Tuesday, October 28, 2014

Kompleks KDN Johor Bahru

Lokasi nya di Setia Tropika, Johor Bahru. Tempat letak kenderaan untuk pelawat ada disediakan di dalam Kompleks KDN. Kalau takde parking kosong, sila la pusing kawasan kedai di luar Kompleks KDN.

Di Blok 1 ada Pejabat Pengurusan KDN, Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Kawalan Filem dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Blok 2 ada Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Blok 3 ada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia. Blok 4 ada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran. Blok 5 ada Agensi Antidadah Kebangsaan.

Di luar Kompleks KDN ada menyediakan perkhidmatan kedai gambar dan kedai fotostat. Jadi, anda boleh ambil gambar instant dan fotostat dokumen di situ. Jika anda lapar, boleh ke kafe di sebelah Blok 1. Di sekitar Setia Tropika tu pun ada banyak kedai makan.

Jika anda ingin membuat atau memperbaharui passport, sila ke Blok 1. Jika anda ingin membuat atau memperbaharui kad pengenalan atau surat beranak, sila ke Blok 2.

Peta Blok di Kompleks KDN
Information Board di Blok 2
Etika Pakaian Pelawat
Pelawat tidak dibenarkan memakai singlet, seluar pendek, skirt pendek, selipar, helmet dan bercermin mata gelap. Kompleks KDN adalah zon larangan merokok. Kalau nak merokok boleh je. Stand by je la duit nak bayar kompaun. Hehe.

Semoga entri ini bermanfaat.

No comments: