Aku baru perasan satu perkara. Aku sudah berblogging 4 tahun. Woo hoo! Dengan 6 blog yang aktif, tetapi satu je yang public. Tapi sepanjang 4 tahun menulis, rasanya tak banyak entri berbentuk ilmiah. Rasanya blog aku ni kalau tengok pada blog traffic, ramai pembaca membaca entri "Cara Masuk ke Singapura", "Bio Oil" dan "Patah Seribu Chord". Kalau followers yang rajin follow entri aku boleh dikira dengan jari. Haha. Terima kasih la ye sebab rajin singgah blog aku walaupun blog aku ni ada virus. Siapa boleh tolong buangkan virus ni? Aku tak sempat la nak cari solution. Haih.
Anyway, aku sangat excited sebab beli kasut sukan baru. Last time aku beli kasut sukan masa zaman sekolah. Tingkatan 5. Brand Nike. Fuhhhh! Lama tu. 8 tahun yang lalu. Kenapa aku beli kasut sukan baru? Sebab hari Isnin akan datang ada aktiviti aerobik. Hehehe. Aku akan cuba tunaikan azam aku 8 tahun lepas. Nak kurus! Nak kurus! Nak kurus tapi tak konsisten! Camner?
2 comments:
aerobik kt mne jana?nk join gak...huhuhu
aku aerobik kt ofis. Aktiviti jabatan aku. kalau nak aerobik sama2 jom la ;)
Post a Comment