Showing posts with label No Noise Percussion. Show all posts
Showing posts with label No Noise Percussion. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

#miraoly

Kali pertama seumur hidup aku berpeluang untuk hadir ke majlis kahwin artis. Aku bersyukur dan berterima kasih yang tak terhingga kepada Oly Fizly iaitu ahli kumpulan No Noise Percussion kerana sudi menjemput aku ke majlis beliau. Terharu sebenarnya. Aku bukanlah siapa-siapa. Hanya seorang peminat. Beliau masih sudi menjemput. Kalau korang tengok rancangan Dikir Zikir di tv Alhijrah dan Tunggu Sekejap di TV3, beliau yang main alat perkusi.

Aku, Mira & Oly
Pengantin bersama rakan-rakan
Belanja selfie. Dari kiri, Aku, Aidil, Faeez, Ruvi, Oly dan Mira
Antara ahli No Noise Percussion yang hadir. Dari kiri, Faeez, Oly, Aidil dan Ruvi
Sebelum perarakan pengantin
Pengantin dan pengapit
Pengantin bersama hulubalang
RUN JIT

Terima kasih kepada Oly dan Mira kerana sudi menjemput aku. Terima kasih kepada ahli No Noise Percussion atas layanan baik yang diberikan.

Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan mereka. Aku dipertemukan dengan mereka sebagai artis dan peminat. Walaupun aku bukan kawan-kawan sekeliling mereka, aku masih diberi peluang untuk mengenali mereka. Betapa indahnya perancangan Allah. Semoga ukhwah ini kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Sunday, September 14, 2014

No Noise Percussion & Their Fan

The first time I met them was on 7th of September 2013 at Istana Budaya. They performed at Yuna's concert. I didn't take any photo with them. *regret*

The second time was on 22nd of October 2013 at Persada Johor.

From left : Oly, Ayam, me, Ai, Adil, Marissa, Ruvi, Faeez, Aidil and Sharir

The third time was on 23rd of October 2013 at Persada Johor.

From left : Sharir, Ayam, Ruvi, Ai, Marissa, Adil, me, Faeez, Aidil and Oly

 The forth time was on 20th August 2014 at R&R Bistro.

From left : Ai, Faeez, Junk, Aidil, Marissa, me, Ruvi, Abbas, Shafiq and Oly

The fifth time was on 13th September 2014 at Restoran Seafood Remaja.

From left : Fifi, Junk, Ai, Mamat, Abbas, Sharir, Aidil and me

The sixth time was on 10th October 2014 at Oly Fizly's Solemnization in Johor.

From left : Me, Aidil, Faeez, Ruvi, Oly(groom) and Amira(bride)

The seventh time was on 11th October 2014 at Oly Fizly's Wedding Reception in Johor.

From Left : Aidil, Me, Oly, Amira, Ruvi and Faeez

I want to remember everything about them. They are talented, awesome, funny, down to earth and humble. Thank you for treating your ordinary-untalented-fan like your friend. Sayang korang! eh? Boleh ke aku nak sayang korang? Boleh eh? Boleh eh? hahahahaha. kbai. :")

p palang s - Kalau korang tak pernah tengok dorang perform boleh cari dan follow dorang kat link bawah. Dorang update semua show kat link di bawah. Dan kalau nak bergambar dengan dorang, jangan teragak-agak untuk panggil dorang. Dorang friendly. Sangat friendly. Say hi kat dorang kalau jumpa tau.

Youtube : No Noise Percussion
Twitter : NoNoisePerc
Facebook : No Noise Percussion
Instagram : nonoisepercussion
 

Monday, October 28, 2013

No Noise Percussion

Bila dapat tahu No Noise Percussion nak datang Johor Bahru, aku sangat gembira dan teruja. Oh lupa nak bagitahu. Aku mula minat No Noise Percussion lepas tengok dorang perform kat konsert Yuna Istana Budaya bulan lepas. Boleh check out entri ini.

No Noise Percussion adalah sebuah kumpulan percussion yang menggunakan alatan seperti papan pemotong, pisau, kuali, paip, exhaust kereta, kon, tong industri dan lain-lain di dalam persembahan dorang. Boleh baca info lebih detail mengenai dorang di SINI. Kalau masih tak boleh bayangkan, pernah tengok iklan Dolby Digital kat wayang? Yang jalan atas tong, baling kunci, mop lantai. Haaaa.. Dorang perform lebih kurang macam tu la. Kalau masih blur lagi boleh tengok video kat bawah ni.


Lepas confirm lokasi dorang nak buat show kat Persada Johor, aku terus cari hadiah. Seriously, aku sangat terhibur tengok konsert dorang kat Istana Budaya. Masa tu aku tak sempat nak cakap tahniah atau terima kasih walaupun aku berada tidak jauh dari dorang. Aku hanya menatap peminat yang lain bergambar dengan dorang. Nak bergambar dengan dorang tapi malu gila sebab semua lelaki. Menyesal pun ada lepas tu. Haih.

Aku ajak lagi dua orang kawan aku. Anum dan Tma. Kebetulan dorang cuti hari tu. Pucuk dicita ulam mendatang ye dak? Hehe. Sampai je kat pintu depan, orang first yang aku nampak adalah Ayam atau nama betul dia Azad. Beliau tengah setup tong. Masa tu darah gemuruh aku datang macam air terjun. Excited weyh. Masuk je dalam Persada aku jumpa semua ahli No Noise Percussion. Teruja. Sangat.

Ni kali kedua aku tengok dorang perform. Serius best. Dua-dua kawan aku pun enjoy. Lepas habis show, aku terus jumpa dorang. Masa tu bibir aku menggigil. Tak tahu la dorang faham ke tak aku cakap apa. HAHAHA. Serius nervous. Tapi dorang ok. Seronok sangat.

Dari kiri : Oly Fizly, Ayam, Aku, Aifaizat, Adil, Marissa, Ruviyamin, Faeez Ikhwan, Aidil Azali dan Sharir Sharis
Lepas balik rumah, aku termenung atas katil sambil pandang siling. Betul ke aku jumpa dorang? Macam mimpi. Esoknya, hati aku terdetik nak beli gitar baru. Nak mintak dorang sign. Idea spontan tu datang masa aku dalam kereta on the way nak pergi kerja. Tengahari masa lunch hour, terus pergi kedai gitar, pilih kejap, strumming kejap, bayar, balik office.

Petang nya lepas waktu pejabat, aku terus bergegas ke Persada Johor untuk jumpa dorang lagi. Kali ni aku datang seorang. Ye seorang diri. Tawakal je la. Masuk je pintu depan, aku dah boleh kawal excited aku. Tak macam semalamnya. Jantung berdegup laju gila. Perghhh! Terima kasih Oly sebab sebut nama nuyuljana banyak kali. Haha. Saya dengar. Saya senyum. Saya malu. Tapi sebenarnya saya gembira sangat.

Lepas habis show, Oly terus datang kat aku. Gila terharu weyh. Aku bawak back pack isi gitar baru beli. Teruja sangat tengok dorang sign. Serius. Aku kenal dorang. Follow twitter dan Instagram dorang. Bila dapat berbual dengan dorang, aku rasa dekat sangat macam member. Dorang sangat friendly, sporting, best dan mana-mana perkataan yang bersesuai dengan maksud di atas. Terima kasih sebab layan aku dengan sangat baik.

Aku paling terharu bila Ruvi cakap "Roger la kalau datang KL". Aku excited gila. Artis cakap macam tu weyh. Thank you for treating me as a friend. I'm honoured. Serius! Terima kasih.

Dari kiri : Sharir Sharis, Ayam, Ruviyamin, Aifaizat, Marissa, Adil, Aku, Faeez Ikhwan, Aidil Azali dan Oly Fizly
Ni gitar aku yang dorang sign. Jyeah!

Guitar signed by No Noise Percussion
Masa nak balik tu, dorang bagi aku topeng. Signed by them. Dorang pakai topeng tu masa buat show. Unexpected gift. Serius terharu. Terima kasih.

Gambar topeng separuh depan separuh belakang. It's mine!
Marissa dan aku. Terima kasih Oly tolong ambilkan gambar ni
Pick yang kiri tu Oly bagi. Terima kasih. So thoughtful. Pick yang kanan aku beli kat konsert Yuna Istana Budaya
Faeez Ikhwan a.k.a Aizat ada misai pegang cawan Nescafe

Korang boleh check out Facebook No Noise Percussion atau pun You Tube No Noise Percussion. Kalau nak tempah untuk show boleh tengok Facebook dorang. Ada nombor telefon kat situ. Boleh tengok promo video mereka di bawah.


Nanti ada masa aku buat entri pasal ahli No Noise Percussion. Boleh lah korang kenal dorang lebih rapat. Dorang ni sangat talented, baik, kelakar, peramah, hensem, comel dan dorang masih muda. Paling 'tak berapa muda' pun 28 tahun tapi yang tu dah kahwin. Yang lain, errr nanti la cerita. Hahaha.

Thursday, September 12, 2013

Yuna Istana Budaya

Alhamdulillah, impian aku untuk bertemu Yuna dah tercapai. Yayy! Pada 7 September 2013 yang lepas, aku ke konsert Yuna di Istana Budaya. Tersangat lah best. Suara Yuna memang sangat best bila nyanyi live dan aku pasti semua penonton terpukau dengan nyanyiannya. Aku sangat suka Yuna nyanyi lagu Penakut, Lelaki, Coffee, Favourite thing, Remember my name dan Lullabies. Mostly semua persembahan dia best sangat-sangat-sangat.

Ada juga persembahan dari No Noise Percussion. Mereka perform pun best. Pandai attract penonton. Ada lawak dalam muzik. Ada hand clapping battle between audience. Haha. Woot woot. Seriously memang enjoy la. Boleh check out YouTube No Noise Percussion.

Konsert Yuna diiringi oleh Okestra Simfoni Kebangsaan dan juga The Palauans. Oh bagi yang tak tahu, The Palauans ni adalah nama band mates Yuna yang terdiri daripada Paan(guitarist), Efry(bass), Shafiq(guitarist), Adil(drummer) dan Adam(keyboardist). Boleh check out video Yuna&The Palauans Take USA untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

Pada hari konsert Yuna, aku sangat bertuah sebab sampai je Istana Budaya, aku terus jumpa ibu Yuna. Sebenarnya ni kali pertama aku jumpa Cikgu Anum. Sebelum ni tengok gambar dia je. Dia tanya apa nama twitter. Dapat berbual-bual kejap dan bergambar bersama beliau. Masa nak bergambar tu ada perempuan yang mungkin Cikgu Anum kenal terus salam dan peluk dia. Tapi Cikgu Anum minta tunggu kejap sebab aku nak bergambar dengan dia. See? She's respecting people walaupun dia tak kenal aku. Thank you so much.

Reen, En Zaraai, Cikgu Anum, me and Dura
Selain ibu Yuna, aku dapat bergambar dengan ayah Yuna, Encik Zaraai dan juga jurufoto Yuna di US, Jules. Ok sangat bertuah sebab Jules ni juga adalah seorang model. Lepas habis show, Yuna annouce ada sesi meet & greet untuk mereka yang beli tiket RM250 dan RM450. Ok fine. Aku kecewa sebab tak dapat bergambar dan salam Yuna. Aku dapat lihat dari jauh sahaja. Serius frust. Tak pe lah. Maybe next time, Insya Allah. Kalau Yuna ada buat show lagi, aku nak ambil gambar berdua dengan dia. Tu impian baru aku.

Jules and me yaw!
Oh lupa nak bagitahu. Masa datang Istana Budaya, takde parking sebab full! Terpaksa parking jauh dekat sekolah. Fuhh. Yuna punya pasal, aku sanggup berjalan jauh. Keluar dari Istana Budaya menuju ke parking kereta, aku berjalan sebelah seorang lelaki. Di dalam kesamaran tu, aku tak tahu macam mana aku boleh cam muka Shafiq. Aku terus sebut "Eh Shafiq" dan dia toleh. OMG! Allah nak bagi aku kegembiraan lain rupanya. Aku minta izin nak bergambar. Masa tu aku blank. Tak boleh fikir nak tanya soalan apa. Serius. Aku start suka Shafiq masa tengok video Akustik Amkrew bersama Faizal Tahir. Cair weyh tengok Shafiq plucking gitar. Muka Shafiq pun ada iras-iras Faizal Tahir. Sebenarnya aku suka Shafiq dan Efry. Cair tengok masa dua-dua ni perform. Aku dah berbelah bahagi nak tengok Yuna atau mereka. HAHAHA. Masa kat parking tu, aku cuma dapat bergambar dengan Shafiq dan Adam. Paan, Adil dan Efry naik kereta lain dan aku sempat lambai tangan je masa kereta mereka lalu. Ok tak pe. Next time kalau Yuna buat konsert, aku akan cari The Palauans ni untuk bergambar bersama.

Dura, Adam, Shafiq and me
Aku cuba cari maklumat tentang Shafiq tapi encik Google tak dapat bantu. Totally zero. Shafiq takde Facebook, Twitter, Instagram mahu pun Keek. I wonder why. Kenapa Shafiq? Kenapa?? Hehe. Walaupun kawan-kawan awak panggil awak feminin, saya tetap suka awak. Eh? Ni cerita pasal Yuna ke Shafiq ni? HAHAHAHAHAHA.

Shafiq and me *woot woot*
Ok overall, berbaloi sangat aku datang dari JB ke KL untuk ke konsert ni. Semoga Yuna terus sukses dalam bidang nyanyian ni. Dua hari lepas konsert, aku terus beli CD Yuna. Terukir di bintang. Sebelum ni dah ada EP Yuna dan album Decorate. Support Yuna! Yayy! Ni aku tengah minta tolong cousin aku kat Singapore belikan CD Yuna yang lagi satu tu. Album tu tak jual kat Malaysia. Album baru Yuna 'Nocturnal' akan keluar bulan Oktober nanti rasanya. Aku happy sebab dapat beli merchandise Yuna. Ada baju, beg, autograph dan guitar pick. Walaupun dah 5 hari berlalu, positive energy Yuna masih ada lagi pada aku. Inspired and energetic.Yuna, keep making music! I love you!

Favourite things

Yuna's Album which I bought 2 days ago

Photos of You

in Istana Budaya