Wednesday, April 10, 2013

Dengan IzinNya

Dengan keizinan Allah, hari ini aku telah meluahkan apa yang telah terbuku di hati aku sejak 7 tahun yang lalu. Ia bukan perkara mudah untuk dibincangkan. Kali ini, aku yakin Allah telah membuka ruang untuk aku meluahkannya kepada orang yang sepatutnya sedar mengenainya. Ya Allah, aku tak dapat menahan sebak dan air mata setelah melafazkannya. Aku telah memohon maaf sebelum mengungkapkan ayat itu. Aku tawakal kepada Allah. Semoga apa yang aku sampaikan membuka mata dan hatinya. Sesungguhnya apa yang berlaku ini adalah dengan izin Allah. Aku meluahkan apa yang aku rasa salah dan tidak patut berlaku. Ya Allah, besar dugaanMu ini. Setelah 7 tahun terpendam, akhirnya malam ini, aku tamatkan kekecewaan dan kesedihan aku. Semoga ada jalan penyelesaiannya. Amin.

Aku telah melakukan perkara yang sepatutnya aku lakukan 7 tahun yang lepas. Tapi, mulut ini bagaikan terkunci. Malam ini, Allah telah membuka kunci itu. Aku rasa lega walaupun aku tidak pasti apa yang akan berlaku pada esok hari. Ya Allah, aku yakin dengan kekuasaanMu. Aku yakin Allah sentiasa memaafkan hambaNya. Semoga ia akan berakhir. Ya Allah, letakkan kami di jalan yang benar. Jangan Kau gelapkan hati kami Ya Allah. Perkenankan lah doa hambaMu ini Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

Aku yakin Allah telah memilih aku untuk mengatakan ayat itu kepada kamu. Dalam hidup ini, kita perlu membuat pilihan. Semoga kita membuat pilihan yang terbaik.

Aku sangat-sangat memerlukan seseorang untuk aku luahkan tetapi aku pilih untuk luahkan kepada Allah. Kerana Allah Maha Mendengar.

2 comments:

Unknown said...

Sabar la Jannah.. Walaupun aku tak tahu apa yang berlaku, aku harap ko tabah. Tuhan tak uji hambaNya dengan ujian yang tak mampu dia tanggung. Banyakkan berdoa dan Allah sangat suka hambaNya yang selalu berdoa dan meminta bantuanNya. Semoga segalanya berjalan dengan baik.. =)

nuyuljana said...

Amin. Tq Linda. =)