ke jalan yang kau redhai. Permudahkan segala urusanku Ya Allah. Semoga doaku ini dimakbulkan Allah. Amin.
nota : tadi aku gi urut kaki yang bengkak terseliuh main bola jaring aritu. Urat bergumpal. Dia punya sakit macam kena karen. Selalu kalau berurut aku melalak macam budak-budak tapi tadi aku hanya pejamkan mata sambil terbayang muka dia. OMG! His face can make all the pain fade away. Perghhh.. pasni aku nak bayangkan muka dia je la. hahaha.. Aku dah dapat trace perasaan aku kat dia. I'm not in love with him, maybe he's fun to be with. Mungkin!
Good night =)
1 comment:
pompuan memang suka crush-crush ni.
Post a Comment