Thursday, April 30, 2015

Kedai Menjual Bateri Kereta Yang Murah di Johor Bahru

Jika anda mencari-cari kedai bateri kereta yang murah di Johor Bahru, boleh lah ke sini. Lokasi nya berdekatan dengan Dewan Glulam, Larkin. Jika anda nampak Dewan Glulam di sebelah kiri, buat U-turn di traffic light berdekatan dan terus. Sebelum jejantas ada lorong, masuk ke lorong tersebut.

Baju kelabu tu tauke kedai
Ni papan tanda kedai
Lorong sebelum jejantas
Ni gambar kereta aku sebelum tukar bateri
Gambar bateri kering baru
Aku tukar bateri kering jenama Yokohama. Harga bateri RM140 dan trade in bateri lama. Jika tak trade in bateri lama, harga bateri kering aku RM160. Waktu operasi kedai adalah dari 9:30 pagi hingga 6:30 petang bagi hari Isnin hingga Sabtu. Hari Ahad pula dari 1:00 petang hingga 6:00 petang.

Semoga entri ini bermanfaat untuk semua. Jika ada tempat lain yang jual bateri kereta dengan harga yang murah dan berpatutan, sila tinggalkan di ruangan komen.

Terima kasih.

============================================================

Update 30/08/2018

Bateri aku baru je kong beberapa hari lepas. Bateri sebelum ni jenama Yokohama tahan selama 3 tahun 6 bulan. Tauke kedai tu kagum sebab tahan sebegitu lama. Hehe. Aku masih tukar bateri kering di tempat yang sama. Masa aku datang, kedai penuh dengan orang yang hadapi masalah yang sama dengan aku. Semua nak tukar bateri kereta. So, kali ni aku tukar bateri kering jenama Varta. Tauke kedai yang suggest sebab jenama Varta ni ada teknologi baru iaitu ada indikator untuk tengok bateri kereta masih ok atau dah kong.

Bateri kering jenama Varta

Indikator pada bateri kering
Harga bateri sebelum trade in bateri lama
Harga bateri jenama Varta adalah RM155. Sekiranya trade in bateri lama, harga bateri Varta dapat diskaun jadi RM140. Selain Varta, ada jual jenama Amaron berharga RM125 dan Yokohama berharga RM155. Aku sertakan sekali alamat yang anda boleh waze dan nombor telefon yang boleh dihubungi untuk confirmkan kedai buka atau tidak.

Alamat : 
Central Motor Marketing Sdn Bhd
Lot 4325, Jalan Tampoi, Kg.Ungku Mohsin, 81200, Johor Bahru, Johor

No.HP :
019-7764880/0167666356

Waktu urusniaga :
Isnin - Sabtu : 9.30 pagi hingga 6.30 petang
Ahad : Tutup

Harap dapat membantu anda yang memerlukan.

Thursday, March 19, 2015

Shafiq Vai's Wedding

Thanks a lot Shafiq Vai for inviting me to his wedding. As a fan, I am truly honored. Can you imagine how excited I was when I received the invitation. This is one of the BEST moment in my life. Thank you #shafiqlala.

Shafiq, Lala & me. Photo by Zel Atif