Monday, January 17, 2011

Apakah?!

Subuh tadi aku tersedar dari tidur. Bukak mata terus teringat mimpi yang baru aku alami sebelum tersedar. Aku mimpi seorang lelaki dan mesej yang aku terima darinya adalah December Sensitive. Aku tak faham. ok abaikan je mimpi tu. Tapi dia cute taw. haha. Pagi tadi aku ada training. So before training bermula, peserta dan urusetia sarapan dulu. So aku turun la kat bilik latihan bawah. Kebetulan ada training modul lain tapi projek team aku jugak. Aku bukak la pintu belakang. Saje nak tengok ramai tak yang datang. Fuhhh ramai jugak. Pintu ni kalau nak bukak kena tarik. Nak tutup kena tolak. So aku ingat nak tutup pintu. So aku konon-konon nak pegang tombol pintu tanpa pandang pintu tu. Tiba-tiba aku rasa macam pegang benda lain. Aku terus tarik tangan dan pusing. DAMN! Aku rasa aku salah pegang. Orang yang aku tersentuh tu adalah fasilitator masa aku kursus induksi beberapa minggu yang lalu. aaaaa.. apa yang aku terpegang tadi? Aku tak rasa benda keras. Aku cuba bajet part mana yang aku terpegang. Aku tak pasti. Aku tak nak fikir. Aku tak nak ingat. Aku malu sangat. Dia pandang aku dan senyum je. Aku auto cakap sorry walaupun aku tak taw aku pegang apa. Encik, saya tak sengaja. Saya mintak maaf. Aku cuba fikir positif. Tapi aku nak sangat taw aku terpegang apa? Maaf la encik. Saya tak ada pengalaman benda-benda macam ni. Tapi saya macam rasa lain macam je. rare la benda yang saya pegang. ahahaha. Aku tak taw orang yang tengah makan perasan ke tak. Harap-harap tak ada orang nampak. Aku terus naik ke makmal komputer sambil pura-pura tak ada apa yang berlaku. OMG! apakah?? Aku harap aku tak akan berjumpa dengan dia lagi. Tapi mesti akan jumpa lagi sebab dia ada kalau buat training. Aku harap dia hilang ingatan tentang insiden pagi tadi. huh!

masa lunch aku makan dengan budak praktikal. dua-dua lelaki. sorang hensem sorang lagi steady. best jugak la layan dorang. terharu sebab dorang panggil aku akak walaupun beza umur kami setahun je. hahaha. tapi aku tak salahkan dorang sebab aku tak bagitaw umo aku. ngeh3. akak pun akak la. dapat la aku merasai ada adik yang dah beso panjang. akak jana! sweeett kan bunyi nye? :))

nota : balik main ping pong tadi, angin kat luar lain macam. nasib baik manjer teman sampai kat parking. mau pengsan aku tengok pokok-pokok tu goyang lain macam. fuhhh. nasib baik aku dah sampai umah ni. seram siot.


1 comment:

fyna said...

haaaaaaaaaaaaa haha