- orang yang ada tabiat makan berbunyi. Tak dengar ke bunyi bising kau kunyah tak tutup mulut? Tak sopan dan sangat annoying.
- orang yang makan tangan kiri. Tangan kiri untuk cebok. Tangan kanan untuk makan. Nak kena ajar lagi ke?
- orang yang tak silent handphone semasa mesyuarat. Kau ingat kau seorang je ada handphone?
- orang yang potong queue semasa memandu. Ok yang ni aku benci gila. Kau ingat kau seorang je nak cepat?
- orang yang buang sampah ke luar tingkap semasa memandu. Tak reti tunggu balik rumah baru buang ke? Kau ingat jalan raya ni tong sampah? Takde kesedaran sivik langsung!
- orang yang tak pakai deoderen. Tolong lah pakai supaya orang lain boleh bernafas udara yang bersih. Pening tahu tak?
- orang yang suka post status masalah keluarga kat laman sosial. Keep it private boleh tak? Too much information.
Saturday, April 13, 2013
Aku Tak Suka
Aku tak suka
Friday, April 12, 2013
Wednesday, April 10, 2013
Dengan IzinNya
Dengan keizinan Allah, hari ini aku telah meluahkan apa yang telah terbuku di hati aku sejak 7 tahun yang lalu. Ia bukan perkara mudah untuk dibincangkan. Kali ini, aku yakin Allah telah membuka ruang untuk aku meluahkannya kepada orang yang sepatutnya sedar mengenainya. Ya Allah, aku tak dapat menahan sebak dan air mata setelah melafazkannya. Aku telah memohon maaf sebelum mengungkapkan ayat itu. Aku tawakal kepada Allah. Semoga apa yang aku sampaikan membuka mata dan hatinya. Sesungguhnya apa yang berlaku ini adalah dengan izin Allah. Aku meluahkan apa yang aku rasa salah dan tidak patut berlaku. Ya Allah, besar dugaanMu ini. Setelah 7 tahun terpendam, akhirnya malam ini, aku tamatkan kekecewaan dan kesedihan aku. Semoga ada jalan penyelesaiannya. Amin.
Aku telah melakukan perkara yang sepatutnya aku lakukan 7 tahun yang lepas. Tapi, mulut ini bagaikan terkunci. Malam ini, Allah telah membuka kunci itu. Aku rasa lega walaupun aku tidak pasti apa yang akan berlaku pada esok hari. Ya Allah, aku yakin dengan kekuasaanMu. Aku yakin Allah sentiasa memaafkan hambaNya. Semoga ia akan berakhir. Ya Allah, letakkan kami di jalan yang benar. Jangan Kau gelapkan hati kami Ya Allah. Perkenankan lah doa hambaMu ini Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.
Aku yakin Allah telah memilih aku untuk mengatakan ayat itu kepada kamu. Dalam hidup ini, kita perlu membuat pilihan. Semoga kita membuat pilihan yang terbaik.
Aku sangat-sangat memerlukan seseorang untuk aku luahkan tetapi aku pilih untuk luahkan kepada Allah. Kerana Allah Maha Mendengar.

Subscribe to:
Posts (Atom)