Wednesday, March 31, 2010

Pemalu

aku rasa aku dah tersuka kat seseorang la. tapi, aku tak bagitahu sesiapa pun. aku malu. aku takut dia tak ada perasaan yang sama kat aku. risiko! ah malu! ni lah masalah aku agaknya. pemalu. hahahaha. should I just let it go?

HELP.

Wednesday, March 24, 2010

Diet

Selamat tinggal NASI! program diet sedang berjalan. sila support saya. hiks! ;)

Monday, March 22, 2010

Single?

Last weekend, family aku pergi Puchong. ada jemputan kenduri kahwin sedara aku. semua pergi kecuali aku. kenapa aku tak pergi? sebab aku kerja hari sabtu tu. kalau semua pergi, siapa nak bagi arnab, kucing dan ayam makan (macam kat kampung la pulak) . hehe.

hari sabtu aku half day, so petangnya aku pergi dua jemputan kahwin. satu kawan ofis, satu lagi kawan universiti. Alhamdulillah, dah selamat pun majlis mereka. aku bahagia bila lihat orang dah kahwin sebab mereka dah jumpa jodoh masing-masing. aku je yang masih solo. kalau keluar jalan ngan member, boleh dikatakan semua member aku dah ada pasangan masing-masing. aku je yang single.

kenapa aku single? kenapa aku single? kenapa aku single?

aku pun tak tahu! aku pernah ada boyfriend dulu. itu cerita lama. bila orang tanya kenapa aku single, aku tak dapat jawab. serius. aku akan pusingkan balik soalan itu kepada yang bertanya. hahaha. aku rasa banyak lelaki baik dah jadi suami orang. aku ni dah la jenis pemalu when it comes to love. sangat pemalu dengan lelaki sebenarnya. ah! susahlah nak cakap tahap malu aku. *tutup muka*

ada satu hari tu, aku dapat tawaran UTM. happy sangat. tak sabar nak balik dan beritahu semua ahli keluarga. bila dah kumpul semua, aku bagitahu nak umumkan satu perkara. secara auto abah aku terus cakap

"dah ada boyfriend ke?" sambil tersengih-sengih.

tak sangka abah akan tanya soalan tu. lain nak bagitahu, lain yang dia fikir. cet! umur dah masuk 23. apa nak buat? haih.

Thursday, March 18, 2010

Yuna - New Again Cover



Download Yuna - New Again Cover mp3


Lirik New Again

Well my dear, what long arms you have
All the better to hold you down
Slap my wrist with that sweet consequence

What are we
What are we to do
What are we to do with you
Hey Hey
What are we
What are we to do
What are we to do with you

Well I am
I'm ready to be new again
I'm ready to hear you say
Oh I am
It's quite enough (quite enough)
Well I am
I'm ready to be new again
I'm ready to hear you say
Oh I am
It's quite enough (quite enough)

Well my dear what deep roots you have (all the better to)
All the better to hold you down
We live inside your branches, your family nests
Asks boy where have you been
Well you don't know where I've been

What are we to (to do with you)
What are we to (to do with you)

I am
I'm ready to be new again
I'm ready to hear you say
Oh I am
It's quite enough (quite enough)
Well I am
I'm ready to be new again
I'm ready to hear you say
Oh I am
It's quite enough (quite enough)

Don't know where I've been
Don't know where I've been

Well my dear what long arms you have
All the better to hold you down

I am
I'm ready to be new again
I'm ready to hear you say
Oh I am
It's quite enough
Well I am
I'm ready to be new again
I'm ready to hear you say
Oh I am
It's quite enough (quite enough)

And you don't know where I've been
No you don't know where I've been
You don't know where I've been
You don't know where
You don't know where
No

I am
I'm ready to be new again
I'm ready to hear you say
Oh I am
It's quite enough (quite enough)
Well I am,
I am ready to be new again
I'm ready to hear you say
Oh I am
It's quite enough (quite enough)


lagu ni sebenarnya lagu asal Taking Back Sunday - New Again. Lagu asalnya berentak rock tapi di accoustic kan oleh Yuna. aku suka version Yuna. lebih sempoi dan relaks. liriknya memang dah sedap.

peace!

Monday, March 15, 2010

Menghitung Hari

hari yang aku lalui penuh debaran. belum panas kerusi ini dek punggung ku. berat kaki ini melangkah meninggalkan mu namun aku terima segala yang telah ditentukan olehNya. aku masih menghitung hari-hari yang berlalu. mengumpul seribu kenangan manis yang tak mungkin akan aku rasai lagi. gelak tawa dan air mata semua telah tertulis. moga kenangan manis terpatri di hati selamanya. selamat tinggal MysysNet. Selamat datang Universiti Teknologi Malaysia.

dalam hati tak henti mengucapkan syukur padaNya.




alhamdulillah :)

Wednesday, March 3, 2010

Rindu Dia

dua tiga hari ni, rindu aku membuak-buak padanya. rindu masakannya, rindu pelukannya, rindu bebelannya. rindu semuanya. jika dapat aku undur masa, ingin sekali aku peluknya seerat yang boleh. kalau aku tahu dia mahu pergi jauh, akan aku temaninya di sisi. tapi sayang, dirinya telah dijemput sang pencipta. wajahnya hanya bermain di ruang minda. gambar lama hanya tinggal kenangan. bila teringat sahaja akan dirinya, butir jernih lantas mengalir di pipi ini. sesungguhnya aku redha dengan ketentuanNya.

"mak, nana sayang mak. nana mintak maaf atas segala kesalahan yang telah nana lakukan."

ini lah satu-satunya perkataan yang ingin aku khabarkan padanya. rasanya, mak aku baca tak blog aku ni?

Monday, March 1, 2010

Tv Punya Hal

Sejak dua minggu yang lalu, aku tak dapat nak tengok tv kat rumah. bukan tak ada masa tapi tv kat rumah aku semua dah rosak. bala betul. tv kat ruang tamu mula-mula guna elba. rosak. cari tv lain dalam stor. jumpa tv sharp. dua hari rosak lagi. korek lagi stor jumpa tv panasonic. lima jam lepas tu rosak lagi. ni tak boleh jadi. check punya check baru perasan extension plug dah terbakar dalam diam. hampeh! sekarang tv ruang tamu tak boleh pakai lagi sebab dah tak ada tv spare.

dah dua tiga hari ni, tv kat bilik aku pula jadi port lepak. mula dari abah, mak, akak, adik, abang dan anak sedara. bantai movie melayu, thailand dan mandarin non stop. tiba-tiba je suara dia tak ada. apa pasal pulak ni. tv ni memang suara ada problem sikit. bila check suara tv3 ada, bila movie dah tak ada suara. ah sudah. tv ni memang nak kena terajang. last-last dah tak boleh nak tengok movie yang melambak-lambak aku rembat dari rumah kakak ipar aku. baru nak layan hindustan. cet!

mungkin ini adalah cara terbaik untuk menjimatkan kos elektrik. yelah, mana tahan kat rumah ada tiga peti ais besar, tiga biji tv, lima biji kipas, berpuluh-puluh biji lampu. bil api pun makin lama makin menggila aku tengok. haih.

nota : dah lama aku tak layan na o mei. dah habis ke belum eh?