Sunday, December 18, 2016

Gegata

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku menghidapi sejenis penyakit. Orang melayu panggil gegata atau bahasa saintifiknya Urticaria. Aku mula kena gegata ni bulan Ogos 2016. Sehingga hari ini (18 Disember 2016), penyakit aku ni masih belum sembuh. Dah 4 bulan penyakit ni berlarutan. Gegata ni naik satu badan. Untuk makluman semua, aku dah 7 kali injection kat punggung. Macam-macam ubat aku dah telan sepanjang 4 bulan ni. Seumur hidup aku, ni kali pertama aku inject 7 kali dalam tempoh 4 bulan. Kesannya, aku mudah diserang selesema, batuk berkahak dan sakit tekak. Aku dapat rasa antibodi badan aku lemah sebab aku mudah sakit dan cepat letih.

Gegata a.k.a Urticaria

Aku dah jumpa doktor 9 kali sebenarnya. 2 kali tu tak kena inject sebab doktor suruh aku check darah. Hasil check darah; asid urik aku tinggi. Jadi, doktor suruh aku elakkan makanan laut dan kekacang. Yang lagi sekali tu tak inject sebab aku dirujuk ke pakar kulit Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Appoinment pertama aku dengan doktor pakar kulit adalah pada 6 Disember 2016. Doktor periksa seluruh badan aku dan klasifikasikan penyakit aku sebagai urticaria. Punca nya terlalu banyak. Mungkin sebab faktor pemakanan, persekitaran, habuk, sabun dan macam-macam lagi. Doktor ambil banyak sample darah untuk ujian tiroid, antibodi entah apa mak nenek lagi aku tak tahu. Jadi, aku akan jumpa pakar kulit untuk appoinment kedua pada 20 Disember 2016.

Hasil perjumpaan pertama, doktor bagi aku 2 ubat. Yang pertama 2 tablet ubat cacing dan 14 tablet Loratadine. Berdasarkan pemerhatian aku, gegata aku akan naik menggila bila aku makan daging dan ayam. Tapi adakalanya, aku tak makan apa-apa pun gegatanya keluar. Jadi, aku tak dapat confirmkan puncanya.

Loratadine

Albendazole a.k.a ubat cacing


Sebelum aku jumpa pakar kulit, aku dah ikhtiar macam-macam. Aku ingat aku kena gegata sebab digigit pepijat atau hama. Ternyata bukan. Aku dah pindah tempat tidur pun masih kena gegata. Aku dah cuba minum dan mandi air penawar yang dibaca oleh imam. Bila aku jumpa imam, beliau cakap gegata aku ni bukan sebab gangguan. Maksudnya takde kaitan dengan mistik la gitu. Aku dah kemas rumah, mandikan kucing aku (ada 3 ekor), tukar cadar dan sarung bantal, kerap tukar tuala, minum air kelapa, sapu bedak ular, sapu calamine lotion, mandi guna sabun daun bidara, mandi air limau purut, mandi air garam, mandi laut dan buat bekam sunnah (15 cup).

Aku jenis jarang sangat sakit. Tapi tahun ni aku banyak MC. Ada 6 MC sebab gegata. Aku redha dengan ujian Allah ni. Semoga penyakit ini dapat menghapuskan dosa-dosa aku. Mohon kalian doakan aku cepat sembuh ye. Kalau ada apa-apa soalan atau nak share pengalaman, boleh tinggalkan komen anda di ruangan komen. Jangan takut nak komen, aku tak makan orang. Aku makan nasi je. Kbaiii.

===============
UPDATE 27/12/2016
===============

Assalamualaikum. Hai. Aku baru sempat nak update blog. Aku pergi appoinment dengan pakar kulit HSA pada 20 Disember 2016. Alhamdulillah keputusan darah aku semua ok. Tiada tiroid, antibodi ok (ANA -ve), hati ok, buah pinggang ok. Doktor cakap aku takde masalah darah. Sepanjang dua minggu aku makan ubat Loratadine, gegata dah takde keluar besar-besar, bengkak dan panas. Gegata keluar dalam bentuk skala yang kecil je. Tapi masih keluar. Aku dapat dua ubat iaitu Loratadine (10mg) dan Hydroxyzine HCI (25mg). Yang Loratadine perlu makan sebiji setiap hari dan Hydroxyzine makan bila perlu sahaja. Normally aku makan Hydroxyzine kalau gegata keluar teruk waktu malam. Insya Allah next appoinment aku pada 17 Januari 2017. Nanti kalau ada masa aku update lagi.


Loratadine dan Hydroxyzine


===============
UPDATE 10/04/2017
===============

Assalamualaikum. Hai, aku nak update sedikit tentang kisah gegata yang aku alami lebih 6 bulan ni. Aku ada berjumpa dengan doktor pada 17 Januari 2017. Kali ni doktor naikkan dos dari sebiji kepada dua biji sehari dan doktor tetapkan appointment lagi 2 bulan sebab tak kritikal. Aku ada ambil baki ubat di kaunter farmasi pada 14 Februari 2017. (abah aku yang tolong ambilkan haha) Ubat yang aku dapat hanya Loratadine sahaja. Sepatutnya next appoinment aku adalah pada 14 Mac 2017 tetapi aku dah tak datang follow up lagi.

Alhamdulillah aku dah berhenti makan ubat doktor sepenuhnya pada bulan Februari 2017. Pada 19 Januari 2017 yang lalu, aku ada menghadiri sebuah program bertajuk Pemakanan Sihat Mengikut Perspektif Islam dan Sains yang disampaikan oleh Imam Ar-Razi anjuran Olive House di UTM. Setelah mendengar talk tu, aku terus start consume produk Olive House. Aku beli Pati Minyak Zaitun, Cuka Teen dan ubat gigi garam bukit dan ubat gigi cengkih. Aku jadikan amalan untuk meminum sesudu pati minyak zaitun pada waktu pagi dan cuka teen selepas makan malam. Pernah sekali tu gegata naik pada badan, aku mandi dengan air dan campuran cuka teen. Selepas mandi aku sapu kulit dengan pati minyak zaitun.

Selepas sebulan mengamalkan pemakanan sunnah ni, Alhamdulillah masalah gegata aku dah sembuh 100%. Gegata dah tiada lagi dan kulit semakin sihat dan cantik. Aku amalkan juga pati jus delima dan Kayu Manis Ceylon. Dah tiga bulan aku amalkan pemakanan sunnah ni dan aku amat bersyukur kerana produk ni serasi dengan aku.

Kepada mereka yang masih dibelenggu masalah gegata ni, mari kita ikhtiar menggunakan produk sunnah. Cuba minum minyak zaitun dan cuka teen. Buah Teen dan buah zaitun ada disebut di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah At-tin. Aku kongsikan sedikit ilmu yang disampaikan di dalam program tersebut.

7 jenis buah yang terdapat di dalam syurga;
  1. Teen
  2. Zaitun
  3. Kurma
  4. Delima
  5. Pisang
  6. Anggur
  7. Khuldi
6 dari 7 buah tu ada kat dunia. Jadi, banyakkan makan buah-buahan ini dan makanlah makanan yang berkualiti.
Wallahu 'alam bissawab. Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari kelemahan aku sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca blog aku.

Nota : Jika berminat nak beli produk Olive House boleh call atau whatsapp Puan Azleenda di 012-5533263. Cakap je dapat nombor dia dari blog aku. Jangan takut nak bertanya. Dia sangat peramah.