Monday, March 1, 2010

Tv Punya Hal

Sejak dua minggu yang lalu, aku tak dapat nak tengok tv kat rumah. bukan tak ada masa tapi tv kat rumah aku semua dah rosak. bala betul. tv kat ruang tamu mula-mula guna elba. rosak. cari tv lain dalam stor. jumpa tv sharp. dua hari rosak lagi. korek lagi stor jumpa tv panasonic. lima jam lepas tu rosak lagi. ni tak boleh jadi. check punya check baru perasan extension plug dah terbakar dalam diam. hampeh! sekarang tv ruang tamu tak boleh pakai lagi sebab dah tak ada tv spare.

dah dua tiga hari ni, tv kat bilik aku pula jadi port lepak. mula dari abah, mak, akak, adik, abang dan anak sedara. bantai movie melayu, thailand dan mandarin non stop. tiba-tiba je suara dia tak ada. apa pasal pulak ni. tv ni memang suara ada problem sikit. bila check suara tv3 ada, bila movie dah tak ada suara. ah sudah. tv ni memang nak kena terajang. last-last dah tak boleh nak tengok movie yang melambak-lambak aku rembat dari rumah kakak ipar aku. baru nak layan hindustan. cet!

mungkin ini adalah cara terbaik untuk menjimatkan kos elektrik. yelah, mana tahan kat rumah ada tiga peti ais besar, tiga biji tv, lima biji kipas, berpuluh-puluh biji lampu. bil api pun makin lama makin menggila aku tengok. haih.

nota : dah lama aku tak layan na o mei. dah habis ke belum eh?

5 comments:

(-_-") said...

tu rumah ke office..giler banyak barang2 letrik..

rumah aku gune dapur arang jer..dulu la..skang dapur gas jer..
tv pon yang jenis nk carik cenel kne pulas gune drebar..tp tu pon dulu la..skang abg aku dh tukar tv lekat kt dinding..kasi tengok bola ramai2 mcm kt mapley..

ooyeah..go gunners...kihkih

Atan Athen said...

bleh plak tv ad spare2 dlm store ye....bleh bukak kdi tv ni...tp dh rosak lak sume

naz said...

hahahha malang gila

ayampinko said...

wah kaya giler..
belanja la ayam penyet lagi..

aloy_paradoks said...

kasi la dia broadband satu..