Sunday, April 30, 2017

Bayaran Tol dari Johor Bahru ke Singapura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni aku nak kongsikan bayaran tol perjalanan menaiki kereta dari Johor Bahru ke Singapura.

Bayaran Tol Touch N Go (Malaysia)

Touch N Go di Imigresen Malaysia (Dari JB ke Singapura) - RM 6.80
Touch N Go di Imigresen Malaysia (Dari Singapura ke JB) - RM 9.70

TOTAL : RM 16.50

Bayaran Tol dan Vehicle Entry Permit (VEP) di Woodlands, Singapura

*Bayaran ni hanya untuk hari Sabtu, Ahad, Cuti Umum di Singapura, Hari Isnin hingga Jumaat (5 petang hingga 2 pagi) sahaja

Tol
Autopass Masuk (Dari JB ke Singapura) - $ 3.80 (Tolak duit pada kad Autopass masa balik ke JB)
Autopass Keluar (Dari Singapura ke JB) - $ 2.70

Mulai 15 Februari 2017, Singapura telah mengenakan bayaran Reciprocal Road Charge (RRC) sebanyak $ 6.40.

TOTAL : $ 12.90

Bayaran RRC Mulai 15 Februari 2017

Bayaran Tol dan VEP
Boleh baca lebih lanjut di www.lta.gov.sg.

*Bayaran ini hanya untuk hari Isnin hingga Jumaat (2 pagi - 5 petang) sahaja

Tol & VEP
Korang perlu bayar VEP $ 35 ye. VEP dengan harga tol adalah berbeza ye. Jadi kalau masuk pada masa ni kena bayaran $ 35 + $ 12.90.

TOTAL $ 47.90.

Kalau kereta korang first time masuk Singapura, jangan takut okay? Autopass boleh beli di Office Imigresen Singapura. Harga kad $12 kalau tak silap aku. Korang kena ambil tarikh tamat roadtax kereta yang letak kat cermin depan tu. Kalau tarikh roadtax dah luput memang tak boleh masuk Singapura. Bukan Singapura je, kat Malaysia pun tak boleh. Hahaha. Cepat-cepat pergi renew insurans kereta dan roadtax okay.

Kalau masa masuk Singapura autopass korang takde duit dalam tu, jangan risau tau. Korang boleh topup kat kaunter topup Autopass kat Woodlands. Kaunter tu kat tepi jalan area Woodlands. Duit tol di Singapura akan tolak duit dari kad Autopass waktu balik ke JB sahaja. Masa masuk Singapura kad Autopass tak tolak duit dulu. So lump sum tolak $ 12.90. Harap boleh faham.

Harap dapat bantu korang.

Selamat berjalan ke Singapura.

3 comments:

Wak Lat said...

info yg baik., tq ;p

Unknown said...

first masuk guna motor from tuas. please terangkn. tq

JESS said...

Hi Admin. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 / juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219 *Silakan lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86