Tuesday, November 25, 2014

Suntikan ACYW135 di Johor Bahru

Vaksin ACYW135
Ni la vaksin ACYW135. Jemaah yang bakal mengerjakan ibadah Haji atau Umrah perlu ambil suntikan vaksin ni. Aku ambil di Pusat Kesihatan UTM Skudai. Harga nya RM120. Kalau kat klinik swasta, ada yang ambil RM130 dan RM150. So far, aku survey, kat sini yang paling murah.

Kalau anda nak ambil suntikan ini boleh lah ke Pusat Kesihatan UTM. Boleh pergi ke bahagian Farmasi tanya ada tak stok vaksin. Kalau ada, boleh buat pembayaran tunai di kaunter pembayaran di sebelahnya.

Ubat ni perlu disuntik secepat mungkin selepas diberikan oleh ahli farmasi sebab ubat ni disimpan di dalam tempat sejuk. Boleh tanya staf nurse lokasi anda nak disuntik. Nanti mereka akan bawa anda ke ruangan menunggu.

Suntikan ini perlu disuntik pada tangan kat area BCG tu. Kalau anda tulis dengan tangan kanan, perlu suntik di tangan kiri. Begitulah sebaliknya. Ubat ni boleh bertahan dalam badan selama 3 tahun.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di ruangan komen.