Tuesday, December 18, 2012

Thank You

Dalam purse ada RM13 je. Minyak kereta dah tinggal 1 bar. Tuang minyak RM10. Baki dalam purse dah  tinggal RM3. Pernah alami situasi kesengkekan yang sebegini rupa? Ok it happens to me right now since bulan lepas gaji awal gila. Gap gaji bulan 10 dengan 11 cuma lebih kurang 2 minggu. Memang seronok la kan banyak duit. Entah apa yang aku beli bulan lepas pun aku dah lupa. Aku cuma ingat beli handphone je. Yang lain, serius aku dah lupa. Syukur lah esok dah gaji. Yayy! *lega*

Tadi lepak makan dengan besties. Lokasi yang dipilih, KFC. Tahun ni memang KFC adalah lokasi celebrate birthday aku. HAHA. Ok fine. Aku tak kisah sebenarnya. As long as I'm with my beloved ones, anything will do. All is well. Thanks a lot for the cake. Tahun ni semua besties aku dirai dengan kek secret recipe. Alhamdulillah. Masing-masing dah kerja. Dah mampu. Kalau dulu zaman belajar, mana ada duit ye dak?

Thank you very much kepada Ecah, Tma, Anum, Adah, Ajiem, Ijam kerana sambut hari lahir aku yang ke-25. Rasa umur dah meningkat, malu sebenarnya nak potong kek depan khayalak ramai. HAHAHA. Maybe I should cherish this moment because I'll never know what lies ahead. Thank you so much! Syukran!

Besties!
Ni masa sambut hari lahir aku bersama officemate on my birthday. Lokasi kat KFC jugak. hehe. Thank you Kak Azie, Sharina, Que, Ana, Effa dan Kak Ya. Sayang korang!

Friends Forever
Dan tak lupa kepada keluarga tercinta yang buat suprise pagi-pagi masa nak pergi kerja. Terharu sangat. Terima kasih abah, mak ana, akak dan adik. Terima kasih juga kepada abang yang belanja kami sekeluarga makan Dominos Pizza. Yummy! Extravaganza, Meatasaurus and Clasiffied Chicken was soooo delicious. Sayang semuanya!

From my precious family
Aku sangat terharu sebab masa nak pergi kerja, mak angkat aku yang sambut aku masa aku dilahirkan datang rumah untuk ucap Happy Birthday. For your information, I was born at home. She was my neighbour who lived next door. She's Indian. I called her Cik Mala. Thank you Cik Mala for wishing my birthday. I'm so touched she remembered my birthday even though it was 25 years ago. She's still keep in touch with my family even though my mum had passed away.

Akhir sekali, terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang wish birthday aku. Terima kasih juga kepada yang mendoakan aku. Thanks alot for all the presents. I'm grateful to have all of you by my side. Doakan aku bertemu jodoh ya. Semoga kita semua diberkati Allah. Amin.

Wednesday, December 12, 2012

12-12-12

Syukur Alhamdulillah. Genap usia aku 25 tahun. Terima kasih Allah di atas limpahan rahmat dan rezeki yang tak putus-putus. Terima kasih kerana memberikan insan-insan yang awesome di sekelilingku. I'm thankful. Semoga kita semua diberkati Allah. Amin.


Birthday present from my brother aged 9. sweet kan? =D

Monday, December 10, 2012

Aku Dia Dan Tong Sampah

Nice movie. Gandingan hebat Siti Saleha dan Beto Kusyairy. I'm so in love with him. Berpendirian teguh dan romantik. *melting*

Monday, December 3, 2012

Batting Cage

Seriously, aku teringin sangat nak main baseball dalam cage atau batting cage ni. Kat Malaysia cuma ada kat One Utama je. Aku harap satu hari nanti, impian aku tercapai.

Scene dalam A Moment To Remember

Tahan

Hari Jumaat lepas, aku pergi Pusat Bowling untuk ambil bola bowling aku. So, aku keluar office around 5:30pm. Masa tu dah terasa nak buang air kecil tapi aku malas nak pergi tandas. Tahan punya tahan sampai dekat Pusat Bowling dah hilang rasa nak kencing. On the way nak balik rumah tiba-tiba hujan lebat selebat-lebatnya. Pakai wiper nombor 3 yang paling laju pun masih tak boleh nampak jalan kat depan. Bayangkan betapa lebatnya hujan masa tu. Bila dah hujan, confirmlah cuaca sejuk. Dengan air cond aku yang memang sejuk. Rasa nak kencing tu datang lagi. Kali ni aku memang tak boleh nak berhenti kat mana-mana sebab jalan jammed! Ciss! Dugaan apakah ini? Sampai satu part aku terpaksa tahan nafas dan berharap aku boleh tahan. Dah nak sampai rumah dah ni. Sabar!! Memang sampai rumah je terus sambar tandas. Seriously, menahan kencing adalah amalan yang tidak baik. Boleh jadi salah satu faktor batu karang. Dan ari-ari aku sakit lepas tu. Bayangkan tahan kencing sampai 2 jam. *pengsan*

Sunday, December 2, 2012

Istanbul Aku Datang

Dah tengok Istanbul Aku Datang? Aku dah tengok 2 kali. Aku suka cerita ni. Tak nak cerita detail nanti korang tengok dah tak syok. Scene yang aku paling suka masa Harris (Beto Kusyairy) cuci rambut Dian (Lisa Surihani). Sedih. It's weird when a stranger suddenly wash your hair while you are in misery. But I think he's cool. Dalam cerita ni ada Tomok dan Aizat Amdan. Aku mula minat lakonan Beto Kusyairi masa dia berlakon cerita Pelangi Kasih kat tv3. He's a good actor. Hensem. Dah kahwin. *kecewa* Apapun, keep up the good work!

Hello Dear!

Aku sedang suka dengan seseorang. Pertama kali bersua pada tahun 2010. Ada bengkel masa tu. He's one of my 'love at first sight' list. Haha. By that time, aku cuma tahu nama dia je. And I kept the feeling to myself. A few weeks ago, I met him again. I can't deny about the feeling. Still the same. Aku rasa malu bila sesekali bertentang mata dengan dia. Memang berdebar weyh. Aku tak boleh tengok mata dia. Jantung ni berdegup laju je. Cis. Apa punya perasaan la ni. Nervous kot.

Semalam aku buat kerja gila. Aku tegur dia kat Whatsapp. I'm really glad he replied. Gembira tak terkata. Since dia takde nombor aku, aku telah buat confession about my feeling. Haha. Gila. First time aku confess pada lelaki. Tapi dia masih belum tahu siapa aku. Aku tahu dia masih tertanya-tanya siapakah aku. He asked me to add him in Facebook. Gila apa. Aku tak ready. Haha. Just let it be. I'm not ready yet. But I really like him. Not much I know about him. Yang pasti dia masih bujang. Last night I slept with a very big smile.

Adakah dia untukku? I don't have the answer. Only Allah knows it. =)

This song is for you, Mr. R !

Monday, November 12, 2012

Separuh Aku

Aku sedang suka lagu ini.


nota : tadi Abah jatuh motor. Terlanggar lubang besar. Terpelanting juga. Harap takde yang serius. Luka dan lebam di kaki, tangan. Semoga Abah cepat sembuh. Doakan kesihatan Abah aku.

Sunday, November 11, 2012

Got Engaged and Married

Aku texted Mr. ERL untuk confirmation majlis pertunangan dia. It was true. I'm glad he moves a step ahead with his loved ones. Begitu indah perancangan Tuhan. Aku tak tahu macam mana aku boleh tergerak hati nak cari dia di Facebook semalam. Memang sah dia dah deactivate. Dah tak bersosial katanya. Haha. It was a miracle bila aku cari dia di hari pertunangan dia. Aku harap berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Tadi pergi majlis perkahwinan kakak arwah Hafiz. Alhamdulillah selesai sudah. Terharu bila mak arwah Hafiz peluk dan mendoakan aku bertemu jodoh. Amin. Amin. Amin. Terima kasih Makcik kerana mendoakan saya.

nota : Lagu Pelangi Senja tercalon dalam top6 muzik-muzik final. Nice song!

Kebetulan

Seronok dapat chat dengan best friend aku kat facebook. Rasa macam dah lama tak borak dengan dia. Lama sangat. Since dia dah kahwin. I'm glad we had a deeper conversation. Aku rindu dia. Banyak sangat kenangan dengan dia. Dalam keseronokan berborak tiba-tiba tersebut nama arwah Hafiz. Aku rindu arwah. Esok akak arwah melangsungkan majlis persandingan. Walaupun arwah dah takde, hubungan baik dengan keluarganya masih terjalin. Sekali kawan, selamanya kawan. Sebak bila terbaca kenangan aku dengan dia dalam mesej di facebook. Rahsia kita berdua tinggal kenangan. Walaupun kenangan itu kau kata 50 tahun pun tak boleh lupa, setahun selepas itu, kau pergi jua. Inilah takdir yang telah ditentukan Allah.

Tiba-tiba aku teringat seseorang. Aku search nama dia di facebook. Tiada. Sudah deactivate rupanya. Sejak bila aku tak tahu. No wonder dah lama tak nampak dia update status. Aku cari di google terjumpa gambar kekasihnya. Kebetulan dia dan kekasihnya bertunang semalam. 10 November 2012. Tahniah ERL dan tunang. I've been missing you alot. Take care and I hope you'll be happy ever after. Kebetulan sungguh aku teringat dia di hari pertunangannya yang tidak aku ketahui. What a coincident.

Wednesday, November 7, 2012

I Never Told You

Nothing much I could do to make it better. I just miss everything about you.

Monday, October 29, 2012

Selamat!

Tarikh : 26 Oktober 2012 (Jumaat)

Hari tersebut adalah cuti umum. Cuti sempena Hari Raya Aidiladha. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada yang beragama Islam. Hari itu aku beraya di Singapura bersama keluarga. Pertama kali aku drive di Singapura bersama si putih. Seronok sebab aku dah drive kat Singapura. Yayy. Bila dah drive kereta sendiri baru lah nak hafal jalan. Kalau dulu jadi penumpang memang tak pernah ambil port pasal jalan. Belok kanan ke belok kiri ke asalkan sampai ke destinasi. Now, I'm different. I must remember the way. Otherwise, I'll be lost. Haha.

Hari tersebut juga kawan baik aku bertunang. Alhamdulillah dah selamat semuanya. Maafkan aku sebab tak dapat hadir pada majlis pertunangan kau. Semoga berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Dah jadi tunangan orang

Selamat Bertunang Amir Hamzah & Siti Farahana
26 Oktober 2012
I'm happy for both of you! =)

Wednesday, October 24, 2012

Oh Jari

Pertama kali dalam hidup, jari aku tersepit pada pintu kereta. Jari kelingking pulak tu yang tersepit. On the spot rasa pitam dan tak boleh nak fikir sebab rasa kesakitan yang burst directly ke otak. It hurts. Serious.

Terima kasih pintu kerana mengingatkan aku tentang nikmat Allah. Sihat sebelum sakit.

Wednesday, October 17, 2012

Awake

Pusing kiri. Pusing kanan. Pusing kiri. Pusing kanan.

Dah sejam cuba lelapkan mata.

Kenapa tak nak tidur ni?

"Woi Jana, besok pagi kerja. Tidur lah!"
"Mata tak nak lelap la."
"Ok pergi main Bejeweled Twist. Nanti dah ngantuk tidur eh?"
"Ok."
"Jangan lupa niat puasa sunat."
"Baik lah."

Sesi bermonolog Jana dengan hati tamat.

Dugaan

Bila orang yang aku sayang diberi dugaan yang hebat, aku tak mampu nak menyekat air mata. Aku cuba memberi semangat yang termampu biarpun aku tak mampu menahan sebak saat kamu berkongsi apa yang kamu rasa. Aku tak boleh tidur. Asyik terfikir kamu. Aku harap dugaan yang kamu terima dapat menghapuskan dosa-dosa lalu. Walau apa yang orang kata, aku tetap sayang kamu. Aku telah kenal kamu sepanjang suku abad bernafas di bumi Allah ini. Kamu orang yang aku sayang selepas kedua ibu bapaku. Ya Allah, aku bermohon padaMu agar kau permudahkan segala urusan beliau. Semoga kau beri kebahagiaan dan kegembiraan kepada beliau agar beliau dapat menghabiskan sisa hidup di dunia ini dengan tenang. Walaupun aku tidak lahir dari rahim beliau, kasih dan sayang aku pada beliau tak pernah berubah. Semoga segalanya dipermudahkan. Aku tidak mahu air mata menitis dari matanya lagi. Jika kamu berada di sisi, pasti aku peluk erat meredakan perasaan kamu itu. Allahu Rabbi, permudahkan jalan hidup keluargaku, beliau dan orang yang aku sayang. Amin.

Setiap manusia diduga olehNya dengan dugaan yang berbeza-beza. Hanya Allah yang maha mengetahui sejauh mana kekuatan kita menempuhnya.

nota : Sayangilah ibu anda.

Sunday, October 14, 2012

Tanah

Perbualan sang isteri dengan sang suami yang ingin memiliki tanah untuk dijadikan aset mereka.

Isteri : "Abang, sayang rasa nak beli tanah la."
Suami : "Boleh. Sayang nak berapa lori? 1 lori? 2 lori?
Isteri : *mengetap bibir menahan marah dan gelak pada masa yang sama*

Suami oh suami.

Saturday, October 13, 2012

Tips Pemandu Baru

Aku baru beli kereta 3 bulan lepas, so, aku nak share tips buat pemandu baru di luar sana.

  • Kalau beli kereta baru, make sure ambil insurans windscreen. Mesti ambil ok. Sebab malang tidak berbau. Lepas seminggu aku pakai kereta, cermin depan kereta aku retak kena batu. So, you should have windscreen insurance. Kalau beli dengan dealer kereta, kena bagitahu dia. Kalau tak, dia tak ambil pun insurans kereta. Kereta aku takde ambil insurans windscreen. So, kalau nak tukar cermin depan tak boleh claim insurans. Harga cermin depan lebih kurang RM450-RM500. *burung pusing-pusing atas kepala*
  • Kalau kereta tak boleh start, pusingkan sedikit stereng kereta. Mungkin stereng terkunci.
  • Kalau masih tak boleh start, check kotak gear. Mesti free kan gear bagi kereta manual dan letak di P bagi kereta auto. Kereta tak boleh start selagi gear tidak di P.
  • Kalau sedang bawak kereta, berhati-hati kalau sering menggunakan hand brake. Jangan lupa turunkan hand brake bila anda drive. Nanti tayar kereta bau hangit dan brake anda cepat haus. Perkara ini mungkin selalu terjadi bila anda tarik hand brake di traffic light. 
  • Jangan lupa matikan lampu bila nak matikan enjin. Kalau tak, memang habis la bateri anda.
  • Periksa air windscreen di bonet depan (hoot) (hood). Jangan sampai kering. 
  • Kalau temperature air naik, check air kat hoot hood depan jugak. Saluran yang mana, tanya lah kawan anda. Aku tak sure tapi ade lubang untuk letak air kat hoot hood tu.
  • Kalau nak isi minyak, pastikan tarik engsel yang bergambar tempat isi minyak di bahagian kanan tempat duduk pemandu. Jangan tarik engsel buka bonet belakang. Nanti anda kena tutup balik bonet belakang di khayalak ramai. HAHA.
  • Jangan suka main wiper semasa berada di simpang. Pastikan anda memberi signal bukan sibuk wipe screen setiap kali belok. Lain kereta lain signalnya. Ada yang di kanan. Ada yang di kiri. Orang lain yang memandu kereta anda selalu confuse kan. Haha.
  • Periksa angin tayar. Kalau kurang angin, sila pam di stesen minyak berdekatan. Kalau tak tahu berapa kadar angin yang perlu ditekan pada mesin pam tayar, sila rujuk sticker kadar angin pam tayar. Boleh tengok di bahagian pintu penumpang belakang sebelah kanan. Buka pintu dan lihat di bahagian badan kereta. 
  •  Jika isi minyak berseorangan, pastikan enjin kereta dimatikan dan kereta dikunci kerana khuatir semasa membayar di kaunter atau mengisi minyak, ada orang yang tidak dikenali masuk dalam kereta. Jenayah berada di mana-mana!
Semoga tips ini membantu anda semua.

************

Kawan : "Jana, kau check tak air wiper kau? Jangan sampai kering."
Jana : "Tak. Aku tak pernah isi air lagi. Aku tunggu ada sign merah keluar dekat dashboard."
Kawan : "Sign apa kat dashboard?"
Jana : "Kalau air windscreen habis takde keluar sign merah eh kat dashboard?"
Kawan : "Mana ada!"

Satu office gelak. Ok terima kasih.

Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday

Location : Pulau Sibu, Malaysia
Taken by : nuyuljana

Tweet Tweet

Terharu melihat seseorang yang aku pernah minat upload gambar kita berdua di Twitter. Aku tak perasan yang aku follow dia sebenarnya. Serius. Kebetulan ternampak tweets dia. Tiba-tiba ternampak gambar ini. Terus jadi terharu! Dia masih ingat reunion itu. Paling terharu, gambar kita berdua yang dipilih dalam tweet itu. Hehe. Suka nya! Terima kasih kamu! heeee~

Tuesday, October 9, 2012

Fall For You

Another all-time favorite song. This song is my mobile caller ringtone since 2005. I really love this song! Enjoy it ;D

Tetamu Tak Diundang Yang Comel

Hari ini dalam sejarah. Ada tupai tersesat masuk office aku. Nasib baik ramai dah balik. Ada 4 orang je dalam office tu. Kebetulan aku nak balik. Nak berjalan tu terpandang ada benda gerak-gerak dekat tingkap. Tiba-tiba dia melompat. Terjerit kecil aku. Kalau terjerit besar bunyinya macam suara jantan. Miahaha. Teanjat gigirl. Aku tak takut pun dengan tupai. Aku sangat suka. Teringin sangat nak pegang, belai manja-manja tapi sayang, tupai tu tak jinak. Ada aksi berkejar-kejaran antara aku dan dia. Comel taw bila dia dah terperangkap dalam surau mini office aku. Dia pusing-pusing cari jalan keluar. End up, dia berjaya juga keluar. I wish I could have one. A very tame one. Sukanya!

Entah kenapa hari ni aku asyik lapar je. Makan nasi, buah, sandwich, lempeyek, popiah gulung. Nak kata tak baca doa, aku dah baca. Mengungah tak berhenti.

"Woi, kau dah kenapa? Kata nak diet?" kata hati.

Pandang siling buat-buat tak dengar apa hati kata.

Monday, October 8, 2012

Just So You Know

Another all-time favorite song. Good night peeps!

Stats

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang selalu singgah di blog aku. Baca entri yang aku taip secara random. Aku tak mengharap pun ada orang nak komen. Kalau rasa nak komen, sila lah. Kalau tak nak, it's ok. 4 tahun menjadi blogger membuat aku sayangkan bahasa sendiri. Menaip bahasa Melayu menggunakan patah perkataan yang betul tanpa ada short form. Taip entri ni bukan macam taip sms atau twitter yang ada had aksara. It's unlimited. Bezanya ada orang baca dengan tak aje. Cuma aku tak berapa gemar baca blog yang tulis short form. Kadang-kadang guna short form yang gila short sampai aku tak faham. Tapi kalau nak jugak tulis short form, sila kan. Tak ada menjadi kesalahan pun. Itu hak masing-masing.

Kenapa aku tak private blog? Sebab tak ada apa yang perlu aku sembunyikan. Apa yang aku taip datang dari hati. Kalau ada yang tak boleh terima, boleh jumpa bincang. Kalau dah baca, tak payah la pulak nak hebah-hebahkan. Aku tahu di antara kawan ada juga pengkhianat tapi tak apa. Senang cerita, kalau tak nak orang baca, tak payah tulis. Kalau nak tulis jugak tapi tak nak orang baca, private kan je blog. Habis cerita. Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Sebenarnya tujuan utama aku tulis entri ini adalah untuk ucapkan terima kasih kerana baca entri aku walaupun most of it bukan berunsur ilmiah. Aku menaip based on experience. Pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa. Haha. Cliché kan? Entri aku yang paling tinggi trafficnya adalah entri chord lagu Shila Amzah - Patah Seribu. Masa tu aku buat chord tu based on video Shila Amzah dalam YouTube sebab chord lagu ni belum ada dalam search engine Google lagi dan aku teramat minat dengan lagu tu. So, I made a move. It's kind of cool bila aku berjaya translate live performance music into chords. Tapi, sekarang ni dah tak berapa nak excited sebab takde kawan yang betul-betul minat main gitar. I just played it alone at home.


Terima kasih kerana memberikan aku semangat untuk terus berblogging. To those who read my blog directly from abroad, thank you very much for spending some of your precious time reading my blog. =)

Saturday, October 6, 2012

Running Man

Aku sangat suka tengok Running Man. Salah satu variety show Korea. Currently dah episod 113 tapi aku baru tengok sampai episod 102. Mula-mula aku layan episod 84. Ada Big Bang dalam episod tu. Kebetulan, masa tu budak praktikal kat office aku pun ada yang gila korea. Kitorang share cerita korea. Aku ada copy Running episod 1 sampai 99. Episod 100 onwards kena tengok online sebab budak praktikal tu dah lama habis praktikal. Bulan 6 hari tu.

Ada apa dengan Running Man? Basicly, dia kena eliminate member untuk jadi pemenang pada setiap episod. Ada yang individual. Ada yang berkumpulan. Kerjanya memang berlari dan solve the riddle based on the hint given. Paling best setiap minggu ada pelakon, pelawak atau penyanyi korea. Since aku memang suka layan drama korea, memang suka la kan. Kalau orang yang tak pernah layan drama korea, mungkin cannot go with this variety show. Hadiah nya lumayan ok. Dapat wang tunai, emas tulen, dapat pergi oversea. Setakat ni Running Man dah pernah bersiaran di Thailand, China dan Hong Kong. And the rest dibuat di Korea.

Pada asalnya member Running Man ada 8 orang iaitu Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ha Dong Hoon (HaHa), Kang Gary, Ji Suk Jin, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo dan Song Joong Ki. Tapi akhirnya Song Joong Ki keluar sebab terikat dengan shooting drama. So, member yang tetap tinggal 7 orang.

Dari Kiri : Kwang Soo, Jong Kook, Jae Suk, Ji Hyo, Joong Ki, Suk Jin, HaHa & Gary
Setiap episod, artis yang dijemput adalah berbeza. Antara kumpulan yang pernah dijemput adalah ahli dalam kumpulan SNSD (Girl's Generation), KARA, T-Ara, 4 Minute, Miss A, 2PM, CNBlue, Super Junior dan ramai lagi.

The one who I love the most is HaHa. He's so cute, funny and gentleman. Juga digelar playboy dalam Running Man sebab bila tengok artis jemputan yang cantik, dia mesti akan cakap "Please be my last love". HAHAHA. I love you HaHa shi! Saranghaeyo!!

Ha Dong Hoon (HaHa)

Friday, October 5, 2012

Here Without You

This is my all-time favorite song. I'm melting everytime I watch this video. Awesome plucking and nice voice.


Aku harap bakal suami aku pandai main gitar. Kalau tak, aku la yang kena mainkan untuk dia. HAHA. 

Thursday, October 4, 2012

Tiger Lily

This song is playing in my playlist. The memories flashed back! The picture of your face across my mind.

Bila Kelak

Bila kelak kau menjadi milik orang lain, kita takkan jadi seakrab sekarang. Mungkin tiada lagi hang out, makan atau karok bersama. Bukan menjauhkan diri. Cuma tidak mahu menjadi orang ketiga dalam perhubungan kau. Jauh sekali menjadi punca keretakan. Tambahan pula kita berlainan jantina.  Jadi, sila lah mengerti sekiranya ia berlaku di masa akan datang. Itu pun sekiranya kau masih ingat aku. HAHA. Sila baca semula entri ini jika kau tertanya-tanya. Biarkan perkara lepas itu menjadi kenangan, kita tetap sahabat. Semoga kau dapat apa yang dicari selama ini. Aku? Masih sendiri. Sampai bila? Sampai Allah pertemukan jodoh aku. Jika tiada? Mungkin itu telah tertulis di dalam takdirku. Jangan berasa kasihan kerana Allah telah mengatur hidup kita semua sebaiknya.

 Wallahualam bi shawab.

Kasut

Lunch hour tadi aku pergi Jusco. Memang dah set dalam kepala list yang nak dibeli. Barang toiletries dan barang kereta. Semuanya dah beli. Tapi, camne boleh terbeli 2 kasut ni. Aku ulang. 2 kasut sedangkan takde pun dalam list yang nak dibeli. Haih. Kalau dah namanya perempuan, memang tak akan ikut list bulat-bulat. HAHA.

Dalam hati aku bermonolog; "Jana, hujung bulan ni kau makan kasut-kasut tu ok?"

Tapi, aku sangat gembira sebab salah satu kasut tu boria dengan best friend aku. Design dan colour sama. Saiz je berbeza. Dia saiz 42, aku saiz 41. Tapi ingin aku jelaskan, walaupun saiz kasutnya 42, orang nya jauh jauh jauh lebih kurus dari aku. Saiz kaki dia je besar. HAHA. Tiba-tiba teringat masa zaman belajar kat universiti pun ada beli kasut sama dengan best friend. Best feeling ok. We don't remember days, we remember moments! Semoga dia akan selalu dengan aku. Oh lupa. Dia lebih tua lebih kurang 10 tahun dari aku tapi kami memang ngam.

Kita tidak dilahirkan seibu dan sebapa, tapi Allah dah tuliskan nama kamu menjadi orang yang sentiasa menenangkan jiwa ku! Mungkin ada sebab kenapa Allah belum mempertemukan jodohku. Allah telah beri orang-orang yang terbaik di sekelilingku yang mampu menceriakan hariku tanpa aku sedari. Kita bertemu dengan izinNya dan kita berpisah dengan izinNya juga. Terima kasih kerana menjadi kakak ku. Sayang kamu, Kak Suraya!

Wednesday, October 3, 2012

Memories

Tiba-tiba malam ni teringin nak dengar lagu lama-lama. Bila dengar lagu ni, aku terus rindu seseorang. Dah lama gila tak contact. I hope he's doing fine.


There are songs that hold some sort of memory for you. Melodies bring memories :)

Tuesday, October 2, 2012

True Story

Adik : Akak akak akak.
Akak : Ye.
Adik : Dulu kan, I ingat lepas sunat, dia tumbuh balik. Rupanya tak tumbuh la.
Akak : *diam sambil merenung skrin komputer menahan gelak*

nota : mentang-mentang adik aku dah ada handphone, excited gila mesej awek. Banyak betul soalan yang diajukan pada aku. Layan je la. Nama pun budak baru nak membesar. Ni apa hal nak cakap good night pun mesej bagai. Bilik sebelah-sebelah je kot! Mengada eh?

Monday, October 1, 2012

I'm Guilty

Aku rasa bersalah sangat harini. Balik rumah tadi dah nak Maghrib, aku drive kereta tak berapa nak fokus sebab lunch tadi TERmakan kambing tanpa aku sedari. Kepala aku pening dari tengahari membawa ke malam. Aku terlanggar kucing tadi. Tak sempat nak elak sebab dia lari melintas jalan dan patah balik. Seriously aku tak sempat nak elak. Cuma terdengar bunyi terlanggar sesuatu. Too obvious. Aku cuma mampu beristighfar. Ya Allah, semoga engkau ampunkan dosa aku. Semuanya ni berlaku dengan keizinanMu. Maafkan aku kucing. Aku tak pernah berniat nak jadi pembunuh. Curiosity killed the cat. I'm really sorry.

nota :  Sebenarnya ada banyak perkara yang berlaku hari ni tapi aku dah tak rasa nak bercerita. Kenapa orang yang kita sayang selalu melukakan hati kita tanpa disedari? I guess I'm too fragile. I'll be better in time.

Sunday, September 30, 2012

Give Your Heart A Break

Aku sedang suka lagu ini. Asyik repeat sampai bosan. Actually aku selalu dengar kat radio tapi tak tahu pun nama penyanyi dan tajuk lagi. Kebetulan minggu lepas, aku usha carta kat hotfm. Nampak lagu ni aku terus search kat youtube. Layan!


Adik aku baru beli handphone semalam. Excited bila menunggu 6 jam cas sebelum digunakan. Pakai handphone lebih canggih dari aku. Touch screen lagi. Aku harap dia jaga handphone tu baik-baik. Tiba-tiba aku berkenan satu handphone ni. Samsung harga RM100. Basic function je. Tapi suka sebab handphone lipat. Walaupun takde camera, aku still suka handphone tu. Sukaaa!

Wednesday, September 26, 2012

Berasap

Pagi tadi hujan. Macam biasa aku naik kereta ke office. Dah nak sampai office tiba-tiba aku perasan bonet depan kereta aku berasap. Yang bahagian depan tu bonet ke? Macam bukan. Ah lantak la. Asal korang faham apa yang aku maksudkan. On the spot perut aku kecut. Walaupun aku gemuk, perut aku masih boleh rasa kecut walaupun tak boleh nak kempiskan. Oh man. Cuak gila. Kenapa dia berasap? Adakah sebab hujan atau betul-betul berasap? Ah tak tahu la. Masa tu aku cuma boleh fikir, matikan air cond. Aku masih tertanya-tanya. Adakah ia normal? Bila benda panas jumpa air. Keluar asap. Ke camne? Ada sesiapa boleh explain tak?

Saturday, September 8, 2012

Banjir

7 September 2012

Semalam rumah aku banjir. Hujan lebat beserta angin kencang dan kilat sabung menyabung. Sebelum hujan tu, memang cuaca kat office aku dah nampak mendung, gelap dan angin bertiup kencang la jugak. Siapa sangka hujan semalam membanjiri rumah aku. Balik je rumah, adik aku terus cakap

"Akak, tingkat atas rumah kita banjir."

Sounds weird kan? Rasa nak gelak pun ada but seriously, it was true. Habis tingkat atas rumah aku penuh dengan air. Semua bilik masuk air. Satu kerja pulak aku balik kerja nak kena mop dan buang air dalam rumah. Pintu bilik aku memang tertutup. Bilik bukak je, masya Allah, air naik lebih kurang 5cm. Basah tilam aku. Bertaburan uno card yang aku selalu main dengan adik. Kebetulan, paginya aku tinggalkan satu handphone sebab bateri kong. Aku letak atas lantai. Nice. Masuk air jugak. PC pun basah kena air, hard disk, radio. Senang cerita semua yang ada atas lantai basah. Nasib baik adik aku dah simpan laptop aku elok-elok. Untuk 5 saat yang pertama, aku rasa nak pitam sebab rasa macam bermimpi. Tapi ia adalah realiti yang perlu aku hadapi.

Sejam jugak kemas rumah. Puncanya, lubang air kat beranda tersumbat. Tu yang air masuk sampai dalam rumah. Dugaan. Redha je la. Semua ini berlaku dengan izinNya. Siapa kita nak menghalangnya. Alhamdulillah kami sekeluarga menghadapi dugaan ini dengan sabar. Semoga ia tidak berulang lagi di masa hadapan.


Wednesday, September 5, 2012

Cabut Gigi Lagi

Setelah lebih 2 bulan menghidap sakit gigi, akhirnya aku cabut jua gigi geraham yang berlubang itu. Sebenarnya aku nak cabut dua bulan lalu tapi ditangguhkan dulu kerana Ramadhan hampir tiba waktu itu. Dua tiga hari ni, aku memang dah tak boleh nak tidur sebab gigi geraham ni terlalu sakit. Terpaksa kunyah panadol atau ubat tahan sakit setiap malam untuk melegakan kesakitan. Sepanjang aku mengalami masalah sakit gigi ni, aku tak nafikan waktu tidur aku terganggu selain tak dapat nak mengawal air liur. Aku harap takde yang tengah makan semasa baca entri aku ni. Takut kembang tekak je bila membayangkan air liur yang meleleh. Hahaha. Tapi serius tak tipu, memang sukar nak kawal air liur sebab gigi dah sakit. Nak dapat tidur yang berkualiti tu memang lah jarang sekali.

Tadi, aku pergi ke Klinik Gigi Taman Universiti. Aku pernah buat entri mengenai pengalaman pertama aku ke sini. Kalau nak baca, feel free untuk ke SINI. Kali ni, aku datang untuk cabut gigi geraham aku yang berlubang. Sebelum ni aku cabut dengan doktor perempuan wanita. Dr. Rozita. Tadi, masa kat kaunter, aku tanya adik kat kaunter tu, harini doktor siapa? Dia jawab Dr. Chia. Aku tanya lelaki ke perempuan. Dia jawab lelaki. Sebenarnya doktor nya ada kat kaunter tu jugak. Mana lah aku kenal kan. Aku perasan bila adik tu sebut Doktor. Haha. Senyum dalam hati je la.

Masuk je bilik doktor, aku terus baring. Kali ni aku dapat doktor gigi lelaki. Malu sebenarnya sebab dia lelaki. Aku kan pemalu. Oh lupa nak bagitahu. Nama doktor tu Dr. Chia Lee Boon. Hensem orangnya. Bila dia check gigi sempat la aku belek-belek muka dia. Hahaha. Dia check semua gigi aku. Ada satu gigi susu kat tempat gigi taring. Gigi susu tu tak patah lagi. So, gigi taring aku tumbuh kat tempat lain. Kalau nak tarik semula kena guna braces. Huhuhu. Aku dah terbayang kesakitan yang bakal dialami bila guna braces untuk gerakkan taring ke tempat yang betul. Mesti besi diikat ketat sampai boleh bawak demam. *tutup mata*

Mula-mula doktor inject ubat kebas. Bibir dengan pipi aku dah tak rasa. Dia try tekan gigi aku pakai tools dan tanya sakit ke tak. Aku kata sakit sikit. Dia inject lagi ubat kebas. Jarum injection tu sangat panjang ok. Aku tak tipu. Bila rasa nervous je, aku terus tutup mata dan membayangkan muka lelaki yang aku sayang. Ok tipu. Aku tak boleh nak fikir dah masa tu. Lepas beberapa minit, dia mula cuba cabut gigi aku. Bila dia tarik, rasa sakit. So, terpaksa tunggu beberapa minit lagi. Untuk kali keduanya, gigi aku cuba dicabut. Masa dia tarik tu, memang sakit. Aku pejam mata rapat-rapat dan mata aku dah berair sebenarnya. Bila dah goyang, dia ada guna satu tool untuk cengkam dan tarik gigi tu. Masya Allah, memang rasa jugak lah sakitnya walaupun dah inject ubat kebas.

Masa dah cabut tu, aku bukak mata dan terpandang gigi tu. Pening kejap sebab gigi tu besar. Gigi dan akarnya adalah dalam 3-4cm. Doktor terus letak ubat dan sumbat kapas. Terharu bila doktor lap pipi aku dengan kapas basah. Walaupun pipi aku kebas, tapi masih terasa kelembutan kapas yang dilap oleh doktor. Hahaha. Bila dah selesai, aku mintak gigi aku untuk dibawa pulang. Nanti aku upload gambar giginya. Terima kasih Dr. Chia. Kos cabut gigi aku harini adalah RM110. Kawan aku cakap gigi aku yang dicabut itu cantik dan tak patah. Maksudnya, Dr. Chia berjaya cabut gigi aku dalam keadaan gigi aku sempurna. Kalau tak sempurna mungkin ada gigi yang patah separuh semasa proses cabut gigi la kot?

Balik je rumah aku terus kemam ais sebab doktor suruh makan benda sejuk sahaja. Kalau makan benda panas akan menyebabkan darah lambat beku. Makan ubat dan terus tidur sampai ke petang. Lepas cabut gigi, aku terus pening dan badan panas. Amik kau. Nak cabut gigi sampai demam. Semoga tidur aku lebih lena selepas ini. Harap aku dah tak ada masalah gigi la lepas ni. Umur dah nak masuk 25 pun sakit gigi lagi. Hahaha. Dah takdir. Kena la redha.

Sunday, September 2, 2012

Sakit Gigi Datang Lagi

Terjaga dari tidur kerana sakit gigi yang teramat. Nasib baik ada painkiller. Tu pun tinggal sebiji. Seriously, aku perlu cabut gigi geraham ini. Tak boleh tahan lagi. Huwaaaaaa! T_T

Saturday, September 1, 2012

The Bride's Maid


Rindu moment indah ini. =)

Sunday, August 12, 2012

Gading dan Tanduk

Semenjak ada kereta ni, aku jarang sangat naik motor. Tadi aku pergi iftar dengan officemate kat Restoran Remaja Classic. Makanan yang disediakan banyak dan semuanya enak. Alhamdulillah. Aku naik motor sebab kat situ parking tak banyak dan kawan aku cakap dia pernah nampak cermin kereta mitsubishi kena pecah kat situ. Ok aku terus decide nak bawak motor walaupun aku tak pakai kereta mitsubishi. Seram wooo! Bila dah hampir 2 bulan bawak kereta, aku jadi kekok naik motor padahal selama 4 tahun bekerja hari-hari aku naik motor. Kalau nak diikutkan, dah 8 tahun aku naik motor. Apa kejadahnya aku berasa kekok sebentar tadi.

Sebenarnya dalam lubuk hati aku ni ada rasa bersalah kerana mengabaikan motor selepas dapat kereta. Ibarat, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Bersalah sangat sebab motor tersadai je kat rumah. Kesian motor. Maafkan aku kerana mengabaikanmu. Insya Allah nanti aku ganti tayar baru, servis tip top dan aku akan selang seli bawak motor dan kereta ke pejabat. Rasanya macam ibarat ada 2 orang suami. Nak bagi kasih sayang yang sama rata. Susahnya! Haha. Tu contoh je. Mana boleh poliandri ye dok? Hehe.

Tuesday, July 31, 2012

Sah!

31 Julai 2012 - Genap 5 tahun arwah mak pergi. Semoga Allah tempatkan mak di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Mohon agar kawan-kawan dapat sedekah Al-Fatihah buat mak aku.

Aku dapat berita gembira harini. Tadi dapat emel dari kerani jabatan. Emel Pengesahan Jawatan. Aku telah disahkan jawatan. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih Allah.

Saturday, July 28, 2012

Servis Pertama

Genap sebulan usia kereta aku hari ini. Alhamdulillah. Pagi tadi dah siap service untuk 1000km walaupun mileage nya dah mencecah 1209km. Bagi servis pertama kereta Saga Flx 1.6 SE milik aku adalah RM 182.00. Menunggu 2 jam setengah baru siap diservis. Ramai betol orang. Aku agak angin dengan orang proton tu. Masa aku dapat balik kereta tu, mileage naik 1 km je tapi kenapa minyak aku full 6 bar dah turun jadi 5 bar. Masa aku on enjin kereta,  air cond kereta aku dah terpasang di nombor 3. Sejuk gila. Kurang ajar betul. Tahu la bulan puasa. Tengah panas terik. Agak-agak la der. Aku pun tak pernah guna air cond sampai nombor 3. Bengang! 1 bar minyak tu boleh 2 hari aku ulang alik ke pejabat tahu tak? Mekanik proton tu memang kejam. Mentang-mentang la aku perempuan. Ingat aku tak berani nak mengamuk apa? Phuiii!

nota : kereta dah sebulan tapi aku takde gambar kereta aku walau sekeping pun. kesian. tunggu beli kamera baru la jawabnya =D

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Ini

Semalam, (20 Julai 2012) genap setahun sahabat aku meninggal dunia. Arwah Noor Hafiz bin Mohd Zaini. Wajah kau masih segar dalam ingatan dan insya Allah akan sentiasa di ingatan hingga akhir hayat aku. Mesej dari adiknya mengenai pemergiannya masih aku simpan di handphone. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

1 Ramadhan 1433 jatuh pada 21 Julai 2012. Alhamdulillah selesai hari pertama berpuasa. Berbuka dengan keluarga secara sederhana dan akhirnya banyak juga makanan yang terhidang sewaktu berbuka. Semuanya home made. Syukur Alhamdulillah.

Tengahari tadi aku diduga lagi. Kali ni tayar depan kereta aku bocor. Terpaksa aku guna benda alah apa entah nama nya untuk kasi kereta tinggi supaya aku boleh bukak tayar. Yeah.. Pengalaman membuka tayar kereta di bulan puasa. Berpeluh-peluh di tengah panas terik. Ada paku rupanya. Aku harap bukan khianat manusia. Aku cuba untuk tidak syak wasangka terhadap sesiapa. Redha. Alhamdulillah dapat dihadapi dengan tenang. Terima kasih kepada Abah sebab membantu aku pergi tampal tayar. Abah siap cakap

Abah : "Nasib baik bocor kat rumah, kalau kat luar, tak tahu la macam mana."
Aku : "Takpe. I mesti call Abah." *sengih*

Petang tadi, Mak Long call aku daripada Australia. Aku rindu sangat dia sebab ada mimpi dia 2 hari lepas. Alhamdulillah lega dapat dengar suara dia. Cuaca kat sana sejuk. Mak Long pula terpaksa menggunakan tongkat kerana kakinya tak berapa kuat. Semoga Allah panjangkan usia Mak Long dan keluargaku. Semoga aku dapat bertemu dengan Mak Long tahun depan. I miss her!

Puasa tahun ni aku rasa cukup sederhana. Sebab gaji bulan lepas aku habiskan 2/3 untuk bayar deposit kereta. Tapi dengan kuasa Allah, baki duit aku tu mampu menampung perbelanjaan aku bulan ni. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mencukupkan rezeki aku. Baju raya tahun ni tak beli lagi. Selalunya sebelum puasa dah tempah. Ni pasal bajet takde bulan ni, kita tunggu kalau ada rezeki lebih bulan depan. Semoga Allah permudahkan semuanya. Semoga amalan aku diterima olehNya. Semoga azam aku tahun ini tercapai. Amin.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah.

Saturday, July 14, 2012

Sugar Glide

Tadi aku pergi Pasar Karat kat bandar dengan family abang aku. First time si putih round area JB. Sebelum ni bawak pergi dan balik kerja je. Aku respect gila cara abang aku ajar aku bawak si putih. Sangat relax dan cool. Aku dapat pick up apa yang dia ajar sama macam masa dia ajar aku main gitar dulu. Jalan waktu malam memang totally berbeza kalau nak bandingkan dengan waktu siang. Aku ni rabun tapi malas pakai cermin mata. Bila drive malam, aku tak nafikan agak sukar nak tengok jalan. Silau gila bila nampak lampu. Aku just bawak berpandukan garisan putih atas jalan raya.

Jalan kat Pasar Karat sambil cuci mata. Harga barang kat sini not bad la. Boleh tawar-menawar. Aku sangat teruja dengan satu khemah ni. Dia jual sugar glide. Aku memang pernah usha sugar glide online tahun lepas. Geram sangat tengok sugar glide tu. Main lompat-lompat macam tupai. Aku minta izin kat tuan punya kedai untuk pegang. Dia letak atas tangan aku dan sugar glide tu terus lompat atas bahu. Comel gila. Bulu nya sangat lembut. Sugar glide ni memang milik tuan punya kedai. Betina katanya. Aku tanya macam mana nak bezakan jantan atau betina. Dia cakap "kalau betina ada poket kat perut dia macam kangaroo. Kalau jantan dia ada ..." belum sempat dia habiskan ayatnya aku terus tunduk dan mengangguk tanda faham. Nasib baik dia tak habiskan ayat. Aku malu nak dengar. HAHA. Harga sugar glide kat situ dijual dengan harga RM300 seekor. Dia ada jual beg letak sugar glide, makanan dia, ular pun ada. Dia cakap sugar glide dia makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Thursday, July 12, 2012

Chemistry

Pagi tadi, awak call office saya. Awak nak cakap dengan saya. Bila saya dah jawab, awak lupa nak tanya apa. Comel la awak ni. Kita berbual pung pang pung pang pasal sistem. Lepas tu, saya ada call awak semula untuk bagitahu masalah awak dah selesai. Tengahari tadi, secara tak sengaja, saya ternampak awak tengah lunch dengan kawan awak. Saya nampak awak tapi awak tengah khusyuk berbual dengan kawan awak. Akhirnya, awak nampak saya juga. Yayy! Suka bila awak nampak saya. Tapi saya tak respond apa-apa sebab saya malu dengan awak. Eh, warna baju kita sama la. Kita ada chemistry ke agak-agak awak? Saya minat kat awak since first time saya jumpa awak. Masa tu, wondering siapa la nama awak sampai saya terdengar ada orang panggil awak. Baru lah saya tahu nama awak. Ada jodoh kita jumpa lagi eh. hiks! =D

Sunday, July 8, 2012

Crack

Entri sebelum ni, aku bersyukur dan sangat gembira sebab impian aku tercapai. Alhamdulillah akhirnya aku dah ada kereta sendiri. Baru seminggu kereta keluar, cermin kereta depan aku dah crack. This is really frustrating. Lebih menyedihkan, dealer kereta aku tak amik insurans windscreen. Lebih menyedihkan lagi, crack tu bukan aku yang buat. I'm so so so miserable. Ini adalah takdir aku. Sedang cuba untuk redha dengan apa yang berlaku. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi dugaanMu ini. Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah dan tak berdaya. Lembutkan lah hatiku agar aku dapat menjadi seorang yang pemaaf. How to forgive and forget?

*Sedang memujuk hati. Kereta itu hanya harta sementara di dunia. Semoga aku tabah.

Thursday, June 28, 2012

Wish Granted

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Syukur yang tak terhingga aku panjatkan kepadaMu. Dengan izinNya, aku dapat memiliki apa yang aku impiankan selama ini. Setelah 8 bulan menanti, akhirnya ia menjadi milikku. Aku yakin setiap yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu aku. Jasamu dikenang.

Hello si putih! Saya belum fikir nak panggil awak apa. For the time being, let's stick with si putih. hiks! ;)

Tuesday, June 26, 2012

Kawan Baik

Elena (bukan nama sebenar) dan Alia (bukan nama sebenar) adalah kawan baik aku. Elena kawan baik aku di office manakala Alia kawan baik aku sejak sekolah menengah. Tengahari tadi seperti biasa aku lunch dengan Elena. Tiba-tiba dia bercerita pasal situasi dia di bank pagi tadi. Oh lupa nak bagitaw. Alia kerja kat bank. Kebetulan Elena pergi bank tempat Alia bekerja. Elena tak puas hati dengan layanan pekerja yang menguruskan akaunnya. Siap sebut nama penuh pekerja tu. Guess what? Dia sebut nama Alia. Takde kesempatan untuk aku bagitaw yang Alia tu adalah kawan baik aku. Mungkin cara Alia memberi penerangan tu kasar sampai Elena rasa annoying kat Alia. Situasi aku sekarang ni, atas pagar. Dua-dua kawan baik aku. End up aku putuskan, biarlah both of them tak tahu apa yang aku tahu. Kawan baik oh kawan baik.

nota : Aku tersentap dengan ayat seseorang yang under estimate aku. Who do you think you are? Cakap je pandai. Cuba la buat. Mau tak melalak kau nak siapkan sorang-sorang!

Thursday, June 21, 2012

Oh Tupai

Pagi ni aku jumpa tupai kat office. Selalunya aku jumpa tupai berlari dan melompat atas pokok waktu petang-petang. Suka tengok tupai berlari dengan riang. Hati aku akan jadi auto gembira. Serius! Lagi-lagi tengok 2 ekor tupai sedang bahagia berkejar-kejaran. Macam dalam cerita Ice Edge la pulak. Teringin sangat nak pegang dan belai tupai tu tapi tak pernah dapat.

Hari ni aku dapat pegang tupai tapi yang dah mati punya. Jumpa kat atas jalan raya. Baru mati kena langgar. Badan tupai tu masih lembut dan hangat. Bukan aku yang langgar. Sila la percaya. Aku sayang haiwan lagi-lagi yang comel macam sugar glide, tupai, kucing, beruang kolar, panda. Eh makin lama makin besar pula haiwannya. Comel kan haiwan yang berbulu lembut macam tu. Geramnya.

Tupai tu telah selamat ditanam oleh officemate aku. Alhamdulillah. Terima kasih di atas kebaikan kamu. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kamu. Berakhirnya riwayat seekor tupai. Oh my, tiba-tiba rindu kucing aku yang mati tahun lepas. I miss you Badai. =(

nota : Sejak kucing aku mati tahun lepas, aku dah tak ada haiwan kesayangan lagi sebab aku tak sanggup meratapi pemergian haiwan kesayangan.

*Mood tengah sedih tiba-tiba jadi auto happy bila dengar lagu Big Bang - Blue kat radio. Cis! Lagu ni spoil mood sedih aku. But, I really love this song. So inspiring!*

Polident Oh Polident

A : Kau sihat hari ni?

B : Alhamdulillah aku sihat. Gigi pun tak sakit. Cuma ngilu je.

A : Kalau ngilu tu kira gigi sensitif. Sila pakai sensodyne ye. Gigi kau putih la. Pakai ubat gigi apa?

B : Aku guna Fresh & White dan sedang mempertimbangkan untuk cari polident. Sebab gigi sensitif.

Owh. Lepas ni kalau gigi ngilu dan sensitif, tak payah guna sensodyne. Cuba guna polident ok?

nota : Kepada si B, jangan marah ye. HAHAHA. Lepas ni, aku mesti sengih sorang-sorang setiap kali nak gosok gigi. Polident Oh Polident!

Wednesday, June 20, 2012

Cabut Gigi

Sejak bulan lepas, aku mengalami sakit gigi. Ingatkan tak serius. Aku pergi klinik panel je. Doktor bagi ubat tahan sakit. Lepas tu dah ok. Dua tiga hari lepas tu sakit balik. Oleh sebab dah tak boleh bendung sakitnya, akhirnya aku decide nak pergi klinik gigi. Banyak juga klinik gigi yang kawan-kawan aku suggestkan tapi aku memilih klinik gigi taman universiti. Doktornya baik. Budak kaunter nya pun peramah. Sangat ok la.

Bila doktor check, dia bagitaw gigi aku dah berlubang besar. Solution ada dua je sama ada cabut atau rawatan akar. Bila aku tanya berapa kos rawatan akar, dia bagitaw RM1,500. Aku terus telan air liur dan decide nak cabut je. Tapi dia tak boleh nak cabut sebab gigi aku tengah sakit. So, dia check semua gigi aku sambil sebut nombor-nombor. Aku syak tu nombor kedudukan gigi. Pastu doktor cakap aku ada banyak gigi susu. Kenapa tak cabut? Errr. entah. Jumpa doktor gigi pun baru 2 kali sepanjang 7 tahun yang lepas. Hahaha.

Oleh sebab gigi geraham yang nak cabut tu sakit, dia tak nak cabut. Dia kata nanti aku tak boleh tahan sebab sakit. So, dia tanya nak cabut tak gigi susu. Aku fikir jap dan setuju. Cabut 2 gigi susu terus. Dia tanya nak cuci gigi tak? Dia kata gigi aku banyak karang gigi. Tu lain kali lah doktor.

Masa nak bayar kat kaunter, aku tanya kat budak kaunter yang cun, 
"kalau nak cabut dan cuci gigi hari yang sama boleh ke?"
Dia jawab "cabut dengan cuci gigi tak boleh harga sama"

Aku gelak dan soal lagi sekali. Mungkin dia tak dengar dengan jelas sebab aku tengah gigit kapas. End up, dua-dua gelak. Hari ni dapat MC sebab cabut gigi. Sekarang ni aku rasa lelangit aku ada 2 lubang. Rasa kosong, kosong. Ceh, ternyanyi lagu Najwa Latif la pulak.

So far yang aku sempat tanya, harga cabut gigi susu, RM40 sebatang. Cabut gigi geraham RM90. Cuci gigi RM90. Kepada staf UTM yang baca blog aku, jom la cuci gigi. Kan UTM bagi rawatan gigi RM500 setiap tahun. Bayar dulu claim kemudian. Lepas ni aku nak plan cuci gigi setiap 3 bulan. Jom jaga gigi. Gigi sihat, saya suka. Mak aih, macam tagline la pulak. Hehe. Tapi awas, jangan gosok gigi pakai polident ye kawan-kawan. Tu untuk gigi palsu je. Ok? HAHA.

Kalau berminat nak ke Klinik Gigi Taman Universiti, Skudai boleh call no telefon 07-5211111 untuk buat appointment. Kalau nak cari map atau usha websitenya, boleh klik SINI.

updated : Cabut Gigi Lagi

Wait Patiently

Alhamdulillah. Urusan dokumen kereta aku semua dah selesai. Sekarang tinggal tunggu stok kereta sampai. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin. Doakan yang terbaik buat aku. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu. Really appreciate it.

Hari ni aku rasa awesome sebab bos suruh balik awal. Terima kasih bos. Hati girang sambil menyanyi-nyanyi kecil atas moto. *happy*

Aku terdengar lagu korea kat hot fm tapi tak tahu penyanyi dan tajuk lagunya. Penat aku taip liriknya kat google tapi tak jumpa. Entah lirik apa yang aku taip aku pun tak tahu. Hahaha. So, aku tweet penyampai radio dan dia reply on the spot. Gila cekap. Thank you very much.

Ni lagu korea yang aku cari. Walaupun lirik lagunya aku tak faham, melodi lagu nya best. Try dengar sambil tutup mata. heeee~

Monday, June 18, 2012

Almost

Pagi-pagi aku dah bad mood. Dua kali hampir accident. Nasib baik aku sempat elak. Bengang betul! Masuk office terus aku bad mood.

Lepas tu aku ada dapat panggilan hangit dari pejabat Bendahari. Permohonan pinjaman kenderaan aku dah diluluskan. Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih Allah. Lepas 8 bulan menanti, akhirnya! So far ada satu benda lagi yang tak settle. Hope by tomorrow, aku dapat settle kan.

Tadi aku dah hand over LO kepada dealer. Dia cakap warna kereta yang aku nak tak ada stok. So, kena tunggu lagi 2 minggu. Tak pe lah. 8 bulan aku boleh tunggu, kenapa 2 minggu aku tak boleh tunggu kan? Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

Petang tadi aku main ping pong dengan officemate. Ada yang beginner. Aku main sambil gelak sampai keluar air mata sebab tak tahan tengok gelagat masing-masing. Ni main ping pong ke main badminton? Hahaha! Tiba-tiba teringat masa aku mula-mula berjinak dengan ping pong. Sama je macam kawan aku yang beginner tu. Korang memang sporting la.

Because I'm A Girl

Done watching Rooftop Prince. Habis juga akhirnya 20 episod. Kelakar ada, sedih pun ada. Overall, best! Mesti tonton.

I'm not in a good mood right now. Jom layan video ni.

Saturday, June 16, 2012

First Time

Semalam first time aku main ukulele. Interval of notes, mode, degree, resolved, tension, flat, sharp, major, minor. Ni basic yang kawan aku ajar. Apa yang paling aku tak boleh lupa, dalam interval tu, dia ada tanya aku soalan dan aku jawab E# (bunyi nya E sharp). Dia gelakkan aku. Dia kata "hah? E# susu? Mana ada E#. Hahaha" Kejam dan keji punya perangai. Aku budak baru belajar. Mana la taw tu semua. For your information, takde chord B# dan E# ye kawan-kawan. Jangan sampai kena gelak macam aku. Anyway, thanks sebab ajar aku. Really appreciate it.

Lepas tu lepak-lepak makan makanan arab. kabsa chicken. ni maksudnya ayamnya dicampur dengan nasi. Kalau mandi chicken maksudnya ayam tu diasingkan dengan nasi. Google la sendiri. Aku takde mood nak cari gambar sekarang ni. Semalam first time aku minum air barbican. Sebelum ni selalu juga dengar pasal air ni. Akhirnya dapat juga aku merasa. Perisa peach dan apple. Botolnya kaca dan penutupnya pakai ceper. Taw ceper tak? Zaman sekolah rendah dulu memang selalu main. Dan semalam aku main ceper lepas 12 tahun tak pernah main! Gila awesome ok malam tadi. Talk about lot of things. Rasa relieve sangat lepas penat bekerja. Hilang semua stress.

Satu perkara yang anda perlu taw tentang aku. Aku paling tak suka dipaksa. Tak kisah la dipaksa dari segi apa pun. Baik keluarga, kawan atau sesiapa. Lagi-lagi kena paksa buat benda yang aku tak suka. Aku boleh jadi rebel dan anda boleh lihat the other side of me. The bad one. I can be a good friend and I could be very MEAN. So, jangan sampai aku jadi yang MEAN punya version sebab aku boleh jadi sangat outspoken and speak frankly. I bet you won't like it. Penat taw nak jaga hati semua orang. Kadang-kadang kita terpaksa berdepan dengan orang yang kita tak suka. Bila itu berlaku, aku cuma motivate diri aku supaya belajar untuk sukakan dia. Bagi aku, tak kan takde sekelumit kebaikan langsung yang ada dalam dirinya. Takkan nampak yang tak baik je kan dalam diri dia. So, think positive je lah. Aku prefer untuk buat sesuatu atas kehendak dan kerelaan hati aku. Dari situ datangnya ikhlas. Ye dak?

Ok lah. Kedai secret recipe pun dah bukak. Nak pergi beli kek untuk kakak aku. Hari ni hari lahirnya. Yayy! Happy birthday akak. Semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat kahwin. I nak anak saudara perempuan. Dah 3 orang hero je ni. Apa cerita? Hehe. I love you, sister!

Wednesday, June 13, 2012

What Makes You Beautiful

Nothing much to say. Just fall in love with this cover. Seriously!! *drooling* *melting*

Tuesday, June 12, 2012

Ular oh Ular

Subuh tadi aku mimpi ular. Actually aku tak ingat pun. Masa tengah iron tudung pagi tadi, tiba-tiba teringat aku ada mimpi ular. Tapi aku tak boleh recall langsung jenisnya, saiznya, warnanya atau pun jantinanya. Aku cuma ingat aku nampak ular. That's it. Ada orang tengah berkenan dengan aku lah tu. Hahaha. *perasan*

Dulu, aku pernah mimpi ular kat rumah aku. Masa tu aku tengah basuh baju. Tengah syok-syok berus baju tiba-tiba ada ular menyusur. Aku pun dengan pantasnya terus cincang ular tu sampai putus. Hahaha. Bila fikir balik, mesti senyum sendiri. Aku punya brutal sampai putus ular tu aku kerjakan. Jangan tanya mana aku dapat parang. Aku pun tak tahu. Dah nama pun mimpi. Kau sebut je semua boleh keluar. Hehe.

Hari ni aku tak kira berapa ramai yang puji aku baju kurung aku. Mereka kata aku sangat sweet bila pakai baju ni. Rasa macam nak pakai baju kurung ni hari-hari lah pulak. heeee~ =D

polka dot in pink

Monday, June 11, 2012

Somebody I Used To Know

This is really cool and totally awesome!

Wednesday, June 6, 2012

Siapa Yang Gila Ni?

Petang tadi akak aku ada game bola tampar kat kompleks sukan. 5 kali aku call akak aku tak berangkat. Kali ke-6 baru diangkat.

Aku : "Hello akak, you dah habis main game?"
Akak : "Dah. Baru habis."
Aku : "You lama lagi ke?"
Akak : "Hmm.. lagi 10 minit. I nak bincang dengan group jap."
Aku : "Ok. I kat padang petanque ni. I tunggu you kat padang kawad eh."
Akak : "You gila eh? Kan you naik moto hari ni"
Aku : "Kan pagi tadi you yang hantar I pergi kerja."
Akak : "Owh ok. I yang gila."

HAHAHA. Sengih je la sebab dia dah mengaku sendiri. =P

Sunday, June 3, 2012

Arrived Safely

Mak Long dah selamat sampai di Melbourne, Australia. Syukur Alhamdulillah. Last time aku contact dia pada Khamis lepas. Flight hari Jumaat. Tadi baru dapat contact anak beliau yang berada di sana melalui Skype. Thank you Skype. Now I can keep in touch with her through Skype and it's free. Beliau akan berada di sana selama 3 bulan dan mungkin juga setahun jika visanya diluluskan. I'm gonna miss her so much. Every year mesti balik Singapura raya kat rumah Mak Long. This year, it will be different without her because she will celebrate Eid in Australia. I'm gonna miss her rendang. I'm very close to her since I was born. Aku dibesarkan dalam jagaan keluarga aku dan juga Mak Long. I love my family and her as well. Aku doakan Mak Long sihat, panjang umur dan selamat pulang ke Singapura nanti. Semoga Allah permudahkan segala urusan Mak Long dan memberikan kebahagiaan kepadanya. I love you Mak Long!

Mak Long, my cousins and I



Saturday, June 2, 2012

Welcome Back

Tadi abang aku baru balik dari Jepun. Straight away from Japan-Singapore-JB. Dua minggu kat Jepun makin bulat perutnya. Hehehe. Sempat aku masak untuk abang aku sambil borak-borak. Dia belikan aku coklat. Kat sana everything is very expensive. Lunch je dah RM25. Aku baru nak pau duit kertas Jepun. Yang tinggal cuma 10000 yen  (RM380)  dan 1000 yen (RM38). Tak jadi pau sebab besar sangat duitnya. Aku memang suka simpan duit mata wang asing. Buat koleksi.

Actually aku tak sabar tunggu abang aku balik. Sebab aku baru belikan dia wallet baru. Hari tu aku ternampak wallet dia dah koyak. Sedih pulak. Terus grab satu masa jalan-jalan kat JPO semalam. Dia sangat terharu masa aku kasi wallet tu. Aku cakap as a present for his birthday. Cara dia berterima kasih tu aku dah taw dia terharu. Kalau boleh macam nak peluk aku. Ok tipu. Haha. Selamat pulang abangku. Kesian anak-anak dia demam masa papa dia takde. Sob sob sob.

Thursday, May 31, 2012

Wish

I'm having an awesome day. This whole day really make me smile. Boleh tak setiap hari seronok macam harini? Aku masih mengejar impian. Perlukan sedikit lagi kesabaran untuk merealisasikannya. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

Currently I'm addicted to Suria FM. Sejak bila aku layan Suria FM? Sejak semalam. Layan segmen Suria Cinta dari jam 11 malam hingga 2 pagi. Semalam aku tertidur dengan radio dan lampu masih terpasang. Sedar pukul 3 pagi. Cis! Lagu jiwang punya pasal.

Aku baru habis layan cerita korea, Save the last dance for me. Habis dah 20 episod. Jalan cerita sangat best dan menarik. "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan."

Monday, May 21, 2012

What I'm Thinking

Dua hari tanpa internet membuatkan aku mati kutu. Baru uninstall software yang menyemak dalam lappy, terus broadband aku buat hal tak boleh connect. Nasib baik ada cerita korea. Habis juga aku layan 16 episod. Flower Boy Ramyun Shop. Dua tiga hari ni, mood aku tak stabil. Entah kenapa aku risau tentang sesuatu. Tak pasti sama ada ia akan menjadi kenyataan atau impian sahaja. Kenapa minda aku melayang-layang ni?

Hati : "Tak payah nak melayang sangat boleh tak Jana? Kerja kau tu melambak kat pejabat. Fokus! Fokus!"
Aku : "Baik lah"

Kadang-kadang, hati ni memang pandai memujuk diri sendiri.

Monday, May 14, 2012

She's Married

Kawan rapat aku sah menjadi seorang isteri dengan sekali lafaz pada 12 Mei 2012 jam 5:45 petang. Tahniah diucapkan kepada Puan Effa Nina dan Encik Farhan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat dan diberkati Allah. I'm happy for both of you. Alhamdulillah.



Skodeng

Jana, Azie, Bestman, Awin, Ecah & Sab

I'm very happy to be one of her maid of honour. Thank you for the memories. =)

Thursday, May 10, 2012

Packed

Busy nya aku bulan ni. Weekend ni officemate yang aku rapat kahwin. I'm really happy for you. Masa teman dia edarkan kad jemputan, ramai pulak tanya aku bila nak kahwin. Haha. Takde jawapan untuk soalan tu. Insya Allah, kalau ada jodoh ada lah.

Next week dah start sukan antara jabatan. Seronok sebab ramai staf akan terlibat. Ada yang jadi atlet dan ada yang jadi tukang sorak. Suka! Suka! Lepas tu aku ada kursus kat Mersing. Lepas tu bestfriend aku kahwin. Fuhhh. Banyak betul kawan den kahwin. Tahniah Effa & Paan. Tahniah juga Ayu & Salam.

Monday, April 30, 2012

Gigi Oh Gigi

Makan banyak sangat aiskrim dan yogurt boleh membuatkan gigi anda aku sakit. Semalam aku makan snogurt. Balik kerja tadi, aku makan snogurt lagi. Balik rumah, aku makan wall's mocha crumble pulak. Sekarang ni, sakit gigi. Tak boleh tahan. Sakit sangat. Berdenyut-deyut. Dah gosok gigi pun tak hilang sakitnya. Yang indah hanyalah sementara. Ceh. "Lain kali makan tu beringat ye!" kata Jana kepada dirinya sendiri sambil melihat cermin.

Kat Snogurt Setia Tropika


nota : tadi dinner sama-sama dengan keluarga. rasa seronok sangat bergurau senda semeja. Thank you Allah for the bliss and bless =)

Sunday, April 29, 2012

I Can't Draw, So I Sing

Bila aku rasa down, aku akan main lagu ni. Lagu ni sangat inspiring me! I'm feeling down. That's why I recorded this video. Kawan aku cakap kita jangan berharap orang akan faham diri kita. Jangan berharap langsung. Jangan bergantung dengan orang. Kerana bila kita hilang tempat bergantung, kita akan jadi seperti kucing kehilangan anak. Maka dengan ini, aku rasa lebih selesa untuk pendam sendiri. Bila kita percaya kan seseorang, sejauh mana rahsia kita akan disimpan? Wallahualam. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tapi bagi aku, selagi ada sekelumit kepercayaan dalam diri anda untuk aku, itu sudah memadai kerana rahsia peribadi anda aku simpan kemas-kemas dalam hati. As what I've said before, I'll keep my promise. And I hope you did the same thing as well. I've learn new things day by day. Never trust people 100% because one day they will back stab you for their personal interests. But still, I have few people who I trust three quarter of a full glass.




nota : aku sedang fanatik main game 'Draw My Thing' kat Facebook. Gila la. Semalam tidur pukul 5:00 pagi semata-mata main game tu. Hahaha. Nasib baik hari ni cuti. Fuuuhhh! Salah seorang player game cakap "You're Terrible" kepada aku. For sure la. Aku mana pandai lukis. LOL!!

Retreat Yourself

Kawan aku pernah kata, lelaki ni fitrah nya adalah gigih mengumpul dan menyimpan wang manakala wanita pula berbelanja sampai lebam. Shopping tu adalah perkara normal bagi seorang wanita kerana wanita dikurniakan 9 nafsu 1 akal berbeza dengan lelaki yang mempunyai 9 akal 1 nafsu. Jumaat lepas, aku  pergi butik Ariani dengan kawan-kawan. Tak tahu pun ada mega sale sampai 30 April 2012. Gila sesak kat dalam tu. Lokasinya di Taman Tampoi Indah. Muka aku macam nak nangis bila tak jumpa kawan-kawan aku dalam butik tu. Standard la. Muka aku memang pesen macam tu kalau kawan-kawan hilang. Nasib baik aku tak pergi kaunter dan cakap "Perhatian, kawan-kawan hilang. Tolong carikan." Hehe.

Dan akhirnya, aku telah menyambar 3 tudung Ariani. Telan air liur juga la nak bayar. Siap cakap kat kawan aku "Hujung bulan ni, saya makan tudung" Haha. Tak pe lah. Bila lagi nak manjakan diri dengan barang yang baik dan berkualiti. Materialnya memang high quality la. Insya Allah boleh tahan lama kalau dry cleaning. Telan air liur lagi. Kejadah nya nak dry cleaning. Cuci pakai tangan sudah. Aku bukan orang kaya. Silap hari bulan, tudung aku ada orang tolong simpankan kat rumah dia kalau aku jemur kat luar rumah. Cis. Tiba-tiba rasa sedih. Ada orang terambil tudung aku masa kenduri hari tu. Aku syak dia tak sengaja terambil. Aku sayang bukan sebab tudungnya tapi sebab brooch yang ada kat tudung tu. Dah la hadiah hari lahir. Sedih. 14 kali aku minta mak tiri aku carikan. Sayang wooo. Sob sob sob. *Kemurungan jap*

Oleh sebab aku tengah rajin nak kemas semua tudung kat rumah, aku snap gambar koleksi tudung-tudung aku. Ni belum masuk yang tengah cuci. Tadaaa!

Koleksi Tudung & Shawl
First time beli tudung Ariani
Tudung Ariani Aku. Weee~


On the way nak balik ke office, tiba-tiba aku macam baru tersedar sesuatu. Sejak bila aku layan tudung Ariani ni? Dari dulu aku memang dah ada mindset, "tak mampu nak beli tudung mahal". Brand Ariani, Fareeda, Pearl Haya, Munawarah dan banyak lagi. Beratus ringgit kot sehelai. Tapi Alhamdulillah. Dapat juga merasa akhirnya. Berkat usaha dan kegigihan. Cewah. Ayat tak boleh blah. Geli mat! Haha.

It Went Well

Balik dari bercuti, aku tak sempat berehat sebab hari seterusnya ada buat majlis kenduri arwah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Aku cuma jemput rakan-rakan terdekat je. Terima kasih kerana sudi hadir.

Geng yang aku rapat di office

Yang kanan sekali tu nama dia Anas. Boyfriend aku. Hehe.

Monday, April 23, 2012

Selamat Hari Lahir Adik

Saat entri ni dipublish, aku sedang dalam perjalanan ke destinasi yang dituju. Saje je aku auto publish pagi ni sebab hari ni hari lahir adik aku. Selamat Hari Lahir ke-9 Firdaus. Semoga panjang umur, murah  rezeki, dengar cakap keluarga dan tak nakal-nakal. Semoga berjaya dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan keluarga satu hari nanti. Insya Allah. Hadiah akak dah bagi in advance.

Semalam bila dia dapat tahu aku nak pergi bercuti hari ni, muka dia auto sedih sambil cakap "tak dapat la nak sambut hari jadi I" dengan nada yang perlahan tapi cukup jelas aku dengar. Tak pe lah. Nanti akak balik kita sambut ramai-ramai ye.

Sunday, April 22, 2012

Off To The Island

Aku akan bercuti selama seminggu untuk merehatkan serta menyegarkan minda. Doakan aku selamat pergi dan pulang ye. I'm gonna miss my family and friends! Do miss me ok! =)


Saturday, April 21, 2012

Something New

Bulan ni aku belajar banyak benda baru. Pertama sekali, belajar mengait. Mula mengait minggu lepas. Lupa specific tarikh sebab masa tu malas nak catat kat mana-mana. Terima kasih Kak Ya sebab sudi ajar aku ilmu baru. Baru belajar buat tali air dan double crochet. Yarn over. Yada yada. Aku tak ingat. Projek pertama ni tengah nak buat kain lap mini. Entah jadi entah tidak. Tunggu. Kalau ada upload gambar tu maknanya berhasil la. Kalau senyap je, tolong buat-buat lupa ya? Haha.

Hari tu abang aku lepak duduk kat bilik aku. Surf internet sambil dengar aku main gitar. Bernyanyi-nyanyi kecil juga mengikut lirik lagu Kosong yang aku petik tu. Seronok kan? Aku suka main gitar sambil nyanyi dengan abang aku. Unplugged la konon-konon. Tiba-tiba teringat aku baru jumpa gambar-gambar lama masa kecil dulu. Baru ambil dari Singapore. Banyak juga gambar-gambar kami dan aku rasa teruja bila anak abang aku tengok sama-sama. Muka Iqbal memang mirip abang aku masa kecil. Dia tengok gambar dan dan cakap "Maksu, Maksu, Baby la" Aku gelak je. Dia tak tahu yang baby tu adalah ayah dia. Haha.

 Beberapa minggu lepas, aku ada melawat mak angkat aku selepas balik dari kerja. Kebetulan lalu dekat area rumah dia. Singgah la dengan kakak aku. Mak angkat aku ni orang India. Kawan baik arwah mak aku merangkap jiran aku masa rumah lama. Aku panggil dia Cik Mala. Dia lah orang yang menyambut aku masa aku dilahirkan. Masa tu aku dilahirkan di rumah. Last time aku jumpa dia masa arwah mak aku meninggal. Tahun 2007. Dah 5 tahun rupanya tak jumpa dia. Dia pun baru kematian suami. Aku simpati dengan dia. Apa pun, hidup perlu diteruskan.

Aku tengah baca novel berjudul Nota Cinta Buatmu hasil nukilan Norhayati Berahim. Tertarik dengan satu ayat yang diselitkan oleh beliau di muka surat 76.

"Cantik bukan ukuran lelaki boleh setia"

Menarik bukan? As what I can see, cantik itu bersifat sementara. Bila dah tua, cantik tu bukan lagi ukuran yang dipandang. Kalau masih cantik, itu sebab awet muda lah kot. Apa yang paling penting sebenarnya adalah hati. Kalau hati baik, insya Allah cantik luar dan dalam. Aku rasa aku tak nak lelaki yang hensem. Susah nak jaga. Banyak sangat orang terpikat. Biarlah sedap mata memandang. Paling penting hati mesti baik dan menerima aku seadanya. Semoga cepat aku bertemu jodoh. Amin..

Counting days for the holiday. Tak sabar rasanya. Doakan aku selamat pergi dan kembali. =)

Friday, April 20, 2012

What A Day

Aku sangat excited hari ni. Dari pagi sampai ke petang. Mood aku memang sangat baik. Pagi tadi aku pergi Program Membudayakan Al-Quran yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Jabatan aku. Alhamdulillah dapat memperbaiki cara bacaan dan mendalami ilmu tajwid. Paling best dapat dengar semua staf lelaki membaca surah Lazim. Suara lelaki hensem itu sangat sedap. Bertaranum tu. Alhamdulillah. Nampak lah cahaya keimanan dalam diri dia.

Balik dari program tu, aku singgah pejabat am untuk check pigeon hole. Menunggu parcel yang tak sampai-sampai lagi. Tiba-tiba kerani panggil aku. Bagi sesuatu. Bila aku baca, terus senyum. Alhamdulillah. Surat Tawaran Opsyen Skim Pencen. Aku masuk office. Baca dan fahami isi surat. Fotostat IC dan print penyata KWSP online. Sign apa yang patut. 10 minit. Aku kembali ke pejabat am. Fuuuhhh. Perkara baik tak bagus kalau dilengah-lengahkan. Masa nak hantar balik surat opsyen, parcel aku pun tiba di pejabat am. Yayy! Excited! Sebelum balik ke office, kerani suruh pesan pada kawan-kawan yang dapat opsyen macam aku untuk jumpa dia.

Aku terus ke office kawan aku nak bagitahu tapi dia takde. Boss dia ada la. Terus boss dia panggil aku. Berdebar pulak. Ceh. Tipu je. Boss dia sangat cool. Dia nak pass baju kurung aku yang dah siap dijahit. Yayy! Baju bridesmaid aku dah siap. Teruja nya! Dah fitting. Sukaaaaaa! Kenapa hari ini sangat best? Terima kasih Allah. This is the best feeling.

Masa rehat, officemate semua ke rumah kawan aku yang baru lepas bersalin. Kecik je anak dia. 2.4kg beratnya. Nak pegang pun takut sebab kecik. Aku bagi suggestion nama anak dia "Ammar". Tak tahu la dia nak letak nama apa sebab belum daftarkan lagi. Balik office, aku lunch KFC dengan kawan-kawan. Lepas tu, tolong tampal nama pada kad kahwin bakal pengantin. Oh my! Aku sangat teruja. Bila la aku nak kasi kad jemputan aku kat kawan-kawan pulak? *merenung siling*

Oleh sebab aku takde mood nak buat coding, aku balik rumah awal hari ni. On the way nak sampai rumah, hampir kemalangan. Ada motosikal buat u-turn sampai nak langgar aku. Bodoh betul. Nasib baik aku sempat elak ke kiri sambil tekan hon lama-lama. Geramnya! Kalau tadi tak sempat elak, tak pasal-pasal je accident. Pastu tak boleh pergi holiday. Marah ni. Arrghhh! Lepas tu aku pandang dia, dia cuma hon dan tengok aku. Aku buat muka serius sambil menjeling tajam setajam mata pedang ke arahnya. Ceh. Menyampah pun ada.

Bila fikir balik, terus dah takde mood nak menaip. Marah nya. Nasib baik tak accident tadi. Terima kasih Allah kerana melindungi aku. Alhamdulillah.

Thursday, April 19, 2012

Najwa Latif - Kosong Chord

Aku terjumpa video ni kat dalam youtube. Cover lagu Najwa Latif - Kosong. Apa yang buat aku rasa sangat kagum tentang video ini adalah cover ni dibuat oleh seorang gadis Thailand. Walaupun sebutan dia tak sefasih kita, but still she tried her best. Good try girl! Thank you for the effort to learn Bahasa Malaysia. =D



Najwa Latif - Kosong Chord

Intro: Am Dm G C E
Am
Kau melihat diriku
Dm
Seperti sesuatu
G
Yang mencabar dirimu
C E
Akal dan mindamu
Am
Kau mendustaiku
Dm
Kau bilang mereka tak tahu
G
Siapa diriku
C E
Sedangkan kau juga begitu

Am
Segala kata cacian
Dm
Yang telah engkau berikan
G
Membuatku rasa
C E
Kosong…kosong

Am
Setiap detik diperhatikan
Dm
Kau cari cara putar belitkan
G
Kau jadikan diriku
C E
Kosong…kosong

Am Dm G C E

Am
Kini aku bangkit
Dm
Membuktikan yang ku tak sakit
G C E
Dengan segala perit yang kau berikan
Am
Kini aku pantas berjalan
Dm
Bergerak ke hadapan
G
Dan akan ku buktikan
C E Am
Siapa diriku yang sebenar
Dm G
owh..owh..
C E
Kosong…kosong

Am
Segala kata cacian
Dm
Yang telah engkau berikan
G
Membuatku rasa
C E
Kosong .. kosong

Am
Setiap detik diperhatikan
Dm
Kau cari cara putar belitkan
G
Kau jadikan diriku
C E
Kosong…kosong

Am
Segala kata cacian
Dm
Yang telah engkau berikan
G
Membuatku rasa
C E
Kosong .. kosong

nota : aku copy chord dari SINI.

Wednesday, April 18, 2012

Panjang Berjela

Too many things to share but too lazy to type. Lama jugak aku menyepi. Tapi takde beza pun sebab takde orang pun yang baca blog aku. For the past two weeks, there were lots of stories to share. Banyak sangat cerita sampai aku dah lupa apa yang aku dah lalui sepanjang 14 hari mencari cinta. Secara jujurnya, aku sangat gembira sebab modul yang aku bangunkan dah launch sejak 1 April 2012 yang lalu. Alhamdulillah. Semoga aku dapat berbakti kepada negara secara amnya dan UTM khususnya. Minggu lepas genap 2 tahun aku bekerja di UTM. Syukur kerana aku masih di sini. Semua ni adalah ketentuan Allah. Mungkin inilah hikmahnya kenapa dulu aku tidak berjaya untuk menjadi jururawat. Allah memberi sesuatu yang lebih baik yang tak pernah aku sangka. Serius! Aku tak pernah terfikir aku akan menjadi seorang programmer walaupun aku nak sangat menjadi seorang cikgu suatu ketika dulu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Last week, aku ada sambut hari lahir abang aku dengan family. Seronok sangat sebab makan burger king sama-sama, berbual-bual, melayan karenah anak sedara. Aku rasa bahagia sangat. Syukur atas nikmat yang Allah beri ini. Semoga kebahagiaan ini berterusan. Aku dah makan burger king banyak sangat sampai dah tak boleh nak makan burger king. Tolong jangan ajak aku makan burger king untuk bulan ni. Cannot accept anymore!

Hari tu adik aku terhantuk kat dinding sebab berlari-lari kat lantai basah. Tiba-tiba terfikir nak tuam guna rambut. Masa aku kecik-kecik, aku pernah tengok arwah mak tuam kepala benjol guna rambut. So, aku pun cuba la. Ada kegunaan rupanya rambut panjang ni. Ok la, aku rasa tak jadi nak potong rambut. Hehe.

Aku ada melawat isteri staf yang mengalami kanser paru-paru stage 3 di HSI baru-baru ni. Masa nak pergi solat, aku turun di tingkat bawah sekali. Dah jumpa surau wanita, tiba-tiba kawan aku nak pergi tandas tapi kitorang tak tahu toilet kat mana. Then, ada seorang perempuan lalu, kawan aku tanya, "Kak, tandas kat mana?" Dia gerakkan tangan dan tidak bercakap. Tangannya menunjukkan sign "tak ada" di telinganya. Kemudian dia tunjuk sign makan sambil menunjukkan sign tangan nak masuk ke dalam mulut. Faham lah kami rupanya perempuan itu OKU. Bisu dan pekak. Aku dan kawan aku dah mati akal, camne nak tunjuk sign nak pergi toilet? Serius tak tahu. Kawan aku hampir membuat sign yang lucah. Hahaha. Tiba-tiba aku dapat idea guna sign ABC pakai jari. Aku eja la "B.I.L.I.K." terus kakak tu tunjuk sign dia dah faham tanpa tunggu aku eja A.I.R. Cis! Lambat sangat kot aku eja. Maklumlah, seumur hidup baru aplikasikan dalam kehidupan. Lepas jumpa tandas, aku berdiri kat luar je tunggu kawan aku tu. Mata melilalu pandang kiri kanan, tiba-tiba mata aku ternampak satu papan arah yang buat aku berdebar kencang. BILIK MAYAT. Sebelah toilet tu adalah bilik mayat. Takut adalah sifat semulajadi manusia. Aku memang takut. Mungkin sebab banyak sangat tengok cerita hantu. Ceh. Badan je besar, anda sambunglah sendiri. Haha.

Lepas aku berjumpa dengan perempuan OKU tu, aku terus rasa bersyukur sangat sebab dilahirkan cukup sifat. Walaupun tidak sempurna, namun sekurang-kurangnya pancaindera yang Allah berikan itu cukup. Aku rasa happy sangat sebab aku boleh berinteraksi dengan dia walaupun aku tak pernah praktikkan penggunaan sign ABC guna jari tu. Aku belajar masa sekolah rendah. Dengan siapa, aku tak ingat. Tapi, pengetahuan itu sangat indah dan berguna. Kalau nak dikira, aku dah tinggalkan sekolah rendah dah 13 tahun, how come aku boleh ingat lagi? Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah. Otak boleh proses sesuatu yang kita tak pernah jangka. Aku bukan nak bangga diri. Tidak sama sekali. Aku cuma menghargai apa yang Allah beri dan ianya berlaku secara natural dan spontan.

What else aku nak bebelkan? Hmm. last week ada buat fogging kat rumah aku. Ni fogging kedua sebab ada kes denggi lagi lepas fogging yang pertama. Kali ni, secara menyeluruh. Dia punya asap tebal sangat sampai tak boleh nampak apa-apa di sekeliling aku. Banyak sangat asap sampai aku menghadapi selesema dan batuk yang teruk. Dah seminggu ni tak baik-baik lagi. Telan air liur rasa minyak diesel. Gila ah! Dan tiba-tiba pulak aku sakit gigi sejak semalam. Mengapakah? Haih. Cannot bear the pain when it comes to the teeth la. Sakit berdenyut-denyut. Semalam aku jumpa doktor. Mintak ubat selesema, batuk, sakit gigi. Aku mintak nak check blood pressure sekali. Alhamdulillah. 128/79. It's normal. Mungkin sebab aku pergi aerobics dan banyak minum air. Lega rasanya.

Last week ada PC Fair kat Persada. Seronok sangat sebab keluar dengan kawan sekolah menengah. Dah bertahun tak jumpa. Kebetulan pergi majlis kenduri adik kepada kawan aku. Alang-alang dah keluar sama, tu yang pergi PC Fair sama-sama jugak. Aku nak sangat beli mp3 player. Dapat jua akhirnya. Sangat teruja ok! Plus, aku ada beli pendrive 16gb. Dah murah pun sekarang. Nak beli hard disk tapi kenapa aku rasa hard disk tu mahal sangat eh? Hahaha. Bukan kedekut. Aku rasa nak guna duit tu untuk benda lain. Mungkin hard disk tu satu keinginan buat masa ni bukan satu keperluan aku pun.

Fuhhh. Aku rasa entri aku kali ni gila panjang. Kira entri 14 hari longgok dalam 1 entri la ni. Haha. Letih la nak scroll macam ni. Apa pun, aku sedang melalui hari-hari yang bahagia. Kalau anda rasa tidak bahagia, carilah kebahagiaan itu dan semoga mendapat keredhaan dariNya. Amin.

Haa.. nak cerita jugak scene petang tadi. Ada staf lelaki ni tanya,

A : "Jana, bila nak dapat kad dari kau ni?"
Aku : "Kad apa?"
A : "Kad jemputan la. Si Nazren dah bagi aku. Kau bila lagi?"
Aku : "Calon pun takde lagi"
A : "Tu si B tengah tunggu kau tu"
Aku : Diam tanpa kata. Kebetulan B memang tengah duduk sebelah aku dari tadi
B : "Yelah, orang dah tak sudi"
Aku : Masih diam seribu bahasa

Actually, aku confuse. Adakah ia serius atau gurauan semata. Kalau betul-betul suka kat aku, boleh tak cakap terus terang. Aku tak tahu sebenarnya siapa yang suka kat aku. Aku assume takde orang yang suka aku sebab takde yang pernah cakap "Aku suka kat kau atau saya suka awak" Eh, macam ada. Mamat yang tolong pam tayar aku few months ago. Tapi tak nak la macam tu. Baru first time jumpa dah extreme sangat. Kita takut tau!

Last week kawan aku tiba-tiba tanya
Dia : "Kau takut tak kalau tak kahwin?"
Aku : "Takut"
Dia : "Aku pun takut. Sekarang ni dah 25 tahun. Ada 5 tahun lagi before jejak umur 30 tahun"
Aku : "Tu la."

Kalau ada jodoh, insya Allah akan dipertemukan jua satu hari nanti. Bila dan di mana? Hanya Allah sahaja yang tahu. Ok serius entri aku ni macam takde kesudahannya pulak. Hahaha. Jumpa di entri akan datang. Tak tahu la bila next entri sebab aku akan bercuti panjang. Holiday! Weeeeeee~ =D


Wednesday, April 4, 2012

Liyana Jasmay - Cinta Bersatu Chord

Bila dengar lagu ni, aku akan rasa ada satu perasaan halus yang menjalar dalam jiwa. Puitis lirik lagu ni. Sangat sweet kalau seorang isteri dedicate lagu ni kepada seorang suami.



Liyana Jasmay - Cinta Bersatu Chord

VERSE #1
G F#
Di matamu ku berharga
Bm
Kau perlakukan aku
E
Lebih dari mencintai dirimu
G F#
Di dekatmu ku merasa
Bm
Bahagianya aku
E
Dapat ruang cintamu

G F#
Hanya kamu saja
Bm A G#
Yang mampu begitu
Em F#
Tulus Mengerti aku

CHORUS
G A F#
Kau sempurna bagiku
Bm E
Tak kurang sesuatu
A
Kau terima apa adaku
G A F#
Ku sempurna bagimu
Bm E
Tak kurang sesuatu
A D
Cinta bersatu

D G Bm A

ULANG VERSE #1 &
CHORUS

G
Gayamu
F#
Sifatmu Cara mencintaiku
Bm
Yang membuatku diriku jatuh
E A
cinta padamu

G A F#
Kau sempurna bagiku
Bm E
Tak kurang sesuatu
A
Kau terima apa adaku
G A F#
Ku sempurna bagimu
Bm E
Tak kurang sesuatu
A D
Cinta bersatu 


Dari minggu lepas aku cari chord lagu ni. Baru jumpa hari ni. Aku copy chord dari SINI.  Tadi tengok Liyana Jasmay berlakon drama 3 Janji kat tv3. Episod minggu ni sangat sedih. Kawan baik dia (Shahrizal Jaszle) meninggal dunia. Dia macam meroyan. Tak boleh terima kenyataan. Sedih bila part makcik dia bagi nasihat, dia jawab

"Cakap memang senang. Cuba bayangkan orang yang paling kita sayang dan kasih dah takde. Hanya orang yang pernah mengalami je boleh faham perasaan saya"

Ok air mata aku dah berjujuran. Dada jadi auto sebak. Tak boleh nak tengok. Sedih!

Monday, April 2, 2012

Another Busy Day

Hari ini aku bertungkus lumus untuk baiki semua bugs dan error untuk modul aku. Esok pagi akan ada taklimat mengenai modul ini di Dewan Senat. Nervous sangat. Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin. Hari ini aku pakai baju kurung baru. Dari pagi sampai ke petang, mereka yang terserempak dengan aku akan memuji baju aku. Comel agaknya warna dan coraknya. Ada yang panggil aku comel, lollipop, gula kapas, entah apa lagi aku pun dah lupa. Siap ada yang cakap aku badan aku dah susut sikit. Bukan seorang, tapi tiga empat orang juga la. * dalam hati ada itu bunga sedang kembang*

Dalam hidup ni, kita boleh memilih untuk berkawan dengan sesiapa. Mendengar masalah mereka, berkongsi suka dan duka. Untuk bercakap masalah aku kepada orang lain, itu memang payah sebab aku hanya bercerita kepada mereka yang aku percaya. Bila dapat meluahkannya, aku rasa lega. Lega sangat. Terima kasih kerana sudi bersama aku di kala suka dan duka. Lucky to have them in my life. Allah knows what's the best for me and for you as well.

Ya Allah, permudahkan lah segala urusan hambamu ini. Semoga presentation esok berjalan dengan lancar. Amin. Amin. Amin.

Saturday, March 31, 2012

Takziah Wahai Sahabat

Tengahari tadi aku tiba-tiba tergerak hati nak check email office. Alangkah terkejutnya bila dapat email dari salah seorang ahli badan kebajikan jabatan mengatakan anak salah seorang staf unit aku telah kembali ke rahmatullah. Innalillah. Aku terus sebak dan menghubungi rakan seunit. Rupanya mereka dah tahu. Mungkin aku orang terakhir dalam unit yang tahu berita ni. Sentap jugak. Masing-masing dah tahu masa subuh tadi kenapa takde seorang pun yang sms aku maklumkan berita ni? Mungkin ni nampak kecil bagi mereka tapi aku berkecil hati kerana orang dari unit lain dapat sms, kenapa dia terlupa nak sms aku. Tiba-tiba rasa macam tersisih. Ye, aku memang sentap. Kecil hati woi! Nasib baik la aku tergerak hati nak check email. Terima kasih banyak-banyak kepada penghantar email tu. Kalau aku tak check email, mungkin hari Isnin nanti baru tahu.

Alhamdulillah. Lepas dapat berita tengahari tadi lebih kurang jam 12:38pm, aku terus bersiap. Sampai di wad bersalin kelas pertama, HSA jam 2:30pm. Ingatkan tak dapat nak melawat. Syukur sebab masa lawatan untuk hari Sabtu dari 12:30pm hingga 7:30pm. Dapat lah aku melawat staf dan isteri beliau. Alhamdulillah, mereka tabah dan sabar menghadapi ujian Allah. Kehilangan anak sulung amat memilukan. Tapi, semua ini adalah takdir dan kita tak dapat mengelak ajal dan maut walau sesaat. Semoga mereka redha menerima ketentuan Ilahi.

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Farhan bin Abd Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Mac 2012 jam 7:20pm di HSA. Jenazah telah disemadikan di perkuburan Mahmoodiah lebih kurang jam 12:30pm. Takziah buat Rahman dan Husna.

Pada 21 Mac 2012, anak staf jabatan aku meninggal dunia juga. Usia kandungan 7 bulan. Aku turut berdukacita. Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd. Ashraf bin Mohd. Nur. Takziah kepada Puan Sakinah dan suami.

Semoga rakan-rakanku ini tabah menerima ujian Allah. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan ahli syurga. Amin.

nota : Aku tidak marah sesiapa dalam unit aku cuma ada rasa terkilan sedikit. Apa yang aku tulis ni datang dari lubuk hati aku dan tak perlu nak dijadikan isu dalaman atau bualan hangat di meja kopi. Aku juga manusia biasa seperti kalian. Punya hati, perasaan dan emosi. Semuanya telah berlaku. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Allah lebih mengetahuinya. Wallahualam. =)

Wednesday, March 28, 2012

Online Shopping

Pernah shopping online? Aku selalu juga. Sebenarnya gila shopping online. Tak kisah la apa barang sekali pun. Kalau aku berkenan, memang akan beli online. Setakat ni alhamdulillah la, tak pernah ada masalah ditipu. Macam kes beli Samsung SII online dapat batu lesung. Seram juga dengar sebab barang tu dah beribu ringgit. Setakat barang yang aku beli ni cecah ratus je la. So, aku nak suggest website yang aku selalu beli online.

Monobo Shoes Malaysia
Aku suka beli kasut kat website ni sebab kasutnya lembut dan kaki tak melecet. So far, aku dah beli 4 pasang kasut kat sini. Selalunya aku akan beli kasut setiap bulan sebab setiap bulan mesti kasut aku akan terkopek tapaknya. Aku tak ganas cuma kasut tu yang tak boleh bertahan. Haha. Tapi semenjak beli kasut ni, aku dah lama tak beli kasut baru. Kira tahan lama la kasut ni. Boleh usha kasutnya di facebook page di SINI.

Antara kasut yang aku dah beli

Cucucamber e-Boutique
Aku suka beli baju kat website ni sebab ownernya jual baju plus size. Senang nak cari size aku dan banyak pilihan. Dah lebih 10 baju kot aku beli. Kalau berminat boleh tengok websitenya di SINI atau facebook pagenya di SINI.

Tops yang pernah aku beli
Jessabella Plus Size Stealz
Aku suka beli baju kat sini jugak. Harganya murah. Ada plus size dan normal size. So, bagi yang kurus pun boleh usha. Websitenya di SINI.

Cardigan ni cantik tapi aku tak muat. Ahh benci! =(


Maysaa
Website ni milik Hana Tajima. Aku suka usha website ni sebab fashion nya up-to-date. Cuma ada satu barang je yang aku teringin sangat nak beli tapi belum mampu.

Chiffon Scarf Snood Black
Harga nya £19.00 bersamaan dengan RM95.00. Tu belum masuk kos penghantaran. Ada sesiapa nak belikan tak? HAHA.

nota : Aku tak dapat royalty dari mana-mana company ok. Aku just nak sharing sebab sharing is caring. =)

Ok bai.