Friday, January 1, 2010

Entri Pertama 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat tahun baru 2010. Selamat tinggal 2009. Bagi aku, tahun 2009 memberikan impak yang besar dalam hidup aku. Perkara baik dan buruk semua ada. Memang pakej lengkap la. Tahun 2010 ni aku harap rezeki bertambah (insya Allah). Moga aku dijauhkan daripada segala macam bala dan malapetaka. Amin.

1 Januari 2000, abang aku langgar kereta jiran depan rumah sewaku reverse kereta. Kecoh besar malam tu. aku takut sebab bunyi kena sondol kuat. Abang aku pulak tak ada lesen. Nah, amik kau. Masa tu, on the way nak pergi Carefour. End up settle kat situ jugak.

1 Januari 2005, kali pertama aku kemalangan. lutut kiri dan kanan robek. Doktor nak jahit lutut tapi aku tak nak. Dapat cuti dua hari je. lutut koyak pun kena kerja. Masa tu naik scoot dengan best friend aku, Tma. Hujan lebat, jalan licin. Aku on the way nak pergi kerja kat Giant, Skudai. Masa dulu, Giant Skudai tu Extra. Dah bankrup agaknya. Sekarang, setiap hari waktu balik dari kerja, aku lalu tempat aku kemalangan tu. haha.

7 Fabruari 2008, kali kedua aku kemalangan. Kali ni dahsyat. Muka koyak, muscle dada koyak. yang lain luka-luka. scoot rosak teruk. cover set pecah, lampu pecah, brek kiri kanan patah, ignition bengkok, fork bengkok, handle bengkok. ah! aku tak boleh lupa. aku fobia. aku tak tahu macam mana mat rempit yang kemalangan sampai patah tangan, patah kaki tak serik-serik. hish!

Tension kan kalau tahun baru je kemalangan. Aku rasa macam tahun tu bad luck. tapi alhamdulillah, tahun aku kemalangan tu aku dapat tawaran belajar untuk diploma (2005) dan graduate (2008) dengan jayanya. hehe.

Malam semalam lepak-lepak dengan ex-uitm kat rumah Shu. Lepas tu tengok bunga api kat Tasik Pasir Gudang. Pagi tadi aku nak pergi kerja, jalan Skudai nak ke UTM, aku nampak ada kesan darah dan surat khabar. Ada orang kemalangan ke malam tadi? hmm.

Kenangan di rumah Shu 31 Dis 09
gambar terakhir 2009

7 comments:

Liliyuli said...

haishhhh...tahun baru jgn ada kemalangan lagi..berhati-hati la..okey?

naz said...

wah banyak bala hari pertama u haha

nuyuljana said...

lili - insya Allah babeh. ;)

naz - tu la. seram gak dengan tarikh ni!

xull said...

ko xmo sambung blaja lagi kew?

bias® said...

gambar terakhir? arwah dulu baik orang nya...

Sharif John said...

Semoga Tahun 2010 akan menjadi tahun yg bertuah

k.e.r.i. said...

accident?
seksa woh.
sakit dapat, duit habis, masa habis.