Dalam purse ada RM13 je. Minyak kereta dah tinggal 1 bar. Tuang minyak RM10. Baki dalam purse dah tinggal RM3. Pernah alami situasi kesengkekan yang sebegini rupa? Ok it happens to me right now since bulan lepas gaji awal gila. Gap gaji bulan 10 dengan 11 cuma lebih kurang 2 minggu. Memang seronok la kan banyak duit. Entah apa yang aku beli bulan lepas pun aku dah lupa. Aku cuma ingat beli handphone je. Yang lain, serius aku dah lupa. Syukur lah esok dah gaji. Yayy! *lega*
Tadi lepak makan dengan besties. Lokasi yang dipilih, KFC. Tahun ni memang KFC adalah lokasi celebrate birthday aku. HAHA. Ok fine. Aku tak kisah sebenarnya. As long as I'm with my beloved ones, anything will do. All is well. Thanks a lot for the cake. Tahun ni semua besties aku dirai dengan kek secret recipe. Alhamdulillah. Masing-masing dah kerja. Dah mampu. Kalau dulu zaman belajar, mana ada duit ye dak?
Thank you very much kepada Ecah, Tma, Anum, Adah, Ajiem, Ijam kerana sambut hari lahir aku yang ke-25. Rasa umur dah meningkat, malu sebenarnya nak potong kek depan khayalak ramai. HAHAHA. Maybe I should cherish this moment because I'll never know what lies ahead. Thank you so much! Syukran!
|
Besties! |
Ni masa sambut hari lahir aku bersama officemate on my birthday. Lokasi kat KFC jugak. hehe. Thank you Kak Azie, Sharina, Que, Ana, Effa dan Kak Ya. Sayang korang!
|
Friends Forever |
Dan tak lupa kepada keluarga tercinta yang buat suprise pagi-pagi masa nak pergi kerja. Terharu sangat. Terima kasih abah, mak ana, akak dan adik. Terima kasih juga kepada abang yang belanja kami sekeluarga makan Dominos Pizza. Yummy! Extravaganza, Meatasaurus and Clasiffied Chicken was soooo delicious. Sayang semuanya!
|
From my precious family |
Aku sangat terharu sebab masa nak pergi kerja, mak angkat aku yang sambut aku masa aku dilahirkan datang rumah untuk ucap Happy Birthday. For your information, I was born at home. She was my neighbour who lived next door. She's Indian. I called her Cik Mala. Thank you Cik Mala for wishing my birthday. I'm so touched she remembered my birthday even though it was 25 years ago. She's still keep in touch with my family even though my mum had passed away.
Akhir sekali, terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang wish birthday aku. Terima kasih juga kepada yang mendoakan aku. Thanks alot for all the presents. I'm grateful to have all of you by my side. Doakan aku bertemu jodoh ya. Semoga kita semua diberkati Allah. Amin.