Thursday, September 12, 2013

Yuna Istana Budaya

Alhamdulillah, impian aku untuk bertemu Yuna dah tercapai. Yayy! Pada 7 September 2013 yang lepas, aku ke konsert Yuna di Istana Budaya. Tersangat lah best. Suara Yuna memang sangat best bila nyanyi live dan aku pasti semua penonton terpukau dengan nyanyiannya. Aku sangat suka Yuna nyanyi lagu Penakut, Lelaki, Coffee, Favourite thing, Remember my name dan Lullabies. Mostly semua persembahan dia best sangat-sangat-sangat.

Ada juga persembahan dari No Noise Percussion. Mereka perform pun best. Pandai attract penonton. Ada lawak dalam muzik. Ada hand clapping battle between audience. Haha. Woot woot. Seriously memang enjoy la. Boleh check out YouTube No Noise Percussion.

Konsert Yuna diiringi oleh Okestra Simfoni Kebangsaan dan juga The Palauans. Oh bagi yang tak tahu, The Palauans ni adalah nama band mates Yuna yang terdiri daripada Paan(guitarist), Efry(bass), Shafiq(guitarist), Adil(drummer) dan Adam(keyboardist). Boleh check out video Yuna&The Palauans Take USA untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

Pada hari konsert Yuna, aku sangat bertuah sebab sampai je Istana Budaya, aku terus jumpa ibu Yuna. Sebenarnya ni kali pertama aku jumpa Cikgu Anum. Sebelum ni tengok gambar dia je. Dia tanya apa nama twitter. Dapat berbual-bual kejap dan bergambar bersama beliau. Masa nak bergambar tu ada perempuan yang mungkin Cikgu Anum kenal terus salam dan peluk dia. Tapi Cikgu Anum minta tunggu kejap sebab aku nak bergambar dengan dia. See? She's respecting people walaupun dia tak kenal aku. Thank you so much.

Reen, En Zaraai, Cikgu Anum, me and Dura
Selain ibu Yuna, aku dapat bergambar dengan ayah Yuna, Encik Zaraai dan juga jurufoto Yuna di US, Jules. Ok sangat bertuah sebab Jules ni juga adalah seorang model. Lepas habis show, Yuna annouce ada sesi meet & greet untuk mereka yang beli tiket RM250 dan RM450. Ok fine. Aku kecewa sebab tak dapat bergambar dan salam Yuna. Aku dapat lihat dari jauh sahaja. Serius frust. Tak pe lah. Maybe next time, Insya Allah. Kalau Yuna ada buat show lagi, aku nak ambil gambar berdua dengan dia. Tu impian baru aku.

Jules and me yaw!
Oh lupa nak bagitahu. Masa datang Istana Budaya, takde parking sebab full! Terpaksa parking jauh dekat sekolah. Fuhh. Yuna punya pasal, aku sanggup berjalan jauh. Keluar dari Istana Budaya menuju ke parking kereta, aku berjalan sebelah seorang lelaki. Di dalam kesamaran tu, aku tak tahu macam mana aku boleh cam muka Shafiq. Aku terus sebut "Eh Shafiq" dan dia toleh. OMG! Allah nak bagi aku kegembiraan lain rupanya. Aku minta izin nak bergambar. Masa tu aku blank. Tak boleh fikir nak tanya soalan apa. Serius. Aku start suka Shafiq masa tengok video Akustik Amkrew bersama Faizal Tahir. Cair weyh tengok Shafiq plucking gitar. Muka Shafiq pun ada iras-iras Faizal Tahir. Sebenarnya aku suka Shafiq dan Efry. Cair tengok masa dua-dua ni perform. Aku dah berbelah bahagi nak tengok Yuna atau mereka. HAHAHA. Masa kat parking tu, aku cuma dapat bergambar dengan Shafiq dan Adam. Paan, Adil dan Efry naik kereta lain dan aku sempat lambai tangan je masa kereta mereka lalu. Ok tak pe. Next time kalau Yuna buat konsert, aku akan cari The Palauans ni untuk bergambar bersama.

Dura, Adam, Shafiq and me
Aku cuba cari maklumat tentang Shafiq tapi encik Google tak dapat bantu. Totally zero. Shafiq takde Facebook, Twitter, Instagram mahu pun Keek. I wonder why. Kenapa Shafiq? Kenapa?? Hehe. Walaupun kawan-kawan awak panggil awak feminin, saya tetap suka awak. Eh? Ni cerita pasal Yuna ke Shafiq ni? HAHAHAHAHAHA.

Shafiq and me *woot woot*
Ok overall, berbaloi sangat aku datang dari JB ke KL untuk ke konsert ni. Semoga Yuna terus sukses dalam bidang nyanyian ni. Dua hari lepas konsert, aku terus beli CD Yuna. Terukir di bintang. Sebelum ni dah ada EP Yuna dan album Decorate. Support Yuna! Yayy! Ni aku tengah minta tolong cousin aku kat Singapore belikan CD Yuna yang lagi satu tu. Album tu tak jual kat Malaysia. Album baru Yuna 'Nocturnal' akan keluar bulan Oktober nanti rasanya. Aku happy sebab dapat beli merchandise Yuna. Ada baju, beg, autograph dan guitar pick. Walaupun dah 5 hari berlalu, positive energy Yuna masih ada lagi pada aku. Inspired and energetic.Yuna, keep making music! I love you!

Favourite things

Yuna's Album which I bought 2 days ago

Photos of You

in Istana Budaya

3 comments:

joyah sepot said...

baju awak awesome~~

adakah said...

terharu aku baca artikel ko yang nie..sngt suport local artis..

nuyuljana said...

joyah - terima kasih! :D

adakah - yep. artis Malaysia berkualiti juga. =)